Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Hasan terima surat tunjuk sebab!!

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui telah menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin parti berhubung beberapa isu kontroversi di negeri itu.

Ditemui wartawan selepas pembentangan bajet di DUN Selangor hari ini, beliau yang juga exco hal-ehwal agama Selangor mengesahkan telah menerima surat tersebut semalam.

ADUN Gombak Setia, yang enggan mengulas kandungan surat berkenaan, bagaimanapun berkata beliau akan memberi jawapan kepada jawatankuasa tersebut dalam bentuk bertulis.

"Tidak perlu tahulah, itu hal dalaman parti," katanya di lobi bangunan DUN Selangor petang ini.

"Apa yang diminta itulah saya akan kemukakan. Selepas itu, terserah kepada jawatankuasa disiplin."

Jelasnya, beliau tidak bimbang dengan keputusan yang bakal diambil oleh jawatankuasa berkenaan.

"Perkara itu bukan susah sangat, benda yang nak dijawab itu sudah jelas.

"Tidak ada apa yang saya rasa ada keraguan atau kebimbangan. Benda ini biasa," katanya lagi.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dilaporkan berkata surat tunjuk sebab itu dihantar kepada Dr Hasan dan beberapa lagi pemimpin.

Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober lalu yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.

Jika didapati bersalah, Dr Hasan boleh dikenakan tindakan penggantungan keahliannya dalam PAS atau dipecat daripada parti itu, Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru-baru ini susulan kemerosotan undi parti pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kenyataan Dr Hasan itu yang dianggap negatif, antaranya, melibatkan isu jualan minuman beralkohol dan siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

sumber :malaysiakini

Sj tak nak ulas lanjut sebab SJ tidak pro mana-mana,bagi Sj apa yang terbaik untuk PAS itulah yang SJ sokong..SJ lebih berdiri atas konsep Pakatan Rakyat bukannya berpuak-puak.SJ juga dah lama kenal PAS SJ juga tidak mahukan PAS berpecah,semnoga perjuangan PAS terhindar dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab untuk menghancurkan PAS.Laknatlah ke atas orang tersebut!!

WE WILL FIGHT AND NEVER SURRENDER!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List