Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

"Johor Akan Digegarkan"-Kata DSAI!!!

Assalamualaikum kawan2,malm tadi SJ pergi ke Batu Pahat dan Bakri untuk mengikuti program Lawatan DSAI ke Johor,alhamdulillah semua program berjalan lancar,SJ ucapkan Tahniah Kepada Ketua AMK Batu Pahat Sdr Fauzi dan rakan-rakanya yang bekerja keras bagi memastikan kelancaran program yang diadakan.Petang tersebut SJ mengikuti Sdr Fauzi ke Plaza Tol Yong Peng untuk menyambut ketibaan DSAI.Selepas ketibaan DSAI kami terus membawanya ke Pejabat PKR Batu Pahat untuk perasmian oleh DSAI,setibanya di pejabat DSAI disambut dengan laungan 'REFORMASI' oleh para penyokong yang hadir untuk bertemu DSAI.

Selesai program di Pejabat PKR Batu Pahat,SJ dan rakan-rakan terus pergi ke Bakri di mana tempat diadakan ceramah.Pada malam tersebut juga orang-orang di Bakri bertuah kerana Dato' Chua Jui Meng turut hadir menyampaikan ceramah Beliau.SJ begitu terperanjat dengan kehadiran penyokong2 dan tidak mustahil juga orang UMNO pun ada datang.SJ lihat dari belakang pentas begitu ramai yang hadir untuk mendengar ceramah DSAI untuk mendapat maklumat yang benar apa yang sedang berlaku arena politik di Malaysia masa kini.Kerana mereka sedar jika mereka bergantung pada TV3 suku dan RTM tidak mungkin akan mendapat maklumat yang benar melainkan nista belaka.

Pada malam tersebut DSAI banyak menceritakan tentang pertemuan dengan Kiyai di Indonesia yang banyak memberikan nasihat serta maklumat tentang apa yg berlaku kini,DSAI memberitahu dan berjanji bahawa DSAI akan memastikan pimpinan di peringkat pusat akan turun setiap minggu ke Negeri Johor untuk memastikan Johor akan jatuh ke tangan PR pada PRU ke 13 nanti.Untuk itu SJ lihat jika DSAI telah berjanji sedemikian maka anak-anak muda di Johor juga tidak harus berdiam diri dan lalai dengan aktiviti sosial yang tidak berfaedah,kita anak-anak muda kena bangkit bersama,bekerjasama bagi memastikan BN DURJANA akan jatuh tersungkur di Johor ini yang kita semua tahu di sinilah kubu UMNO paling kuat dalam dunia.Marilah kita buang segala rasa ketidakpuahati pada pemimpin dan buangkan perasaan hasad denngki serta gila kuasa dengan jawatan yang ada.Niat kita semua haruslah satu iaitu menjatuhkan BN DURJANA pada PRU 13 nanti Insyaallah.

Kita harus terus melangkah sebagai anak muda yang cintakan negara,kita ubah pemimpin yang ada dan gantikan dengan pemimpin yang lebih baik bagi memastikan hasil mahsul negara ditadbir dengan baik dan tidak dibazirkan secara rakus dan zalim.Jadi bertekad dan berazamlah supaya ada kemahuan secara ikhlas dalam diri untuk berjuang demi rakyat bukan poket sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin BN DURJANA.Kita harus mendekati rakyat dan menunjukkan yang kita ada kepedulian untuk rakyat dalam agenda perjuangan politik kita..

Dibawah ini SJ ada sisipan gambar dimana ceramah diadakan....sila lah tengok dan rasailah nikmat perjuangan itu..




Para penyokong PR yang hadir menyambut ketibaan DSAI di pejabat PKR Batu Pahat...



Dato' Chua Jui Meng sedang menyampaikan ceramah beliau...



Penyokong PR sedang bersalaman bersama Pemimpin PR...



Pemimpin PKR setempat sedang makan bersama DSAI..

Membujur Lalu Melintang Patah,namun Lawan tetap Lawan!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List