Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

BN YAKIN MENANG N31 Bagan Pinang!!!

JEMPOL 7 Sept. - UMNO Negeri Sembilan mahu memastikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dimenangi semula oleh Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadikan ia titik permulaan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO akan menggerakkan semua jentera parti di lapan peti undi yang terdapat dalam DUN Bagan Pinang dan kesemua lapan bahagian telah diminta menjadikan setiap peti undi itu sebagai anak angkat mereka.

''UMNO Bahagian Teluk Kemang sudah pun memulakan gerak kerja dan ia diketuai oleh Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Beliau adalah pemimpin berpengalaman dan banyak kali mengetuai pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

''Jumlah pengundi di DUN Bagan Pinang ialah 14,000 orang dan ketika ini tidak banyak perubahan pada daftar pengundi,'' katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Besar, Pejabat Daerah Jempol di sini hari ini.

Mohamad menjelaskan, soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang itu diserahkan kepada kepimpinan BN Teluk Kemang yang diketuai oleh Mohd. Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang.

''Kita mahu calon yang boleh diterima semua orang, yang dapat mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ini dan yang penting calon itu hendaklah mendapat sokongan padu jentera BN, khususnya UMNO di Bahagian Teluk Kemang," tegas beliau.

Mengenai isu yang akan dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang, Mohamad memberitahu, isu tempatan tidak banyak kerana semua kawasan itu sudah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.

''Kita memang menjangkakan beberapa isu yang akan dibawa oleh pembangkang kerana itu memang cara mereka. Kita akan tangkis dan terangkan kepada orang ramai dasar sebenar yang dibuat oleh kerajaan BN," ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, keputusan lapan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu yang kebanyakannya berpihak kepada pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan imej BN kerana enam daripadanya adalah kerusi yang memang dipertahankan pakatan pembangkang.

Menurutnya, BN hanya kalah di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan berjaya
mempertahankan kerusi DUN Batang Air.-utusanonline

SJ nak simpan mengenai kenyataan bongkak MB Negeri Sembilan ini,yakin menang ke?ok tengok apa jadi nanti SJ akan keluarkan semula statement ini dan kemudian hantar ke utusan publication tengok nak suruh utusan minta komen MB Negeri Sembilan ni apa dia kata selepas kekalahan...Kita dari PR tak kata yakin menang tapi insyaallah menang.

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List