Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor!!


Pada 22 November 09, Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor akan mengadakan Konvensyen di Kluang, Johor. Konvensyen ini diadakan untuk memantapkan lagi organisasi parti diperingkat negeri mahupun cabang. Yang pastinya konvensyen itu nanti akan merumuskan sesuatu yang terbaik untuk PKR Negeri Johor.

Sepertimana yang diminta oleh Majlis Perhubungan Negeri yang mana setiap Cabang perlu menghantar sekurang-kurangnya 20 orang AJK Cabang untuk hadir dalam konvensyen tersebut wajar ditunaikan oleh setiap Ketua Cabang jika mereka benar2 serius mahu keadilan bertapak kukuh di Negeri Johor ini. Kesedaran dan komitmen dari setiap AJK Cabang untuk menghadirkan diri pada program tersebut turut ditagih jika mahu serius dalam berpolitik. Jika sekadar untuk mencari nama dan populariti adalah lebih baik dan mulia mengundurkan diri dengan cara terhormat.

Jika masih ada mana2 AJK atau Ketua yang tidak boleh mengikat kesepaduan antara satu sama lain, adalah lebih baik mereka duduk diluar parti kerana PKR amat mengutamakan kesepaduan bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Setiap Ketua/AJK tidak kira Cabang/Wanita/AMK perlu mempunyai kesedaran dan serius dalam usaha2 memantapkan kawasan masing2. Sebarang permasalahan meruncing perlu diselesaikan secara ilmiah dan bijaksana agar ianya tidak membarah kepada keseluruhan organisasi. Jika Cabang lesu dan layu sewajarnya ia menimbulkan kerisauan kepada keseluruhan organisasi, oleh kerana itu kepedulian kita terhadap prestasi organisasi parti perlu diterapkan dijiwa setiap penjawat parti. Menuding jari kepada pihak tertentu bukanlah jalan penyelesaiannya namun kesedaran dan komitmen semua pihak akan mengukuhkan lagi akar tunjang sebuah oragnisasi.

Konvensyen PKR Johor nanti pastinya akan menghuraikan segala kemelut yang ada dan semoga ianya dapat menerbitkan satu kesedaran yang tinggi kepada semua peserta konvensyen yang hadir. Keikhlasan peserta yang hadir untuk duduk sama memikirkan jalan terbaik demi kesahteraan parti kerana jika mahu keputusan yang terbaik perlunya idea yang paling baik. "Menggilap Harapan Rakyat"

sumber :AMKGP

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List