Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Salam Aidilfitri dari SJ!!!



Assalamualaikum,Salam perjuangan,salam reformasi,salam perubahan dari SJ,bersempena dengan syawal yang menjelang SJ menugucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin kepada semua pengunjung yang selalu melepak dekat sini.SJ harap walaupun kita berhari raya jangan pernah kita lupa pada matlamat asal kita untuk terus berjuang menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman.

Syawal yang menjelang ini kita sambutlah dengan penuh kesyukuran dan sentiasa berdoa agar segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini angkat diangkat ke langit dan dinilai dengan baik disisi allah.SJ ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa yang pernah dimaki,dihina,dikeji sepanjang SJ mengendalikan blog ini.Semua yang terpapar di blog ini hanya untuk mendedahkan kebenaran dan kebatilan yang terselindung dan dilindungi oleh Media Durjana.Semoga dengan pendedahan SJ raykat mendapat maklumat yang tepat,walaupun kadang-kadang bahasa yang digunakan agak kasar.Kekasaran itu adalah disebabkan rasa amarah SJ pada orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan nasib rakyat bawahan.

Sepanjang apa yang SJ terbitkan diblog ini tiada sedikit pun untuk mendedahkan keburukan orang lain,cuma sekadar berkongsi berita yang haq untuk tatapan umum..akhir sekali terimalah Salam Syawal dari SJ....



"Lawan Tetap Lawan" Perjuangan tetap akan diteruskan..... "Biarlah kita menjadi seperti ini..Dicampak ke Darat menjadi Gunung,dicampak ke laut menjadi pulau"

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List