Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

RAKYAT JOHOR TERUS TERTINDAS!!

Salam,mengapakah rakyat Johor mesti terus memilih BN sebagai Kerajaan??Tiada sebab mengapa orang Johor perlu terus menyokong UMNO,SJ berkata demikian adalah kerana semakin hari kita semua dapat melihat orang melayu khususnya sedang ditindas malah menafikan hak rizab tanah orang melayu.SJ melihat perkara ini begitu serius,walaupun Kes Kg Plentong Tengah hanya menjadi sejarah tetapi SJ akan sentiasa mengulangi perkara tersebut supaya orang Johor sedar bahawa UMNO bukan lagi pembela Melayu malah memakan melayu dan tidak lagi memperjuangkan nasib orang melayu.

Itu kes Kg Plentong Tengah,bagaimana pula dengan nasib peserta Felcra Tebing Runtuh,(sekarang telah dibangunkan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor).Pada asalnya peserta Felcra Tebing Runtuh telah dijanjikan oleh Pejabat Tanah johor Bahru iaitu mereka akan menerima pampasan sebanyak RM 72,000 seekar tetapi akibat terlalu banyak pemotongan yang dibuat akhinya nilai itu jatuh kepada Rm 35,000 seekar.Pihak peserta seramai 200 rang telah membantah dan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.



Jika kita selidiki perkara ini.Ini merupakan pemasaalahan rakyat dan yang UMNO perjuangkan iaitu orang melayu,tetapi persoalannya ke manakah perginya pemimpin UMNO yang kalu bercakap macam nak runtuh langit.."Kita lah pembela orang melayu,tak kan melayu hilang di dunia" tetapi mana pergi pemimpin ini dikala rakyat ditindas??

Sedarlah wahai rakyat Johor khususnya orang melayu..keistimewaan orang melayu itu telah tiada itu hanya omongan kosong pemimpin UMNO.Terangkan mata anda janganlah digelapkan dengan janji manis pemimpin UMNO ketika meraih undi,dikala itu anda adalah Tuan mereka tetapi bila habis selesai PRU dan mereka ditabalkan sebagai calon,mereka ini akan hilang dan sukar untuk berjumpa dengan rakyat.Adakah pemimpin seperti ini yang kita harapkan??Ini
baru beberapa Kes,banyak lagi kes terpencil yang kita tidak ketahui.

Masalah tanah kena rampas,rumah kena roboh dan banyak lagi.Masalah air pun sebenarnya tidak selesai tetapi didiamkan oleh pemimpin UMNO.Bijak kah seorang pemimpin itu membuat satu perjanjian yang cukup lama supaya air diproses di negara jiran kemudian Malaysia memebeli semula air yang telah diproses itu dengan harga tinggi?

Terlalu banyak masaalah yang telah dionarkan oleh pemimpin UMNO di Johor,mereka tidak pernah memikirkan nasib rakyat bawahan mereka akan terus memenuhkan poket mereka,mereka tidak layak menjadi pemimpin.Percayalah selagi rakyat Johor memberikan mandat pada BN selagi itu Rakyat Johor akan terus menderita.Tidak mustahil suatu masa nanti jika tidak dibantah rakyat johor khususnya orang melayu akan duduk merempat di tanah sendiri.Bangkitlah minda rakyat johor usah ditampuk pemikiran lama,jangan fikirkan kini tetapi fikirkan akan datang...kerana nasib itu dientukan tangan anda sendiri.Jika betul pilihan anda maka betul lah dan jika salah maka anda akan terus menderita dibawah cengkaman kerajaan Durjana BN.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List