Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Rumah Che'gubard Dilempar BOM PETROL!!







pagi tadi sekitar jam 2 pagi rumah pengerusi SAMM, Sdra Chegubard telah dilempar dengan bom petrol oleh 2 orang pemuda yang tidak dapat dikenal pasti. bom petrol itu hampir terbakar di bawah kereta kepunyaannya jenis NAZA CITRA. ini kerana jiran sebelah chegubard iaitu pelajar-pelajar kolej yang masih belum lagi tidur terdengar bunyi motorsikal jenis RXZ lalu lalang sebanyak 3 kali di hadapan rumah mereka.
tiba-tiba pelajar-pelajar itu terdengar bunyi seperti kaca pecah dan mereka terlihat api sedang marak menyala dalam perkarangan rumah chegubard dan hampir-hampir bergolek ke bawah keretanya. tindakkan pantas pelajar-pelajar itu berjaya mengawal api dari terus membara. mereka menggunakan berbagai bagai cara untuk memadamkan api tersebut.

Chegubard yang ketika itu sedang tidur, terus terbangun setelah mendengar kekecohan tersebut lalu keluar rumah dan mendapati api telah berjaya dipadamkan dan keadaan ketika itu agak terkawal. Chegubard sendiri mendapatkan penjelasan daripada pelajar-pelajar yang juga jirannya itu bagaimana keadaan boleh berlaku dan rentetan cerita kes khianat yang berlaku.

lebih kurang jam 3 pagi, sekumpulan aktivis SAMM datang untuk melihat keadaan yang berlaku dan terus membawa chegubard ke balai polis seremban 2 untuk memebuat laporan polis. setelah laporan diambil, beberapa anggota polis dilihat meronda untuk menyiasat di kawasan berhampiran kawasan kejadian. unit JSJ juga datang ke tempat kejadian untuk mengambil gambar dan bahan bukti.

dengan berlakunya kes khianat ini, chegubard menyatakan bahawa ugutan simbolik ini langsung tidak melemahkannya untuk terus berjuang dan akan lebih semangat lagi mendedahkan kezaliman dan penyelewengan mereka-mereka yang terlibat untuk menghancurkan negara malaysia yang tercinta ini. akhir kata susuk anak muda ini tidak akan sesekali berubah malah suatu perubahan akan terus berlaku. anak-anak muda khususnya SAMM akan bersama dengan Chegubard dlm meneruskan perjuangan suci ini insyaallah...

SAMM( solidariti anak muda malaysia)

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List