Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Program DSAI di Johor 6 September 2009 (Bah1)

Salam,SJ baru balik dari program DSAI di Johor lebih kurang jam 3.30am tadi jadi ada sedikit keletihan balik SJ terus tidor jadi tidak sempat nak update..so pagi ni SJ update untuk 2 program pertama.

Semalam DSAI sampai di Tol Tangkak lebih kurang jam 5 petang,DSAI dan rombongannya bersama dengan 4 buah motor berkuasa tinggi dan 4 buah kereta.SJ,Skuad AMK dan juga bersama dengan Mr Raymond Ketua Cabang Sekijang terus membawa DSAI untuk Program Perasmian Cabang Sekijang Jam 5.30 petang.Kami tiba tepat pada masanya,sesampai di sana ribuan lautan manusia telah menunggu kedatangan DSAI dan Dato' Chua Jui Meng.Masyarakat cina begitu bersemangat menyambut ketibaan DSAI.Program disitu berakhir pada jam 6.30 petang.

Kemudian kami membawa DSAI dan rombongan untuk berbuka puasa di kediaman Ketua Cabang PKR Segamat, dalam perjalanan ke sana SJ telah terlihat satu kain rentang yang bertulisan 'Anwar Pengkhianat',Betapa jahanam dan tidak sedar diri orang UMNO yang pemimpin mereka merupakan Pengkhianat Bangsa dan Agama bukanlah DSAI sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Muhyiddin Bengkak.SJ walaupun dalam keadaan berpuasa hati tidak tertahan entah berapa bakul dah maki si Najib Monggolia dan Muhyiddin Bengkak tu.Terlalu geram bila melihatkan kain rentang sebegitu rupa.Jijik dan najisnya pemimpin UMNO yang tidak sedarkan diri..UMNO DURJANA Pengkhianat AGAMA dan BANGSA!!!inilah Pengkhianat sebenar.
Alhamdulillah kami tiba di kediaman Cikgu Zul lebih kurang 7.00 mlm.DSAI disambut oleh Tuan Rumah sekeluarga dengan gembira.Yelah siapa yang tidak teruja bakal PM Malaysia datang hehehehe...



Pemimpin yang cukup tenang..SJ amat kagumi DSAI...


DSAI berbuka puasa bersama keluarga Cikgu Zul...



Naib Ketua AMK Johor Bro Nazri dan rakan-rakan.....



DSAI di ruang tamu rumah Cikgu Zul...

Selesai berbuka puasa kami sembahyang Maghrib berjemaah bersama DSAI sebelum berangkat ke program seterusnya di Dewan Siang Hai Kee Restaurant.Perjalanan ke Dewan Siang Hai Kee lebih kurang 10 minit sahaja,alhamdulillah keadaan lalu lintas mengizinkan kami tiba pada waktunya.Masyarakat cina di siti juga menyambut DSAI dan rombongan dengan sambutan hangat.Mereka membuat pertunjukan Tarian Singa 'Ucapan Selamat Datang'.
Selesai tarian singa tersebut DSAI terus dibawa ke ruang utama Dewan.



DSAI sedang menyampaikan ucapan....



Hadirin yang datang memenuhi kesemua meja yang telah dijual......



Ketika itu Dato' Chua Jui Meng sedang berucap sementara menunggu ketibaan DSAI.Semangat Dato' Chua pada malam itu juga luar biasa.Dengan penuh semangat dan berani Dato' Chua mengecam pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO yang begitu zalim dan tidak mempedulikan nasib rakyat.Dato' Chua telah diresapi dengan semangat DSAI.Tahniah kepada Dato' Chua Jui Meng,kehadiran anda ke dalam PKR amatlah kami sanjungi.



Dato' Chua Jui Meng bersama rombongannya sedang menikmati makanan malam....



Kelihatan majlis ini berjalan dengan lancar dan sambutan daripada masyarakat cina begitu hangat,jika kita melihat senario politik sekarang masyarakan dari kaum cina banyak yang sudah berubah dan menyokong kepada PKR.Ini menunjukkan PKR bukanlah parti yang hanya mementingkan satu-satu kaum sahaja seperti yang dimomokkan oleh Media Durjana,PKR dapat diterima oleh semua kaum di Malaysia ini.Masyarakat cina khususnya kita juga telah celik,bukan seperti dahulu,jika sebut pembangkang sahaja mereka akan lari tapi kini senario tersebut telah berubah.Perubahan ini terus berlaku dan akan terus berlaku.

Dibawah adalah barisan anak muda yang bersama-sama melicinkan program di sini..Tahniah kepada semua kerana berjaya menjadikan program berjalan dengan lancar.



AMK Gelang Patah,AMK Batu Pahat dan AMK Simpang Renggam.."Lawan Tetap Lawan!!!"



Untuk program ceramah DSAI di Parit Sulong iaitu program kemuncak akan SJ updatekan sebentar lagi kerana server sedang sesak untuk upload gambar sekitar majlis di sana..
ok..nantikan laporan berikutnya...kita berehat sebentar..

"Lawan Tetap Lawan"

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List