Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Apa dah jadi dengan Jonah???



Salam SJ baru sahaja balik dari pusat pengundian Cabang Alor Gajah,Tampin dan beberapa cabang lain,belum lagi habis cerita pasal artikel semalam mengenai Jonah tadi baru sahaja SJ jumpa satu lagi perkara yang sama dari Laman Facebook yang mana seorang yang menggunakan nickname Maharaja Lela telah menyiarkan cerita yang sama,AMK Selangor perlu memandang serius perkara tersebut,saudara Jonah juga harus ambil serius dengan artikel seperti ini,jika saudara Jonah hanya berdiam diri maka apa yang diperbualkan dengan hangat kini ternyata benar.Jika benar AMK Selangor perlu berfikir adakah orang seperti ini boleh memegang jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat??

Perkara ini jalan penyelesaian amat mudah sekali,saudara Jonah harus tampil dan nyatakan kebenaran,saudara Jonah juga harus tampil dan dakwa kepada siapa yang mula-mula mengeluarkan isu ini,tapi sehingga hari ini saudara Jonah masih berdiam diri sahaja..sehingga bila??apa dah jadi dengan Saudara Jonah??Saudara Jonah berani turun ke jalan raya,berani berhadapan dengan pihak polis tapi kenapakah ketika ini saudara jonah hanya diam diri???Saudara Jonah perlu menjawab segala persoalan yang ada di gambar tersebut dan menafikan sekerasnya.



SJ minta kepada AMK Selangor fikirkan dengan waras dan siasat perkara ini sebaik mungkin,jika apa yang diperkatakan tidak benar maka saudara Jonah perlu tampil dan menyatakan kebenaran.Seluruh AMK sedang memperhatikan perkara ini.SJ harap saudara Jonah akan tampil dengan segera dan menafikan segala apa yang sedang diperbualkan.
Seperti sharpshooter yang sebelum ini pernah memperkatakan isu ini http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/10/jonah-beban-buat-shamsul-iskandar.html dalam blognya SJ hanya mahu jonah berikan penjelasan bukan hanya berdiam diri.

ANAK MUDA PENERUS PERJUANGAN REFORMASI MENDESAK PERUBAHAN!!

Pemilihan 2010 : Mengapa Jonah masih Tidak Bersihkan Nama???



Salam Reformasi dan salam perjuangan, pada hari ini pengundian pemilihan terus berjalan pada hari ketiga yang mana 27 Cabang dari seluruh Negara akan menjalankan proses pengundian.Semalam sebelum tidur SJ ada terbaca di blog Sharpshooter,ada khabar angin mengatakan yang sharpshooter telah didatangi oleh seseorang untuk menyuruh sharpshooter menghentikan isu tersebut,tapi pada malam tadi sharpshooter yang terkenal dengan orang yang tegas pendirian menyatakan keadaan itu tidak berlaku.

Isunya mudah bukan kita mengharapkan penafian daripada sharpshooter tentang khabar angin itu tapi kita mahukan Jonah itu sendiri membersihkan namanya,tapi sehingga hari ini Jonah masih berdiam diri,kalau mengikut kata-kata orang tua diam itu tandanya setuju,maka adakah Jonah bersetuju dan mengakui segala tuduhan yang dilemparkan,mengapa sehingga 31/10/2010 ini Jonah masih belum membuat penafian atau sebarang tindakan terhadap tuduhan tersebut sila klik http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/10/jonah-beban-buat-shamsul-iskandar.html .



Jika Jonah tidak bersalah,maka Jonah seharusnya tidak boleh berdiam diri dan tindakan harus diambil sepertimana yang sharshooter katakan,kita tidak menuduh cuma kita mahu Jonah bersihkan namanya,Jonah kena ingat jika perkara tersebut berlaku bukan sahaja Jonah sendiri yang malu tetapi melibatkan parti.Nasihat SJ kepada Jonah sila bersihkan nama anda secepat mungkin.Jangan hanya berdiam diri kerana ini kes berat melibatkan tuduhan seperti itu..AYUH Jonah bersihkan nama anda,jika boleh dibuat dakwaan maka Jonah harus saman kepada yang membuat tuduhan itu http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/07/gempar-senarai-projek-rasuah-ketua-amk.html .

SJ berharap Jonah seorang yang pernah satu ketika dulu berjuang bersama pejuang REFORMASI di jalan raya mempunyai prinsip dan harus membersihkan namanya,kerana jika tidak Jonah telah memalukan pejuang REFORMASI yang semua kenal "Kalau Takot dengan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan"sekian dari SJ.Semoga Jonah membersihkan namanya secepat mungkin.Jika selepas 3 hari dari artikel SJ keluarkan ini maka seluruah AMK Selangor kene mendesak untuk Jonah membersihkan namanya.


Anak Muda Tolak pemimpin Korup!!! Anak Muda Mendesak perubahan!!..Perubahan tidak boleh ditunggu tapi harus didesak!!

Pemilihan 2010 : Tolak Isu Perkauman Sempit..."Tolak Chang Li Kang sebab dia Cina!!"



Salam Reformasi salam perjuangan dari SJ...setakat jam 2.56 pagi ini 31/10/2010 Che'gubard sedang mendahlui penjumlahan undi dengan undi sebanyak 352 undi manakala Shamsul Iskandar mendapat 241 undi.SJ mengharapkan keputusan Che'gubard terus berada dihadapan sehingga selesai semua pengundian di Cabang-cabang.SJ mendapat info dari teman-teman bahawa ada yang berbisik-bisik untuk menolak Chang Li Kang sebagai calon Timbalan Ketua AMK kerana dia seorang cina..ini kerja bodoh dari manusia yang sangat bodoh dan bebal.

Anak Muda harus bertindak bijak jika isu ini dimainkan,memilih calon itu harus dinilai dari prestasi,moral dan gerak kerjanya bukan sebab kaum.SJ tidak marah jika ada yang menolak Li kang dengan alasan Li Kang punya gerak kerja tidak baik,moral tidak baik,tapi sangat marah bila ada yang menolak Chang Li Kang sebab dia seorang cina.Nilailah pemimpin itu dengan cara yang rasional jangan terendah dengan isu-isu bodoh ini.Harapan SJ anak muda yang akan mengundi nanti tidak terpedaya dengan dakyah tersebut.



Sejarah pernah membuktikan Sdr Chang Li Kang pernah ditangkap kerana mempertahankan kepentingan orang melayu,salah satu tangkapan dibuat ke atas Chang Li Kang adalah kerana mempertahankan rumah orang melayu di Kg Berembang.Maka tidak salah jika Che'guBard memilih Sdr Chang Li Kang sebagai Calon Timbalan Ketua AMK dalam line-up nya.Sebenarnya ada sesuatu yang besar harus dilihat dari line-up Che'gubard,ada melayu,cina,india dan secara automatik RETORIK NAJIB 1 MALAYSIA dapat dipatahkan dengan ada nya line-up ini.Maka kesan ini amat positif kepada PKR khususnya. SJ menyeru Anak Muda yang cintakan keadilan dan kesaksamaan serta memperkukuhkan AMK untuk memberikan undi kepada saudara Chang Li Kang sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat.Alangkah indah nya demokrasi tanpa isu perkauman sempit ini.



Sekian dahulu untuk pagi ini.Hari ini ada lagi 27 Cabang akan mengadakan pemilihan,diharapkan keputusan pada hari ini akan memihak kepada Team Penerus Perjuangan REFORMASI yang dipimpin oleh Che'gubard.


Perubahan itu harus Didesak bukan ditunggu!!!!Anak Muda cintakan perubahan!!

Perjumpaan Anak Muda Penerus Momentum Reformasi di Hulu Selangor



Salam perjuangan,SJ bersama Che'gubard baru sahaja pulang dari Hulu Selangor dan mengadakan beberapa perjumpaan di Selangor untuk menjelaskan misi dan visi yang dibawa sekiranya Che'guBard menjadi Ketua AMK Pusat.Sehingga ini banyak sokongan telah diterima sama ada secara terbuka dan senyap-senyap pun ada,bagi SJ mudah Parti Keadilan merupakan Parti yang mencintai Demokrasi,maka ruang demokrasi harus dibuka seluasnya.Sifat keterbukaan minda harus ada pada seorang pemimpin itu bukannya menyempitkan minda anak muda dengan memberi arahan dan arahan itu tidak boleh disangkal.Che'gubard jelas dalam setiap perjumpaannya meminta anggota Cabang untuk membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk membuat perjumpaan dan penerangan.SJ melihat Che'gubard seorang yang konsisten dalam membuka luas ruang demokrasi.



Che'gubard juga tidak pernah menelefon dan memarahi kepada mana-mana AMK cabang yang mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin pun,adakah Doktrin BTN hendak diterapkan??SJ harap Shamsul Iskandar juga harus membuka ruang dengan seluasnya tanpa mendoktrinkan pemikiran anak muda.Seorang pemimpin anak muda itu harus berjiwa besar dan sentiasa berminda terbuka dan seharusnya boleh menerima teguran orang-orang yang dibawah.Sedangkan Khulafa' Ar-Rasyidin dulu boleh menerima teguran orang dibawah, inikan pula di zaman kita pemimpin yang cukup banyak membuat salah tak boleh ditegur,apa maksum ker sampai tak boleh ditegur.!!



okeylah sampai di sini dahulu untuk masa ini,Malam ini Che'gubard akan ada pertemuan di Perak pula..ayuh Anak Muda seluruh Malaysia kita medoakan agar Che'guBard menang sekaligus menggarap harapan anak muda ke arah AMK yang lebih baik.



ANAK MUDA PENERUS MOMENTUM REFORMASI!!!

Salam perjuangan ...Salam Reformasi...SIGNAL PRU13.....



Salam perjuangan dan Salam Reformasi kepada rakan2 semua..rasanya dah lama SJ x update blog ni dan ramai yg menyangka yang SJ telah berpaling tadah,ada juga yang menyangka SJ telah keluar parti.Tidak mengapa semua spekulasi itu tidak perlu dijawab,bagi SJ mudah sahaja mulut orang tidak mampu kita tutup.Mungkin selepas ini SJ akan aktifkan semula blog ini.Tidak lama lagi kita akan menghadapi PRK di dua kawasan satu di semenanjung dan satu di Sabah.Dan jika kita kalah maka PRU13 akan lebih dekat lagi.



Najibultantuya juga telah memberi signal yang cukup jelas bahawa akan pertahankan putrajaya walau apa pun cara,bermaksud najibultantuya akan menggunakan apa sekali cara pun yang penting Putrajaya dapat dipertahankan."Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno.Di sini apa perlu kita buat diam sahaja ker??adakah kita mahu terus dicengkam oleh rejim zalim UMNOBN yang telah memerintah lebih kurang 50 tahun??.



Di Sini Anak Muda harus memainkan peranan yang cukup kuat,kerana Anak Muda merupakan pemimpin di masa hadapan.Untuk menghadapi signal najibultantuya ini Anak Muda perlu mempersiapakan saf dari sekarang demi untuk melawan rejim zalim Najibultantuya!!.Seorang pemimpin harus diangkat dari kalangan Anak Muda demi untuk perjuangan ini.Bersempena pula dengan Pemilihan PKR 2010 SJ sendiri ingin menyatakan pendirian SJ sekaligus mengharap Anak Muda yang progresif juga memilih pemimpin yang mampu menjawab signal najibultantuya itu.



SJ secara peribadi dan setelah memikirkan dari semua sudut demi untuk kita melihat Gerakan Anak Muda ini dapat mengembalikan GEMA 1998 maka Pemimpin Anak Muda yang paling layak dan InsyaALLAH akan membawa perubahan besar kepada AMK khususnya maka tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Badrul Hisham Shahrin atau dikenali ramai dengan panggilan Che'guBard,Misi dan Visi nya cukup jelas dan SJ yakin signal najib itu mampu dilawan oleh Che'guBard.Ini adalah pusingan terakhir yang mana kita Anak Muda kena progresif tidak boleh lembab2 lagi dalam membuat sesuatu tindakan.



SJ ingin merakamkan Terima Kasih kepada Bro Shamsul Iskandar di atas segala jasa dan gerak kerja yang dilakukan semasa menjadi Ketua AMK Pusat.



SJ tidak menyalahkan Bro Shamsul mahupun sesiapa,bagi SJ itu sahaja yang termampu dibawa oleh Bro Shamsul,maka pada kali ini kita Anak Muda berikan peluang pula kepada Che'guBard untuk memimpin AMK sekaligus menyediakan Pasukan Tempur yang akan menjadi barisan hadapan merampas Putrajaya dari cengkaman najibultantuya dengan jalan demokrasi,tapi jika jalan lain yang najibultantuya nak maka kami akan ikut rentak itu.Anak Muda akan terus dan seharusnya mendesak perubahan bukan menunggu perubahan itu berlaku...

Salam dari Anak Muda Penerus Momentum Reformasi!!!

entry pertama setelah berehat lama....-SJ

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List