Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Wawasan 2020,Islam Hadhari dan 1 Malaysia hanyalah RETORIK!!!

RETORIK PEMIMPIN BN
Salam,hari ini SJ ingin mengingatkan cogankata retorik yang pernah digunapakai oleh pemimpin BN sejak zaman mahathir hingga ke zaman najib.Bermula dengan zaman mahathir,rakyat dimomokkan dengan Wawasan 2020.Pada zaman itu mahathir mengamalkan sistem kononnya projek2 mega untuk kesenangan rakyat di masa hadapan.Dalam masa yang sama juga segala projek mega itu adalah milik kroni mahathir.Dengan berwawasan 2020 mahathir melaksanakan politik kejam yang akhirnya menjerumuskan DSAI ke dalam penjara.Apakah sebenarnya wawasan 2020??Wawasan 2020 telah dicanang oleh Mahathir semasa pemerintahannya adakah wawasan 2020 satu matlamat??adakah selepas berlalunya era mahathir kita dengar lagi tentang wawasan 2020??Ini menunjukkan cogankata era mahathir itu hanya retorik semata untuk mengaburkan mata rakyat bilamana mahathir menyerahkan projek mega pada kroni-kroninya.



Mahathir pergi meninggalkan pemerintahan bersama dengan wawasan 2020,tiba-tiba di era Pak Lah kita telah mendengar satu lagi yang lebih hebat di mana Pak Lah dengan hebatnya telah membawa satu Islam yang baru yang mana disebut oleh Pak Lah sebagai 'Islam Hadhari'.Maka datanglah Tok Syeikh2 yang berserban lima enam kilo ke Malaysia yang kononnya nak belajar Islam Hadhari daripada As Syeikh Abdullah Badawi.Maka rakyat pun melihat mungkin betol apa yang Pak Lah bagitau tentang Islam Hadhari.Maka di zaman itu bilamana naiknya Pak Lah sebagai PM melalui peralihan kuasa Pak Lah telah menang besar dalam PRU11.Cogankata yang dibawa Pak Lah berjaya meyakinkan sehingga Terengganu pun tumbang ke tangan BN.Dalam Pak Lah sibuk mengatakan tentang Islam Hadhari Pak Lah juga tiada beza seperti zaman mahathir.Pak Lah juga mengatakan akan menentang rasuah tapi apakah Pak Lah buat??



Pada zaman itu juga kita mendengar pelbagai skandal,termasuklah tentang Kuasa di Tingkat 4 pejabat PM,Anak Pak Lah mempunyai aset yang cukup besar malah terlibat dalam persenjatyaan nuklear.Di zaman itu juga kita dapat lihat pemimpin diberikan bantal oleh anak muda kerana selalu tidor dalam mesyuarat.Itulah sebenarnya Islam Hadhari,langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat,cukuplah Islam yang telah dibawa Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.Perjuangan rasulullah memartabatkan islam yang penuh ranjau dengan mudah Pak Lah mengistiharkan Islam Hadhari..inilah kita telah berada di 2 zaman yang berlainan wajah...maka Islam Hadhari juga adalah retorik kerana datang pula zaman najib monggolia satu lagi cogankata dibawa iaitu 1 Malaysia,maka terpadamlah Islam Hadhari itu dari kata-kata pemimpin UMNO.



Najib Monggol datang pula dengan membawa satu cogankata 1 Malaysia...Sebenarnya sepaptutnya najib monggol harus baut cogankata 'Zaman Edan' kerana di zaman najib monggol inilah berlaku pelbagai tragedi,ada yang kena letup,ada yang kena tembak,ada yang dirogol dan ada pula yang mati di dalam kawalan siasatan polis.Zaman najib adalah zaman edan yang mana semua kerja gila boleh dilakukan demi kepuasan pemimpin jahanam BN,dengan megah Najib Monggol membawa cogankata 1 Malaysia.Apakah 1 Malaysia??dari mana datangnya 1 malaysia??adakah ilham ini datang ketika si najib monggol tidor lalu pada malam itu dia mimpi esok pagi terus umum 1 malaysia..?1 malaysia datang dari tok bomoh handal rosmah mansor.Dan jika dikaji dan dilihat siapa yang promosikan 1Malaysia ini di malaysia?Promosi ini dibuat oleh APCO Worlwide yang berpusat di Kuala Lumpur dan syarikat ini adalah syarikat yang sama mempromosikan 1 Israel.Kononnya disuruh boikot barang-barang Israel tapi boleh pula pemimpin kita pilih organisasi yang bersangkut paut dengan Israel untuk mempromosikan 1 Malaysia....

Maka inilah kesimpulannya kesemua cogankata pemimpin terdahulu adalah retorik semata-mata.InsyaAllah bilamana DSAI akan naik menjadi PM Malaysia ketujuh maka 1 Malaysia juga akan tenggelam dan tidak akan kedengaran lagi.Kita doakan agar semasa DSAI menjadi PM nanti istilah2 retorik seperti ini tidak akan lagi berkumandang.Rakyat Malaysia harus cerdika dan jangan mudah mengikuti kata-kata retorik ini sebagai panduan.ini semua hanya untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Sekian untuk hari ini dari SJ

We Will Fight and Never Surrender!!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List