Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Selamat Menyambut HARI MALAYSIA!!!Merdeka!!!Merdeka!!!



Salam reformasi kepada rakan-rakan,alhamdulillah masih segar kita diberi kekuatan untuk terus hidup di Bumi Malaysia yang kita cintai ini..Hari ini merupakan Hari yang amat penting untuk rakyat Malaysia ingati..Hari inilah Tarikh sebenar Negara Malaysia ditubuhkan.Di mana pada tarikh ini semenanjung dabn sabah sarawak digabungkan lalu terbentuklah Negara Malaysia.Fakta ini harus kita ingati dan jangan lupa pada Tarikh ini.Pada hari ini SJ nak bawa rakan-rakan semua untuk tahu dan faham bilakah sebenarnya Malaysia Merdeka dari British..

Jika mengikut fakta sejarah, 31 Ogos adalah tarikh bagi hari kemerdekaan Tanah Melayu (Semenanjung) sahaja dan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman hanya mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu bukannya Malaysia.

Ketika itu belum ada idea untuk menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia. Walaubagaimana pun, cadangan memasukan Sabah Sarawak dan Singapura menjadi alasan utama untuk penubuhan Malaysia. Negeri-negeri berkenaan diberikan syarat agar bergabung dengan Tanah Melayu sebelum dimerdekakan secara mutlak.Akhirnya 16 September 1963 menjadi saksi akan penubuhan Malaysia dan sekaligus Sabah Sarawak dan Singapura merdeka dari kolonial British.

Pembentukan persekutuan baru ini pada mulannya dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan Tanah Melayu ke-6.Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Jadi jika dinilai dari aspek sejarah 16 September bukanlah sekadar hari penubuhan Malaysia tetapi kemerdekaan mutlak semua negeri yang bergabung dalam Malaysia. Tanah Melayu pula selepas itu disebut sebagai Semenanjung dan setiap negeri dalam Semenanjung mempunyai kuasa negeri sama seperti Sabah Sarawak dan Singapura.Sambutan 31 Ogos setiap tahun sebenarnya hanyalah dinikmati maksudnya oleh penduduk Semenanjung tetapi di Sabah Sarawak ianya tidak memberikan makna yang besar kerana tiada kaitan dengan negeri mereka. Hari Malaysia pada 16 September merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia. Ini mengelirukan generasi baru kerana ada dua bentuk cuti atau perayaan yang berbeza untuk negara ini.

Sebagai menyahut seruan kebangsaan dan satu negara, seharusnya 16 September di iktiraf sebagai hari sebenar Malaysia ditubuhkan dan kemerdekaan Negara.Isu ini nampak macam isu kecil, tapi hakikatnya ramai rakyat kita yang tersilap kerana menganggap negara ini merdeka pada 31 Ogos. Fakta ini harus diperbetulkan dan tarikh kemerdekaan itu hendaklah diubah agar generasi akan datang faham dan sedar tarikh sebenar negara ini wujud dan merdeka dengan rasminya.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus tahu fakta ini,kesilapan pemahaman tarikh kemerdekaan harus diperbetulkan agar sejarah keramat ini diketahui hingga ke anak cucu kita nanti,akhir kata daripada SJ,Selamat Hari Malaysia kepada rakan2 di semenanjung,Sabah dan Sarawak..!!Salam Reformasi!!



0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List