Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar!!



Salam,Hari ini SJ membuka tajuk dengan terjemahan potongan ayat Al-Qur'an

"Janji Allah itu Pasti"
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002. Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 2 Mac 2002. Artikel tersebut yang bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' mendakwa ketua pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan Barat. Artikel itu berdasarkan kepada satu laporan yang disiarkan dalam majalah New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall berkata NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic. Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar. Anwar telah memfailkan saman RM100 juta terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad berhubung penyiaran artikel tersebut. Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003. Artikel NSTP itu berdasarkan kepada satu lagi artikel - 'The Bush Administration's dubious envoy to Taiwan' - yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic. - Malaysiakini

P/S : Setiap hari media durjana memberitakan berita fasik kepada tatapan rakyat,setiap hari juga DSAI dan pemimpin PR yang lain dihina,difitnah dan dimanipulasi kata2!!Akhirnya pasti kebenaran yang akan muncul,Alhamdulillah sejak beberapa Kes sebelum ini yang melibatkan saman malu daripada pemimpin PR dimenangi semua kes tersebut.Inilah yang dikatakan "Kita Merancang,Allah jua merancang,Allah adalah sebaik-baik perancang".Setiap perancangan jahat yang dibuat oleh musuh-musuh PR kini seringkali berpatah semula kepada pemimpin Bn DURJANA!!Hari ini sekali lagi Allah membuktikan kebenaran DSAI.NSTP diarah membayar saman malu kepada DSAI. Sebagai penyokong dan orang yang mendokong Pakatan Rakyat Sj berasa cukup gembira kerana sekian hari DSAI dimalukan diseluruh media DURJANA yang memutarbelitkan fakta,akhirnya manipulasi itu telah dibuktikan bahawa rakyat tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada Media Pro Kerajaan kerana Mahakamah sendiri dengan jelas telah menunjukkan bahawa Media-Media Durjana ini menyampaikan berita tidak benar dan fitnah semata-mata.Jika kita lihat perkembangan semasa,Moral DSAI semakin jatuh akibat 'Kebangsatan' Media Durjana,tapi dengan Kuasa ALLAH yang menyayangi hambanya yang benar telah membuktikan semua omongan daripada Media DURJANA adalah fitnah jahat yang melibatkan konspirator pihak atasan yang mencengkam Media-Media di Malaysia. SJ menyeru kepada semua rakyat Malaysia,Kita boleh melihat TV3,RTM atau Media Durjana yang lain,tapi bukan intuk percaya,tapi analisis berita tersebut dan jika kita dapati tidak benar kita buat aduan pada pemimpin PR untuk menyaman malu media tersebut!!Jangan kita biarkan lagi kita dibodohi oleh Media Durjana.Bangkitlah untuk berfikiran secara rasional bukannya percaya membabi buta pada media arus perdana yang kian hari kian menipu dan tiada kredibriti sebagai media yang sepatutnya menyampaikan maklumat dengan benar tanpa berselindung dibalik tangan-tangan ghaib!!. Semoga kebenaran akan terus tersinar dan berpancar berterusan,SJ percaya selagi Media Durjana ini tidak berubah dan tidak menjadi media yang telus akan ada banyak lagi kes saman yang akan dikemukan Pemimpin PR.Ingatlah Media Durjana,Kita ada undang-undang dan kita akan gunakan undang-undang tersebut untuk mendakwa kebiadapan fitnah yang telah dilakukan.Sekian daripada SJ...

We Will Fight and Never Surrender!!! SJ menyokong "Kebebasan Media"!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List