Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

PRU 13 Kian Hampir!!!!

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya hari ini berkata bahawa corak media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu ‘Pengkhianat Melayu’, menunjukkan dengan jelas tanda hampirnya Pilihan Raya Umum 13.

‘Pengkhianat Melayu” merujuk kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

“Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya,” katanya di dalam kenyataan yang boleh didapati di blog DSAI dan blognya sendiri.

Katanya lagi, “[p]olemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka.

“AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.”

Beliau juga menyatakan ini (perbuatan melabel) turut dilakukan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang menyaksikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menang dengan majoriti tipis sedangkan Manek Urai merupakan kubu kuat PAS.

Kenyataan itu turut menggariskan beberapa ciri “pengkhianat Melayu” sebenar dan digariskan melalui beberapa soalan:

“[1]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

“[2]. Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

“[3]. Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

“[4]. Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

“[5]. Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

“[6]. Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

“[7]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

“[8]. Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?”

Dan soalan-soalan ini menurut Shamsul Iskandar yang mesra dengan panggilan Sam perlulah dijawab cuma dengan satu jawapan, iaitu UMNO.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan memberi nasehat kepada UMNO - bertaubat daripada mengadu domba masyarakat

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List