Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

LUAHAN HATI RAKYAT!!!!

diambil dari memberku : democreasenow

Naik lagi tambang pengangkutan awam. Memang perkara ini disambut oleh pengusaha pengangkutan awam di Malaysia dengan hati terbuka. Mana tak nya dengan keadaan ekonomi semasa yang terlalu menghimpit, punca rezeki mereka semakin berkurang ekoran kegawatan yang berlaku sekarang.

Dua minggu lepas sengaja democrease cuba mengembalikan nostalgia dengan menggunakan perkhidmatan bas henti-henti dari pondok menunggu bas di hadapan Taman Jaya Skudai menuju Terminal Larkin Sentral. Tak sangka terlalu 'eficient' sungguh perkhidmatan bas henti-henti di Johor Bahru ini. democrease terpaksa menunggu selama hampir 1jam 30 minit baru dapat menaiki bas menuju destinasi.
Bayangkan ketika itu seorang rakyat yang tiada kemudahan pengangkutan sendiri terpaksa melalui saat seperti democrease. Apakah perasaannya terhadap sistem pengangkutan awam di Johor Bahru ini?
Mungkin bagi yang sudah "alah bisa tegal biasa" perkara sebegini menjadi sinonim dengan keadaan. Kawasan yang democrease gunakan adalah jalan besar serta merupakan jalan utama setiap pengusaha bas tak kira samada menuju ke pusat bandar atau ke Larkin Sentral, tetapi bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Adakah PBT-PBT yang terlibat dalam kawasan ini hanya duduk diam membisu tanpa pernah memikirkan nasib golongan yang masih menggunakan perkhidmatan awam seperti bas? Hanya mementingkan PBT manakah yang dapat mengutip cukai tertinggi berbanding PBT yang lain? Atau "aku dah bina jalanraya tahap terbaik pandai-pandai lah korang nak setelkan masalah sendiri"? 

Berapa banyak pengusaha bas di Johor Bahru?
TRANSIT LINK (paling lama dalam industri. Tetapi bas dimiliki boleh buat orang yang menaiki rasa perlu mengambil insuran nyawa keesokan harinya), CAUSEWAY LINK (syarikat yang mengatakan sebagai pemain terbesar dlam perkhidmatan bas henti-henti di jb. Dianggarkan mempunyai sekurangnya 400 buah bas), SYARIKAT PENGANGKUTAN MAJU (dimiliki oleh JOHOR CORP tetapi kebanyakan permit disewakan kepada orang lain termaasuk GML. Salah satu projek gagal oleh JOHOR CORP), GML (GEMILANG BODY COACH) (bermula sebagai penyedia badan bas untuk MAJU. Kini kebanyakan permit laluan milik MAJU telah dimiliki oleh GML. Proses bayaran hutang yang tertunggak kot)
Jadi bagaimana hendak dikatakan kekurangan bas di Johor Bahru boleh berlaku? Ketidak seragaman perkhidmatan bas ini perlu diperbetulkan secara menyeluruh andai ingin menjadikan Johor Bahru lebih berkualiti. PBT tolong jangan tutup mata andai di kawasan kamu masih berlaku perkhidmatan bas yang tahap sampah

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List