Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Perjumpaan Anak Muda Penerus Momentum Reformasi di Hulu Selangor



Salam perjuangan,SJ bersama Che'gubard baru sahaja pulang dari Hulu Selangor dan mengadakan beberapa perjumpaan di Selangor untuk menjelaskan misi dan visi yang dibawa sekiranya Che'guBard menjadi Ketua AMK Pusat.Sehingga ini banyak sokongan telah diterima sama ada secara terbuka dan senyap-senyap pun ada,bagi SJ mudah Parti Keadilan merupakan Parti yang mencintai Demokrasi,maka ruang demokrasi harus dibuka seluasnya.Sifat keterbukaan minda harus ada pada seorang pemimpin itu bukannya menyempitkan minda anak muda dengan memberi arahan dan arahan itu tidak boleh disangkal.Che'gubard jelas dalam setiap perjumpaannya meminta anggota Cabang untuk membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk membuat perjumpaan dan penerangan.SJ melihat Che'gubard seorang yang konsisten dalam membuka luas ruang demokrasi.



Che'gubard juga tidak pernah menelefon dan memarahi kepada mana-mana AMK cabang yang mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin pun,adakah Doktrin BTN hendak diterapkan??SJ harap Shamsul Iskandar juga harus membuka ruang dengan seluasnya tanpa mendoktrinkan pemikiran anak muda.Seorang pemimpin anak muda itu harus berjiwa besar dan sentiasa berminda terbuka dan seharusnya boleh menerima teguran orang-orang yang dibawah.Sedangkan Khulafa' Ar-Rasyidin dulu boleh menerima teguran orang dibawah, inikan pula di zaman kita pemimpin yang cukup banyak membuat salah tak boleh ditegur,apa maksum ker sampai tak boleh ditegur.!!



okeylah sampai di sini dahulu untuk masa ini,Malam ini Che'gubard akan ada pertemuan di Perak pula..ayuh Anak Muda seluruh Malaysia kita medoakan agar Che'guBard menang sekaligus menggarap harapan anak muda ke arah AMK yang lebih baik.



ANAK MUDA PENERUS MOMENTUM REFORMASI!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List