Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Pengkhianat Bangsa Ver 1

Suatu hari, semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah menalipon Stamford Holdings, sebuah syarikat Singapura , tuan punya tanah ladang kelapa seluas 4000 ekar di negeri Johor.

Muhyiddin telah mengarahkan mereka supaya memajukan 400 ekar tanah tersebut.Beliau kemudiannya meminta Stamford Holdings menyerahkan kepadanya 30% tanah yang dimajukan tersebut.Stamford Holdings bersetuju, memajukan tanah tersebut, dan Muhyiddin mendapat 30%.

Tidak beberapa lama kemudian, Muhyiddin menalipon lagi Stamford Holdings dan menyuruh mereka memajukan baki 4000 ekar tanah tersebut.Kali ini, Muhyiddin mahukan bahagian begitu besar untuknya - 70%! Stamford Holdings menolak.

Selang beberapa hari kemudian, Muhyiddin menalipon Stamford Holdings lagi dan memberitahu mereka , “ Dengar baik-baik, ada sekeping kertas ini dihadapan saya, diatas meja saya. Apa yang perlu saya lakukan ialah menandatanganinya dan Stamford Holdings akan tidak lagi menjadi tuan punya kepada 4000 ekar tanah. Sekarang, adakah kamu bersetuju atau tidak untuk memajukan tanah tersebut dan saya ambil 70%.”

Stamford Holdings sekali lagi enggan.Pada minggu berikutnya, mereka telah menerima sepucuk surat daripada kerajaan negeri Johor ditandatangani oleh Muhyiddin menyatakan bahawa kerajaan Johor telah mengambil aleh tanah tersebut.Tanah yang diambil aleh oleh kerajaan negeri Johor itu kemudiannya telah dia bahagikan –bahagikan kepada 3 kroni Muhyiddin.

Muhyiddin tidak berani mengambil tindakan mahkamah terhadap laporan Asiaweek ini. Asiaweek juga melaporkan bahawa segala perbualan talipon tersebut telah dirakamkan oleh Stamford Holdings.

Kenapa SPRM (ketika itu BPR) tidak mahu menyiasat kes tersebut?

sumber-TKO Daily

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List