Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Program Makan Malam Dato' Seri Chua Jui Meng dan Ceramah Penerangan YB Khalid Samad MP Shah Alam



Malam Harapan Baru - Johor Bahru


Salam Reformasi Gelombang Kedua......malam tadi terdapat dua program anjuran bersama Pakatan Rakyat.Alhamdulillah malam tadi SJ berjaya hadir kedua-dua tempat.SJ bersama budak-budak AMK Gelang Patah serta Squad AMK Gelang Patah telah bergerak dari Skudai jam 6.45 petang dan tiba ke destinasi pertama jam 7.15.Sesampai di sana sudah kelihatan ramai orang yang telah hadir dari pelbagai kaum.Sebelum sampai tu ada juga dalam ati SJ,ada ke orang nak datang majlis Pakatan Rakyat ni..yelah dalam kita sedang ditimpa pelbagai isu takut mod rakyat telah berubah.Alhamdulillah jangkaan SJ meleset apabila tempat letak kenderaan telah penuh hingga SJ dan rakan terpaksa meletakkan kereta agak jauh.



kawasan ruang legar bangunan.....



tetamu sedang mendaftarkan diri dan juga ada yang mendaftar keahlian...


Majlis bermula lebih kurang jam 7.30 malam dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum ucapan oleh Ketua Cabang Pulai dan wakil peimpinan setempat.Selesai ucapan dari pimpinan setempat Majlis dimulakan dengan sessi penerangan oleh YB Gigit hehehe..nama popular Yb ketika ini iaitu YB Tian Chua.banyak informasi yang disamapaikan oleh YB Tian Chua,antara yang menarik kisah di mahkamah,betapa hebatnya undang-undang di Malaysia seorang yang dengan rela telah mengaku menumbuk YB Gigit tapi oleh kerana 'rimbanya undang2 di Malaysia..Si pengaku tidak dituduh salah akan tetapi yang ditudug dan yang ditumbuk yang dijatuhkan kesalahan..semua kita pun maklum mahkamah dah jadi tunggangan pemimpin BN.



AMK Gelang Patah.....



Ketua Cabang Gelang Patah Dr Zaliha Mustafa...seorang yang komited dan kuat bekerja...

Kemudian majlis diteruskan dengan Ucapan daripada seorang Exco Selangor yang ditimpa kontoroversi gambar lucah hasil permainan licik BN Durjana iaitu Cik Elizabeth Wong.Walaupun nampak orang nya lemah lembut tapi bilamana Cik Eli dah mulakan ucapannya rasa-rasa Mikrofon tu pun takut dengan Cik Eli.Banyak juga informasi munafaat daripada Cik Eli.Masa tu SJ dan rakan-rakan sedang menjamu selera.Makanan yang dihidang terlalu banyak sampai dah tak larat nak makan.



YB Bukit Lanjan Saudari YB Elizabeth Wong......



Abg Syukor dari PKR Pasir Gudang turut hadir......dah lama dah tak jumpa..akhirnya muncul kembali...

Seterusnya YB Khalid Samad pula meneruskan ucapan berapi,sempoi tapi jujur.Satu-satunya yang ada pada YB Khalid ni pula YB Khalid seorang yang bilamana dia bercakap dia akan berterus terang tanpa berselindung tidak kira siapa baik daripada orang PR sendiri mahupun orang UMNO.Setiap kata-kata yang dilontarkan adalah fakta dan tiada penipuan disebaliknya.YB Khalid menceritakan apa yang sedang berlaku di dalam PAS,masalah kerajaan perpaduan termasuklah isu kuil di Selangor.Alhamdulillah pada malam tersebut oleh kerana kehadiran ramai suasana menjadi gamat dengan tepukan dan jeritan orang ramai.



Sdr Hanz Squad AMK Gelang Patah bersama Ketua Amk Gelang Patah Bro Azlan...




turut kelihatan Sdr Zabidi Abbas Ketua AMK Johor dan rakan-rakannya...

Kemuncak majlis diteruskan dengan ceramah oleh Dato' Seri Chua Jui Meng,SJ dan rakan sedang menjamu selera ketika itu jadi terpegun bila mendengar ucapan panas dari Dato' Chua Jui Meng.Beliau berucap dalam 3 bahasa,bila bahasa melayu kami fahamlah tapi kena bahasa mandarin kami ikut orang cina dekat situ,bila dia orang gelak kami pun gelak..hahaha..kelakar..tapi SJ sendiri lihat Dato' Chua ni dia lebih senang berbahasa melayu.Kalau Dato' Chua berucap dalam bahasa melayu kelihatan jelas Ucapan Dato' Seri Anwar dalam versi cina,kerana ucapan dan lontaran suara Dato' Chua seakan Dato' Seri Anwar.

Di bawah ini ada gambar Dato' Chua ketika menyampaikan ucapannya...pelbagai mimik muka dan gaya yang ditunjukkan macam pendekar pun ada macam penyanyi pun ada..



aksi 1...



aksi 2..



gaya pejuang.....



amaran kepada pemimpin BN....



gaya Pendekar.......



boleh jalan sama BN....piraaah....



gaya seorang penyanyi....


Selesai sahaja ucapan Dato' Chua, SJ dan Lan Ketua AMK Cabang Gelang Patah terus bergegas ke lokasi kedua di Taman Dahlia yang dihadir oleh penceramah yang sama iaitu YB Khalid Samad dan YB Gigit (Tian Chua).

Ceramah Penerangan MP Shah Alam dan MP Batu-Tmn Dahlia



YB Khalid Samad sedang menyampaikan ceramahnya.....

SJ dan Lan terus bergegas ke Tmn Dahlia..lebih kurang 15 minit kami sampai di sana,ketika itu MP Batu YB Tian sudah selesai menyampaikan ceramahnya.Kami tiba di saat Yb Khalid sudah mula menyampaikan ceramah jadi SJ tak sempat ambil gambar Yb Tian.Alhamdulillah sambutan di sini juga hangat,boleh dikatakan agak ramai walaupun di dalam keadaan media massa berterusan menghentam Pakatan Rakyat.SJ lihat juga ramai yang dulunya pakcik-pakcik yang SJ kenal dulunya UMNO tapi semalam dah datang ke lokasi ceramah,ini menunjukkan PR semakin diterima rakyat,PR sedang menghadapi tekanan dari segenap sudut jadi kita yang duduk di dalam Parti harus berterusan memikirkan mekanisme yang sesuai untuk memberi kepercayaan kepada rakyat dengan gerak kerja berterusan.



pengunjung memenuhi segenap pelusuk.....

Ketika SJ tiba di sana YB Khalid Samad sedang menceritakan kesah Teoh Beng Hock yang mana bila terjadinya kes Teoh pemimpin UMNO mengatakan "apa lah kita nak kecoh2,ni kan pasal anak cina yang mati,kenapa mesti melayu nak gaduh dengan melayu demi anak cina" ini adalah kenyataan berbaur perkauman,sedang PM Najib Monggol dok sibuk canang sana sini 1 Malaysia!!Adakah Teoh bukan orang Malaysia??sehingga tidak dibela nasibnya.Menunjukkan slogan itu hanya satu retorik pemimpin BN,mereka sendiri tidak ikut slogan pemimpin mereka kenapa kita nak ikut dengan slogan 1Malaysia.



YB Khalid Samad ceramahnya cukup panas....seorang yang jujur....




SJ tak sangka orang yang datang agak ramai pada malam itu...


Sebenarnya sebelum SJ sampai banyak lagi isu yang telah dikupas oleh YB Khalid Samad,kepada mana-mana yang ada merakam video bolehlah sebarkan dan hantarkan email kepada SJ.Sekian ini sahaja laporan dari SJ untuk aktiviti Pakatan Rakyat semalam.

We Will Fight and Never Surrender!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List