Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Minyak Naik Sabri TIPU!!!



Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan harga RM1.75 seliter bagi RON95 yang diumumkan Mei lalu ditetapkan berdasarkan harga minyak dunia ketika itu AS$40 setong.

“Kini harga petrol dunia melonjak kepada AS$82 setong. Ini bermakna peningkatan sebanyak 102 peratus.

“Penetapan harga petrol di negara ini menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM) di mana ia bergantung kepada kedudukan harga kos produk di pasaran dunia.

“Sekiranya harga minyak dunia mengalami penurunan, maka kerajaan akan menyemak semula harga petrol dan turunkan harga petrol. Jika harga minyak dunia naik, maka kita akan membincangkan perkara itu dalam Majlis Ekonomi Negara.

“Setakat ini saya yakin sehingga hujung tahun ini tidak akan berlaku kenaikan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran RON95 seluruh negara di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun harga RON95 ditetapkan RM1.80 seliter, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Beliau berkata, anggaran subsidi petrol RON97 yang ditanggung kerajaan pula ialah 42.72 sen seliter.

Pada sidang media itu, Ismail Sabri juga mengumumkan mulai hari ini, petrol RON92 akan dimansuhkan kerana penggunaannya begitu kecil, iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

“Sebab itu, kerajaan memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi.

“Statistik juga menunjukkan 80 peratus pengguna sudah menggunakan petrol RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih sekitar Lembah Klang dan Putrajaya, mulai 12 Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini tiada rungutan atau aduan yang diterima mengenai prestasi enjin kenderaan akibat penggunaan petrol RON95.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan kerana ada kenderaan terutama berkuasa tinggi memerlukan petrol berkenaan. -sumber Berita Harian



Assalamualaikum salam re4masi kepada sahabat semua..nampaknya kita terus menerima padah apabila berkuatkuasa 1September 2009 harga minyak telah dinaikkan lagi...alasan kenaikan ini adalah kerana harga minyak dunia semasa adalah sebanyak USD82 setong..ini adalah satu pembohongan yang jelas oleh Menteri Penipu Sabri bapa kepada Penyayi Dafi.Berdasarkan crude oil pada 31 Ogos 2009 kadar harga minyak dunia masih lagi sebanyak 70.73USD tapi si penipu menteri ini telah memberitahu bahawa harga minyak dunia 82USD setong..Bagaimanakah seorang menteri menipu rakyat.Mungkin Si menteri masih ingat yang rakyat tidak akan mendapat maklumat yg tepat.Janganlah beranggapan rakyat kita masih bodoh.

Penipuan ini untuk mengkaburkan mata rakyat dan alasan mudah untuk menaikkan harga minyak..Jika kita kaji semula sejak pemerintahan si najib monggolia ini sudah berapa kali minyak dinaikkan harga..apabila minyak naik bermaksud barang2 lain akan turut naik.Kita sebagai rakyat nampaknya sudah tidak perlu melewatkan masa lagi untuk menjunamkan Kerajaan durjana ini secepat mungkin.Selagi kita diperintah oleh BN durjana selagi itu kita akan terus sengsara dibawabah pemerintahan zalim ini.Rakyat haruslah sedar pemimpin kita kini tidak menghiraukan nasib rakyat bawahan malah semakin rakus menggunakan kuasa dengan membabi buta.Celiklah wahai mata rakyat sedarlah bahawa kita kini sedang dizalimi dan akan terus dizalimi jika kita tidak menjatuhkan rejim zalim ini.

SJ akan terus berjuang mendedahkan segala kemungkaran dan kejahanaman serta kedurjanaan yang dilakukan oleh BN DURJANA..Hidup Rakyat!!!

Rakyat Hakim Negara!!!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List