Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

AIDIL FITRI YANG KELAM BUAT ADIK SHUAIB!!!




Salam,SJ begitu terharu dan sedih membaca kisah adik shuaib ini,dikala kita sedang dalam persiapan menyambut lebaran dengan penuh gembira adik shuaib anak kepada tahanan ISA,hari yang berlalu buatnya cukup hambar..ini adalah hasl kezaliman Kerajaan BN Durjana yang menggunakan ISA dengan rakus...Akta Zalim ini telah banyak memerah airmata rakyat..kedukaan buat keluarga tahanan ISA kini menjadi kekecalan yang amat kuat..SJ doakan semoga keluarga tahanan ISA akan terus bersabar kerana allah bersama dengan orang2 yang sabar..jadi tugas kita untuk membantu mereka adalah menjatuhkan BN Durjana dalam PRU13 ini Insyaallah..

ikuti kisah adik Shuaib meniti hidup menjelang lebaran ini.....

Di sepuluh hari terakhir Ramadan ini, Suhaib kelihatan sibuk dengan program iktikaaf yang dianjurkan oleh sekolahnya. Beliau juga nampaknya lebih serius untuk menghabiskan semua juzuk dalam al-Quran dengan segera.

Buat sementara, beliau tidak menyentuh komputer dan tidak membuka televisyen untuk menonton drama atau rancangan sukan. Dalam hal ini, aku amat bersyukur kehadrat Allah kerana Suhaib berada "in good hands".

Ingin saja kutuliskan nama sekolah yang begitu moden tetapi menerapkan ciri-ciri Islam dalam sistem pendidikannya hingga ianya mampu membuat Suhaib 'hidup' sempurna sebagaimana remaja lain.

Namun aku yakin, bila saja nama sekolah itu terpampang didada media, pastinya polis Cawangan Khas berpakaian biasa, iaitu SB, akan berkejar ke lokasi itu dan akan mengintai pengoperasian sekolah tersebut!

Ahhh ... lupakan sajalah segala pujian itu. Biarlah Allah saja yang membalas jasa semua guru dan kawan-kawan yang banyak memberi bimbingan dan dorongan yang positif kepada Suhaib.

Persiapan menyambut Aidilfitri

Mengikut kebiasaan adat Melayu, ketika menuju akhir Ramadan, orang ramai akan disibukkan dengan budaya membeli-belah dan membuat pelbagai persiapan untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Ada kalanya ramai yang lupa bahawa, pada sepuluh akhir Ramadan, masa dan tenaga sepatutnya ditumpukan untuk mengejar malam Lailatul Qadar yang amat besar pahalanya itu.

Sebelum menerima surat dari bapanya, Suhaib memang tidak begitu memikirkan tentang sambutan Aidilfitri, kerana yang penting ialah menyempurnakan ibadah di bulan mulia ini. Di saat itulah Suhaib bermunajat supaya penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh SB ke atasnya selama tujuh tahun ini segera dihentikan.

Beliau amat kesihan melihat bapanya yang terlalu rindu untuk menikmati kehidupan sepertimana manusia normal yang lain. Beliau amat berharap agar bapanya segera dibebaskan.

Ini hanyalah sekelumit dari kisah Suhaib. Bagaimana pula dengan kisah anak-anak tahanan ISA lain yang masih dikurung di Kem Kamunting. Siapakah yang prihatin dengan nasib mereka?

Tidakkah anda juga ingin mengurangkan kesusahan mereka di saat lebaran hampir menjelang tiba? Kepada anda yang perihatin dengan nasib malang anak-anak mangsa ISA ini, anda masih berpeluang untuk membantu menggembirakan hati mereka dengan memberi sumbangan kewangan yang boleh mereka gunakan untuk membuat sedikit persiapan menjelang hari mulia nanti. Sumbangan boleh dimasukkan di akaun May Bank, 162209939776, Nashita Md Noor, Hp 0132096373.Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA(GMI).

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List