Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Maruah BN DURJANA bakal tergadai....

DETIK MARUAH BN DURJANA AKAN TECALAR LAGI KIAN HAMPIR....





Salam,pagi ini merupakan bermulanya detik hitam dalam tradisi Pilihanraya Kecil oleh BN DURJANA,kita akan melihat pada hari ini rakyat di kawasan Manek Urai bakal menghukum kerajaan BN DURJANA sekali lagi untuk meneruskan tradisi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil sebagaimana sebelum ini.SJ amat terkilan kerana pada kali ini tidak dapat turun bersama-sama untuk membantu jentera petugas pilihanraya di Manek Urai kerana kesibukan kerja.SJ ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berada di sana,jasa anda adalah jasa yang amat berharga yang dicurahkan terhadap perjuangan rakyat.Marilah kita sama-sama meneruskan tradisi kemenangan dalam pilihanraya kecil bagi melengkapkan dan memperlekehkan Kerajaan BN DURJANA yang kian hari tidak mendapat tempat dihati rakyat.


SJ daripada jauh hanya dapat mendoakan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bagi kita meneruskan agenda kita demi membantu rakyat.Wahai BN DURJANA ingatlah 'Kuasa Rakyat Kuasa keramat',perjuangan mesti diteruskan sehingga kita dapat kuburkan BN DURJANA dari persada politik tanah air.Percayalah perjuangan kita walaupun kita korbankan harta,masa dan wang ringgit tidak akan dapat juga menyamai sebagaimana perjuangan Rasulullah S.A.W yang begitu perit untuk menaikkan agama allah sebagaimana yang ada kini.Wahai kawan-kawan janganlah berasa jemu untuk memperjuangkan nasib rakyat,kerana SJ yakin perjuangan kita diberkati allah insyaallah.

Kepada Muhyiddin Yassin,Rakyat di Johor masih ingat apa yang engkau pernah lakukan terhadap rakyat johor,kami rakyat johor tidak pernah lupa,masih kekal dalam ingatan dan akan kekal selamanya.Tidak perlulah engkau menabur pelbagai janji yang hanya retorik.Ingat betapa busuknya jasa engkau di Johor.Antara dosa paling besar yang engkau lakukan ialah engkau mengubah hari cuti iaitu Hari Jumaat hari kebesaran dalam Islam kepada hari ahad!!Ingat jangan lupa apa yang engkau pernah lakukan.Diharap rakyat kelantan yang cerdik janganlah percaya dengan janji manis Si Lebam ni.Jika mahukan kesejahteraan dan agama islam terus dipertahankan maka Undilah calon PAS dalam PRK Manek Urai ini.Pastikanlah pejuang rakyat yang diangkat sebagai pemimpin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar calon Pakatan Rakyat iaitu Saudara Fauzi dari Parti PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar..hidup...hidup...hidup Rakyat!!!

"Ya allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani enkau menangkanlah calon Pas di PRK Manek Urai,semoga dengan kemenangan ini agama engkau iaitu Islam akan terus masyhur dan dibelai"

LAWAN TETAP LAWAN

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List