Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Gerak Kerja untuk program DSAI di Kulai Johor Diteruskan Ver 2!!!!



Salam,malam tadi Sj bersama beberapa rakan dari AMKGP meneruskan gerak kerja penyebaran Handbill dan poster kepada rakan-rakan yang berada di Senai.SJ cukup tabik pada beberapa rakan-rakan yang benar-benar sanggup berkorban demi menjayakan program DSAI di Johor,macam semalam ada salah seorang rakan SJ anak-anaknya masih kecil ada dua orang,dua2 tengah demam tapi kerana keikhlasan hatinya untuk berjuang demi kejayaan program DSAI di Kulai Johor sanggup datang bersama SJ mengedar handbill,Dahlahtu baru sahaja balik kerja tapi sangup bersama.Tahniah kepada individu tersebut,hanya allah yang akan membalas segala keringat anda itu.

Seorang lagi rakan SJ tengah tak sihat,penyakit lamanya datang kembali,dalam keadaan semput masih sanggup bawa kereta untuk edar handbill dan poster pada PKR Pasir Gudang,belum sempat menghela nafas lega tiba-tiba telefon pula berdering bos panggil pergi kerja,tapi dengan semangatnya untuk bantu parti dia sanggup juga meredah kegelapan malam menyebarkan Program yang bakal dilaksanakan di Kulai Johor.SJ lihat insan-insan ini tidak pernah letih untuk berjuang,tapi ke manakah perginya insan lain yang 'sihat',ada juga yang masih bujang tapi tidak turun ke lapangan,Tolonglah SJ merayu kepada anak muda bangkitlah,bangunlah,berdirilah segera ini masa kita..Cuba fikirkan andai insan-insan seperti yang Sj ceritakan di atas telah tua siapa bakal mengambil alih perjuangan ini jika bukan kita.

Perjuangan memerlukan pengorbanan,adakah pengorbanan yang sedikit ini tidak dapat diberikan oleh kita wahai anak-anak muda,korbankanlah sedikit masa demi perjuangan ini.Jadilah anak muda yang benar-benar 'muda'.Ciptalah sejarah ketika muda!!!!Bagi SJ walaupun yang hadir untuk buat gerak kerja ini hanya 'mereka-mereka' SJ tetap akan bersama insan seperti ini untuk meneruskan perjuangan ini!!!!


We Will Fight and Never Surrender!!!!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List