Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Ceramah Pakatan Rakyat 24/07/2009

Salam,SJ telah menghadiri satu program Ceramah anjuran bersama Pakatan Rakyat.Ceramah tersebut di Markaz PAS Ar-Razi telah dihadiri oleh penceramah-penceramah hebat iaitu YB Ipoh Timur Sdr Lim Kit Siang,YB Puchong Sdr Gobind Singh Deo dari DAP,Sdr Hanifa Maidin AJK Pas Pusat dan Sdr Norazman Hashim Pengarah Strategik PKR Negeri Johor. Ceramah dimulakan oleh Sdr Norazman Hashim Pengarah Strategik PKR Johor dengan suara yang lantang menerangkan isu-isu semasa yang berlaku termasuklah kes Teo Beng Hock. Ceramah kemudiannya diteruskan oleh Saudara Gobind Singh,ucapannya begitu membara maklumlah satu tahun kena gantung dari Parlimen.
Sdr Gobind telah membuka mata dan telinga rakyat pada malam itu apabila telah menerangkan kejadian kezaliman oleh pihak keselamatan Polis yang tidak bertanggungjawab serta melakukan siasatan dengan cara yang tidak professional.Sdr Gobind juga telah mendedahkan bagaimana kes terbaru iaitu Sdr Teo Beng Hock yang disiasat dengan cara ugutan oleh SPRM jahanam yang telah menggunakan kuasa dengan rakus.Sdr Gobind meminta semua rakyat menjerit kalimah Justice For Teo!! SJ lihat rakyat pada malam itu begitu semangat dan melaungkan kalimah itu dengan begitu kuat,jika si Najib Altantuya yang dengar mungkin gugur jantungnya dan terus mati agaknya..hahaha..Rakyat dah meluat dengan engkau wahai Najib!!

Isu-Isu yang dibawa oleh Gobind Singh begitu hangat membuatkan rakyat yang berada di tempat ceramath tersebut mengeluarkan kata-kata hina terhadap najib dan konco-konconya.Tidak boleh disalahkan rakyat ini semua punca dari kelancangan pemimpin melakukan kezaliman sehingga rakyat tidak tertahan dan meluahkan dikhalayak ramai.Ceramah diteruskan oleh AJK PAS Pusat Sdr Hanifa Maidin,isu yang dibangkitkan juga sama ketidakadilan yang dilakukan oleh SPRM Jahanam dan isu yang tidak harus kita lupakan iaitu seorang rakyat monggolia yang dibunuh dengan kejam yang melibatkan Pemimpin Tertinggi negara.19 Media antarabangsa telah melaporkan bahawa Engkau wahai Najib telah terlibat dalam pembunuhan tersebut,jika engkau benar sila saman 19 media ini.!!Tunjukkan kebenaran jika engkau benar wahai Najib!!

Sdr Lim Kit Siang yang ditunggu-tunggu oleh audien cina akhirnya muncul dengan ceramah yang begitu panas dan bersemangat walaupun telah berusia,SJ tak dapat nak ulas sangat ceramah Sdr Lim kerana Sdr Lim berbahasa Mandarin,tetapi adalah juga sedikit cakap dalam melayu pasal Kes Teo.SJ menyimpulkan Kes Teo ini adalah kes rakyat.Kita harus bela dan teruskan perjuangan untuk menuntuk SPRM Jahanam disiasat dan jika salah jatuhkan hukuman seberatnya sebagaimana yang dihidapi Mendiang Teo.Kepada Keluarga Mendiang SJ ucapkan Takziah dan Tahniah kerana Mendiang Teo mati dalam perjuangan yang suci..

Dibawah ada sisipan gambar pada malam ceramah tersebut,kita lihat bagaimana sambutan rakyat pada malam tersebut,dan satu lagi SJ ucapkan tahniah pada anggota Polis kerana tidak mengganggu ceramah pada malam itu.



Orang ramai yang hadir..


Markaz Pas Ar-Razi dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat..
YB Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong sedang menyampaikan ceramah...


YB Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur masih semangat walaupun sudah berumur..


audien yang hadir memenuhi tempat ceramah hingga hampir ke pentas ceramah....


Saudara Hanifa Maidin AJK PAS Pusat...



Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat....

Sdr Norazaman Pengarah Strategik PKR Negeri Johor..membujur lalu melintang patah...namun lawan tetap lawan...!!



Media juga tidak ketinggalan membuat liputan...
rakyat yang tidak berpuas hati melaungkan Justice For Teoh!!Siasat SPRM!!
Penyokong dari kaum India sedang bergambar dengan idola mereka YB Gobind Singh..


YB Gobind bersama penyokong PR...
Sekian sahaja berjumpa dengan ceramah keesokan harinya di Tmn Pulai Indah bersama YB Amiruddin Shari dari Batu Caves Selangor dan Yb Idham Lim dari Titi Serong Perak. Kita Jumpa di sana!!
JUSTICE FOR TEOH!!!!!








0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List