Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Ayuh Sertai Skuad AMK Johor!!



Kepada anak-anak muda negeri Johor marilah kita bersama-sama menyertai dan terlibat bersama dengan satu platform perjuangan untuk menumbangkan BN DURJANA dalam PRU13 nanti.Marilah bersama mara menuju ke hadapan bersama Skuad AMK Johor untuk membawa minda anak muda tidak hanya dilalaikan dengan hiburan semata-mata.Berhibur tidak salah tetapi ada kalanya kita harus ambil peduli dengan keadaan politik semasa.Jangan kita fikir kita muda tidak perlu berpolitik,itu adalah tanggapan yang salah.Kita anak muda juga harus terlibat sama kerana politik memainkan peranan menentukan masa depan anak muda di masa akan datang.

Jangan tunggu lagi masa tidak akan menunggu kita,segeralah bangkit bersama demi perjuangan ini.Kita akan bersama-sama memikirkan dan memasang strategi bagi memastikan PRU13 Negeri Johor ini akan jatuh dibawah tangan Pakatan Rakyat.Untuk itu korbankan sedikit tenaga muda kita agar tenaga yang mengalir atas dasar kepedulian untuk rakyat itu diagihkan ke tempat yang sepatutnya.Jadilah anak muda yang berwawasan dan berminda luas agar kita tidak ditipu oleh 'gula manis' hiburan yang sengaja dilalaikan oleh Kerajaan BN durjana agar anak muda lalai dan tidak mengambil tahu apa sahaja kerja jahanam yang mereka lakukan.

Jika anda berminat untuk menyertai Skuda ini terus sahaja hubungi pihak yang berkenaan untuk melibatkan diri anda ke dalam kancah perjuangan menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan kesaksamaan untuk rakyat.

Ayuh..hayunkan langkah ke hadapan,Terus menuju kerana kejayaan itu ada di depan mata anda,tapi ingat "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" Pantang anak muda berundur apabila melangkah.Tapi pastikan langkah itu adalah langkah yang membawa kepada kebaikan untuk rakyat dan diri sendiri.


Ayuh Bangkit!!! Lawan tetap Lawan!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List