Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Tiada Bukti tapi Nak Dakwa juga!!!!

Salam....hari ini SJ buka kata-kata dengan perkataan ini : Jahanam....Jahanam....Jahanam!!!!Jahanam kepada sistem kehajiman Negara!! Hari ini sekali lagi sistem kehakiman Negara menjadi barua kepada orang tertentu.Sila baca petikan daripada Malaysiakini ini :

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan bermula 25 Januari tahun depan selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Februari.

Pagi ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti dalam pertuduhan.

Peguam mantan timbalan perdana menteri itu berhujah kes tersebut tidak patut diteruskan kerana laporan perubatan menunjukkan tiada kesan penembusan pada pengadu.

Anwar, ketua pembangkang di Parlimen, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lalu.

Daripada kenyataan Hakim telah membuktikan ada sesuatu disebalik pendakwaan ini.Bukti kenapa mahkamah tidak lagi boleh dipercayai,Keadilan sudah tiada dalam sistem kehakiman di Malaysia.Mengapa mesti medakwa dan dijadikan kes sedangkan orang yang menuduh tidak mengalami sebarang kesan sepertimana dakwaan yang dibuat.SJ bukan hakim atau orang yang professional untuk cerita bab mahkamah,tapi sedikit sebanyak tahu lah juga tentang apa yang sepatutnya berlaku di mahkamah.

SJ mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas terhadap Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.Turunkanlah bala yang amat besar kepada sesiapa yang terlibat membuat fitnah ini.Kita manusia biasa yang berpegang kepada agama Islam kita seharusnya percaya tiada sesiapa yang dapat membantu kita dikala susah senang kecuali ALLAh..Maka mari sama2 kita panjatkan doa supaya DSAI atau sesiapa sahaja yang teraniaya atas tuduhan fitnah diberikan azab yang pedih di dunia dan akhirat jika tidak bertaubat!!!!


We Will Fight and Never,Never,Never surrender!!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List