Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Zambri MB Haram Paling Bangang!!!




Laporan Ketua Odit Negara membuktikan Zambry seorang yang bangang

Laporan Ketua Odit Negara yang didedahkan oleh Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Khoo Ham membuktikan betapa dalam isu pembelian 16 kereta Toyota Cambry oleh Pakatan Rakyat tempohari adalah suatu langkah yang dikira bijak belanja

Pendedahan Ketua Odit Negara menampakan betapa 'bangang'nya gerombolan UBN yang mulut celupar mempertikaian pembelian kereta tersebut.Baca seterusnya berikut :

IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.

Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.

“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry?Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”

“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.

Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.

“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.

Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.

Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.

Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.

“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres

“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.

Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.

“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.

Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.

Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.

Sumber : Malaysia Insider..

Lawan Tetap Lawan!!!

Kempen Justice For Tian Chua di Taman Universiti Johor!!



Salam dan selamat pagi,SJ baru selesai Program 'Kempen Justice For Tian Chua di Pasar Taman Universiti.SJ bersama beberapa rakan AMK yang lain hadir untuk kempen ini tidak dilupakan juga Ketua Cabang PKR Gelang Patah Dr Zaliha Mustafa.Kami bersama-sama berkumpul di tapak letak kereta Pasar bermula jam 8.30 pagi.Program kempen ini memang sedang berlangsung di Seluruh Malaysia,InsyaALLAh jika tiada aral melitang pada minggu hadapan akan diadakan di Pekan Gelang Patah di kawasan 'pasar' yang bukan 'pasar awam'.BN telah menang di Parlimen Gelang Patah berpuluh tahun tapi hingga kini masih belum berdiri Pasar Awam di Gelang Patah.Inilah Kecerdikan dan keprihatinan yang dilaugkan oleh pemimpin BN Durjana.






Okey,kita balik pada cerita asal,Alhamdulillah program di sini berjalan dengan lancar,walaupun kami hanya beberapa orang sahaja kami tetap meneruskannya,Kami mengedar risalah 'Keadilan untuk Tian Chua dan SJ juga mengambil kesempatan mengedar risalah tentang Squad AMK Johor yang dibuka kepada anak muda seluruh Negeri Johor.Dr Zaliha turut sama berkempen dengan kami,ramai juga orang kawasan sini yang masih kenal dengan Dr Zaliha,sebab Dr Zaliha kan pernah bertanding di Parlimen Gelang Patah,rata-rata orang yang berjumpa dengan Dr Zaliha menyatakan sokongan kepada PKR,dan meminta untuk Dr Zaliha bertanding lagi,emm nampaknya Dr Zaliha kenalah teruskan untuk bertanding pada PRU13 nanti.SJ dan rakan-rakan akan memberi sokongan penuh dan akan bekerja bersama Dr Zaliha untuk kita tawan Parlimen Gelang Patah di PRU13 nanti.






Dalam ketenangan pasar Tmn Universiti ni rupanya ada masalah yang membelenggu peniaga di sana,aduan mereka tidak diambil peduli oleh wakil rakyat di sini.Untuk masalah ini SJ akan ulas di posting berikut nanti.Kami juga berjalan ke sekitar kawasan peniaga runcit di pasar,ada juga yang memberikan sokongan termasuk anak muda yang berada di sana turut menurunkan tandatangan protes terhadap kezaliman ke atas Tian Chua.Lebih kurang jam 11.20 program kami berakhir.SJ dan rakan gembira kerana program ini berjalan dengan lancar.SJ dan rakan-rakan akan meneruskan kempen ini ke tempat lain pula di sekitar johor setiap minggu agar rakyat tidak lupa kezaliman yang dilakukan terhadap YB Tian Chua.



Sekian sahaja,nanti Sj sambung lagi untu aduan peniaga gerai makan di sini...nak makan jap..lapar...opps lupe plak..Terima Kasih kepada rakan-rakan yang turut hadir menjayakan program ini...

We Will Fight and Never Surrender!!!

KULAI 221109 - JADIKAN SEBAGAI PENCETUS KEBANGKITAN AMK JOHOR


Walaupun sudah lebih seminggu isu mengenai ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg. Air Manis, Kulai , Johor yang terpaksa dibatalkan berikutan ketakutan Umno membuat bantahan terhadap ceramah tersebut, namun bahangnya masih terasa sehingga kini. Walaupun ceramah pada dasarnya ceramah itu gagal, namun Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor seolah-olah mendapat suntikan semangat yang luar biasa untuk terus bergerak bersama menggempur kubu2 Umno. Amat jelas, jika kita konsisten dalam usaha2 untuk menawan Johor pada PRU-13, kami amat yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat. Namun, kesedaran ini bukan hanya untuk 2 3 kelompok yang kecil, ianya perlu dirasai oleh keseluruhan kepimpinan AMK di setiap cabang. Kesedaran Ketua AMK Cabang untuk memantapkan dan menggerakkan organisasinya perlu ada dan gerakan2 perlu sering diperbincangkan bersama AJK2 yang lain.

AMK Johor merancang untuk mengadakan "road tour" untuk turun ke setiap Cabang bagi menerangkan, memperjelaskan serta merangka beberapa program yang dapat membantu setiap cabang menarik lebih ramai anak muda untuk bersama dalam AMK. Ketua AMK Johor amat mengalu-alukan idea2 bernas dari mana2 pihak agar dapat membantu dalam usaha2 pemantapan dan pemahaman serta halatuju perjuangan parti.

Berkemungkinan pada Disember nanti akan diadakan Konvensyen Khas Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor dan jika perkara ini berlaku, diharap ianya mendapat sokongan padu dan menyeluruh dari setiap Cabang untuk menghantar peserta2 agar mereka dapat dibimbing, membimbing, digilap, menggilap, diajar, mengajar serta berkongsi idea bagi memantapkan dan semangat juang dalam setiap peserta agar dapat diterjemahkan kepada rakan yang alin disetiap cabang. Kita bersatu hati dengan satu suara "Menghancurkan Umno/BN pada PRU-13..."

MUHYIDDIN YASSIN - DULU PENGKHIANAT SEKARANG PEMBOHONG


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN). Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro dibawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman dan berkepentingan politik yang melampau.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor termasuk kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan negeri.

Program BTN adalah sebagai indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama. Peserta BTN akan dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu terutama kepada pimpinan dan parti pembangkang.

Sebenarnya Muhyiddin tidak perlu menafikan kenyataan ini kerana rata2 peserta memperakukan bahawa kursus BTN ini adalah agenda Barisan Nasional untuk menanamkan sifat kebencian kepada Pembangkang (Pakatan Rakyat) dan pimpinannya. Penulis sendiri pernah menghadiri kursus BTN semasa berkhidmat dengan sebuah IPT mengakui bahawa dalam kursus tersebut diselitkan agenda Kerajaan Umno/BN dengan memainkan isu Anwar agen Yahudi, Anwar Peliwat, Anwar Pengkhianat, PAS Parti Ajaran Sesat, DAP lebih Komunis dari Komunis dan pelbagai lagi, namun isu yang sering dimainkan dalam kursus tersebut ialah mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketakutan dan kegusaran Umno/BN kepada kekuatan dan pengaruh Dato' Seri Anwar amat jelas apatah lagi sekarang telah terbukti bahawa agenda perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin diterima rakyat.

Sewajarnya kursus BTN ini diisi dengan silibus2 yang dapat menguatkan jatidiri pelajar/kakitangan kerajaan disamping diberikan pemantapan mengenai kebertanggungjawaban terhadap amanah dan tugasan bukannya menanamkan sifat kebencian kepada pemimpin politik (Pakatan Rakyat) yang boleh memecah-belahkan kaum dan masyarakat serta menjadi agen kepada Umno/BN untuk menyampaikan agenda jahat mereka.

Kakitangan kerajaan diseluruh Malaysia yang pernah mengikuti kursus BTN wajar memikirkan kenyataan bohong Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini. Sesungguhnya "Bangkai Gajah usah ditutp dengan Nyiru". Bahkan dalam PKR sendiri ada pimpinan yang pernah menjadi fasilitator BTN. Apakah yang mahu Muhyiddin pertahankan lagi...

Keputusan dan tindakan dari Menteri Besar Selangor amat bertepatan bagi mengelakan pemikiran kakitangan/pelajar di bawah kerajaan negeri, dirosakan oleh dakyah2 songsang Umno/BN.

PERJUANGKAN HAK RAKYAT BUKAN KAUM !!!

Satu peringatan yang baik buat Masyarakat India yang merasakan diri mereka telah dipinggirkan....

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara mendokong sepenuhnya semangat ‘perjuangan untuk rakyat Malaysia’, bukan disempitkan dengan ideoligi kepentingan sesuatu kaum saja.

"Perjuangan rakyat Malaysia perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran sesebuah masyarakat kerana senario politik di negara ini sudah berubah," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat," katanya.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

"Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini," katanya

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Katanya lagi, “Kita bukan lawan untuk gaduh? Tidak, kita lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita.

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua," tambahnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

"Ada orang kata bahawa Anwar, Keadilan, Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita. Saya mahu beritahu tahukah tuan-tuan bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu, kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”, katanya.


FreeMalaysiaToday

Suara Rakyat......

Luahan dari sdr. Shahran..

Saya berada di lokasi berkenaan pada mlm itu…sememangnya ada perancangan jahat untuk gagalkan ceramah DSAI sbb…
-orang yang menjerit bagaikan kena sawan mengutuk dan memaki DSAI adalah budak2 hingusan yang tek kenal erti politik pun…budak2 sekolah yang kencingnya masih bercabang lagi…saya manyaksikan ini…
-hanya beberapa kerat sahaja yang menjerit bagai dirasuk…memang dirasuk hantu UMNO kerana jika tiada upah mustahil mereka menjerit tanpa mereka tahu apa yang dijeritkan..
-polis bersepah pada malam itu, malah sejak dari awal lagi FRU telah berkumpul di kawasan balai Air Bemban..kenapa perlu FRU? sbb mereka dah tahu tentang provokasi yang telah diatur oleh bangsat UMNO..dan ini peluang untuk mengagalkan ceramah dengan alasan faktor keselamatan..
-semasa ketibaan DSAI, polis beri isyarat kepada kumpulan yang berkumpul…”dah sampai, cepat bro…kemudian polis pun bersama di sekeliling budak2 hingusan itu..kenapa mereka tidak halang budak-budak bodoh tu buat provokasi? sebab….
-kenapa tak tangkap dan sumbat je budak2 bodoh yang menjerit tu kedalam black maria…sebab mereka menyebelahi UMNO? kalau lah orang PKR, dah lama kena sebat dengan polis..

kalau ikut kenyataan OCPD Kulai, permit tak diluluskan kerana mengelakan fitnah berluasa…fitnah apa maksudnya? OCPD pun dah bercakap mcm orang UMNO..gaji OCPD memang dibayar oleh kerajaan BN tapi jgn lupa bahawa itu duit rakyat..OCPD tak layak memihak…

Sepatutnya UMNO tak perlu kacau pun program ceramah ini sbb ianya tak ganggu sesiapa pun..kalau nak datang boleh, tak datang pun tak siapa paksa..sepatutnya biarlah program diteruskan, kalau UMNO buat apa2 program, tak seorang pun ahli PKR ambil peduli..UMNO terlalu takut pada bayang2 sampai hak untuk berceramah pun dinafikan..kebetulan pula polismengikut telunjuk mereka……sampai masanya nanti, tahulah nasib kamu UMNO…jangan ingat kegagalan malam itu bukti kejayaan UMNO tetapi sebenarnya ramai yang kecewa dgn tindakan biadap puak2 UMNO dan tak hairan lah mlm tu orang UMNO sendiri mengutuk tindak tanduk pemuda Senai mengupah budak2 untuk berlakon sasau menjerit mcm gila babi…

kepada DSAI pula, jgn serik datang Johor…ramai penyokong DSAI kat Johor dan semakin menggila orang2 UMNO, semakai ramai orang2 UMNO berpaling tadah dan menyertai PKR…ini adalah kebenaran berdasarkan tinjauan rambang saya..

AYUH DSAI DAN PKR,,,TERUSKAN PERJUANGAN KITA……

dipetik dari anwaribrahimblog.com

NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar!!



Salam,Hari ini SJ membuka tajuk dengan terjemahan potongan ayat Al-Qur'an

"Janji Allah itu Pasti"
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002. Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 2 Mac 2002. Artikel tersebut yang bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' mendakwa ketua pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan Barat. Artikel itu berdasarkan kepada satu laporan yang disiarkan dalam majalah New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall berkata NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic. Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar. Anwar telah memfailkan saman RM100 juta terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad berhubung penyiaran artikel tersebut. Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003. Artikel NSTP itu berdasarkan kepada satu lagi artikel - 'The Bush Administration's dubious envoy to Taiwan' - yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic. - Malaysiakini

P/S : Setiap hari media durjana memberitakan berita fasik kepada tatapan rakyat,setiap hari juga DSAI dan pemimpin PR yang lain dihina,difitnah dan dimanipulasi kata2!!Akhirnya pasti kebenaran yang akan muncul,Alhamdulillah sejak beberapa Kes sebelum ini yang melibatkan saman malu daripada pemimpin PR dimenangi semua kes tersebut.Inilah yang dikatakan "Kita Merancang,Allah jua merancang,Allah adalah sebaik-baik perancang".Setiap perancangan jahat yang dibuat oleh musuh-musuh PR kini seringkali berpatah semula kepada pemimpin Bn DURJANA!!Hari ini sekali lagi Allah membuktikan kebenaran DSAI.NSTP diarah membayar saman malu kepada DSAI. Sebagai penyokong dan orang yang mendokong Pakatan Rakyat Sj berasa cukup gembira kerana sekian hari DSAI dimalukan diseluruh media DURJANA yang memutarbelitkan fakta,akhirnya manipulasi itu telah dibuktikan bahawa rakyat tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada Media Pro Kerajaan kerana Mahakamah sendiri dengan jelas telah menunjukkan bahawa Media-Media Durjana ini menyampaikan berita tidak benar dan fitnah semata-mata.Jika kita lihat perkembangan semasa,Moral DSAI semakin jatuh akibat 'Kebangsatan' Media Durjana,tapi dengan Kuasa ALLAH yang menyayangi hambanya yang benar telah membuktikan semua omongan daripada Media DURJANA adalah fitnah jahat yang melibatkan konspirator pihak atasan yang mencengkam Media-Media di Malaysia. SJ menyeru kepada semua rakyat Malaysia,Kita boleh melihat TV3,RTM atau Media Durjana yang lain,tapi bukan intuk percaya,tapi analisis berita tersebut dan jika kita dapati tidak benar kita buat aduan pada pemimpin PR untuk menyaman malu media tersebut!!Jangan kita biarkan lagi kita dibodohi oleh Media Durjana.Bangkitlah untuk berfikiran secara rasional bukannya percaya membabi buta pada media arus perdana yang kian hari kian menipu dan tiada kredibriti sebagai media yang sepatutnya menyampaikan maklumat dengan benar tanpa berselindung dibalik tangan-tangan ghaib!!. Semoga kebenaran akan terus tersinar dan berpancar berterusan,SJ percaya selagi Media Durjana ini tidak berubah dan tidak menjadi media yang telus akan ada banyak lagi kes saman yang akan dikemukan Pemimpin PR.Ingatlah Media Durjana,Kita ada undang-undang dan kita akan gunakan undang-undang tersebut untuk mendakwa kebiadapan fitnah yang telah dilakukan.Sekian daripada SJ...

We Will Fight and Never Surrender!!! SJ menyokong "Kebebasan Media"!!

Hakim SARKAS Mahkamah Rayuan sekali lagi jadi BALACI Kurap!!!!


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong."Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

Sumber : Malaysiakini 7.54pm 24 Nov 2009

Salam,SJ sakit hati betul bila dapat tahu perkara seperti ini terjadi lagi!!,apakah keputusan mahkamah kini menjadi satu 'game',hari ini Mahkamah Tinggi bagitau adakan PRK,esok pula Mahkamah rayuan kata tangguh,hari ini Mahkamah Tinggi kata Nizar MB,esok Mahkamah rayuan kata tangguh!!macam dalam hutan lah pula kita dekat Malaysia sekarang ni.

Manakala SPR pula selaku satu Suruhanjaya Bebas kini bertindak memalukan Malaysia dengan menjadi pencacai angkat najis peringkat paling bawah apabila SPR sendiri merayu untuk tidak diadakan PRK!!Adakah SPR sudah lupa atau rakus kuasa,adakah SPR tidak faham setakat mana bidang kuasa yang dia ada!!!Tidak mungkin!!SPR tahu apa yang ada padanya tapi SPR berani menjadi Hakim dalam menentukan Pilihanraya!!!

Wahai Pencacai peringkat Bawahan (SPR) ingat kerja SPR hanya menjalankan Pilihanraya bukannya menjadi Hakim,Penganalisis atau Raja dekat Malaysia ni.SPR tidak ada hak untuk membatasi kuasa Speaker Dewan!!!SPR sudah melampaui batasan!!SJ yakin jika diadakan PRK,pasti banyak penyelewengan yang akan dilakukan!!SPR kini dengan terang-terangan menjadi Agen BN!!Jangan malukan Malaysia!!SPR menjadikan Malaysia semakin ke bawah dalam perkara demokrasi!!SPR telah memperkosa sistem Demokrasi Malaysia!!!

SPR kini tidak Relevan!!!PRK Mesti diadakan!!!!

SPR Zalim!!!!!!

Jelajah DSAI DI Johor Akan DIteruskan lagi...!!!







Salam reformasi,malam tadi SJ tak sempat untuk menulis,Alhamdulillah walaupun DSAI hanya dapat memberikan ceramah sekitar 10 minit,tetapi aura semangat yang ada pada DSAI meresapi kepada seluruh jiwa anak muda,walaupun pelbagai dugaan kami terima (AMK JOHOR) tapi kami berjaya,berjaya membawa DSAI ke Kulai dengan selamat berhadapan dengan 'ikan bilis' Pemuda UMNO yang bangang dan jahil dengan undang-undang,biaslah beruk mana tau undang-undang,yang tau undang-undang hanya 'manusia',beruk biasanya ikut Undang-undang Rimba!! SJ bertanggungjawab bersama beberapa rakan AMK yang lain membawa rombongan DSAI dengan selamat ke setiap destinasi yang dituju,DSAI tiba di Johor jam 5.30 petang di Plaza Tol Ayer Itam,setibanya DSAI ke Ayer Itam,SJ dan rakan-rakan terus membawa DSAI ke Konvensyen PKR Johor di Kluang.DSAI berucap di sana membakar semangat kepada para hadirin yang hadir,kedatangan di sana agak memuaskan.SJ meneruskan perjalanan membawa DSAI ke Masjid berdekatan kerana waktu maghrib dah tiba.Selesai solat kami bergerak ke satu kawasan warung,DSAI nak pekena teh panas sekejap.Masa kat sini ramailah yang mengambil kesempatan ambil gambar kenangan dengan DSAI.









Tiba di sana Pak Ngah dah ada dengan Dato' Chua,SJ dan rakan turut sama minum dah haus dari pada tadi. Selepas itu kami terus bergerak ke Layang-layang.



Program ini,program berdialog bersama kaum cinda di Layang-layang,Dato' Chua Jui Meng Hero Cina terus membakar semangat kaum cina agar terus memberikan sokongan kepada DSAI,dalam ucapannya DSAI menekankan agar kaum cina jangan terikut dengan media durjana yang sering melaporkan berita fitnah terhadap Pakatan Rakyat.Ketika di sana SJ dah berasa agak gusar sedikit kerana ada cakap-cakap yang DSAI akan batalkan perjalanan ceramah DSAI di Kulai.SJ paham DSAI cakap beliau tak mahu budak-budak AMK ditangkap kerana program tersebut,SJ bersama rakan yang lain berusaha untuk meyakinkan 'Pak Ucu' Pemandu DSAI keadaan di sana tenang.Selepas berbincang agak lama akhirnya keputusan dicapai DSAI akan teruskan program di Kulai.Dalam lebih kurang setengah jam berucap kami bergerak pula ke Simpang Renggam ke rumah Saudara Ishak yang sudah menyediakan jamuan makan malam kepada rombongan,alhamdulillah di sana juga DSAI disambut oleh penduduk tempatan,Mudir Madrasah Masriyah Ustaz Abdullah Husain juga turut sama hadir memberikan sokongan kepada DSAI.Terima Kasih kepada saudara Ishak di atas jamuan makan tersebut.












Perjalanan kami diteruskan ke Kg Ayer Manis Kulai,SJ bersama rakan lain dari AMK Johor bersyukur kerana walaupun pada mulanya DSAI hampir tidak dapat menghadirkan diri ke Kulai atas sebab DSAI tidak mahu pejuang muda tertangkap dengan sia-sia,Ingat wahai orang UMNO yang ada masuk dalam blog SJ,SJ ingin mengingatkan jika DSAI tidak hadir bukan kerana takut dengan 'anak-anak ikan bilis kamu',tapi DSAI tidak mahu pejuang muda tertangkap dengan bodoh-bodoh sahaja.DSAI mahu kami anak muda akan terus berlawan dan berjuang untuk menentang 'cicak mengkarung UMNO',Kami anak muda Johor berterima kasih di atas 'Demonstrasi Bodoh' yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Kulai!!!SJ dan rakan hanya tertawa melihat telatah 'anak bilis' terpekik terlolong macam kena histeria!!Hei Pemuda UMNO Bangsat!!Jangan sesekali gertak kami,kami anak muda PKR Johor tidak akan pernah gentar dan InsyaALLAH tapak ceramah semalam akan kami jadikan Medan kami untuk terus membuat program di masa akan datang.Sejarah bermula di Kg Ayer Manis,Dari sana kami akan jatuhkan UMNO bangang di Johor!!

Ini Janji Anak Muda PKR Johor,Kami akan terus berlawan sehingga kami menang,kami tidak pernah takut dan gusar dengan tekanan yang kami terima,ini jalan kami,kami akan meneruskannya.Ingat sekali lagi Pemuda UMNo,jangan cuba bermain api kelak membakar diri,semalam UMNO Kulai telah memalukan diri sendiri kerana mereka hanya dapt mengumpulkan 'anak-anak bilis' sahaja,mana pemuda UMNO yang sebenar??dah tak ada teloq ka kata orang utara.SJ dan rakan AMK yang lain bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan semalam.




Kehadiran DSAI di Tapak Ceramah laungan 'Reformasi' lebih kuat bergema di Tapak ceramah berbanding laungan 'anwar pengkhianat' dan 'kaki bontot'.Laungan reformasi digemakan tanpa wang ringgit sesen pun sedangkan laungan 'Setan' daripada orang UMNO berbayar!!!SJ nak tegaskan di sini bukan DSAI yang pengkhianat tapi tu si jahanam Muhyiddin Bengkak!!Hoi 'anak bilis' UMNO,sedarlah bahawa pengkhianat sebenar adalah pemimpin kamu,si bengkak itu bukan sahaja pengkhianat bangsa malah pengkhianat AGAMA!!Si Bengkak lah yang menukar hari cuti Umum orang islam daripada hari Jumaat ke Ahad!!Kamu orang UMNO yang bercakap berapi kononnya mempertahankan agama??nah jangan buta sejarah,SJ nak siapa-siapa orang UMNO yang tidak tahu tentang ini atau sudah lupa sila ingat kembali!!Peristiwa penukaran hari cuti umum dari hari Jumaat ke Ahad berpunca daripada Muhyiddin Pengkhianat.Jadi terbuktilah bukan DSAI pengkhianat tapi Muhyiddin Bengkak yang melaungkan DSAI pengkhianat!!!



Setibanya DSAI ke pentas ceramah,'Kudeta-kudeta BN Durjana telah tunggu menyambut ketibaan DSAI!!,SJ bersama rakan AMK yang lain hanya tertawa melihat telatah kudeta BN yang terkulat-kulat menjawab soalan DSAI,SJ dengar dari rakan yang duduk di daerah Kulai OC tersebut sedang baru nak naik pangkat,jadi kipas pun kena kuatlah pahamm-paham sahaja.Sebab tu dahlah pengalaman tak ada bila DSAI berhujjah memberikan jwapan yang benar si OC hanya menjawab 'tak,boleh,tak boleh dan tak boleh itu sahaja jawapan yang mampu di berikan.mari kita ketawakan OC tersebut..kah...kah......kah.....kah.....!!!.DSAI memberikan kata dua kepada OC,Tuan ada surat atau apa-apa dokumen yang mengatakan permit ceramah tidak ada dan cerama tidak dibenarkan??OC hanya jawab ada di Balai,DSAI cakap kalu macamtu sila beruursan dengan peguam saya,DSAI terus naik ke -pentas memberikan Ceramah,Si OC hanya memberikan selama 10 minit untuk DSAI berucap.



10 Minit sahaja DSAI mengeluarkan suara tapi sudah mampu menggegak gempitakan kawasan ceramah,Amanat DSAI kepada AMK Johor,jika ada sebarang program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO silakan kita membuat demontrasi bantahan,kita lihat apa Polis-Polis akan buat,adakah dia akan halang atau meneruskan program mereka???..DSAI juga berjanji DSAI akan terus menyerang Johor dan DSAI akan turun lagi selepas ini.Ingat Pemuda UMNO,selagi Pahlawan kami tidak berada di jeriji besi Pahlawan kami akan turun lagi ke Johor untuk memastikan UMNO Johor akan terkubur pada PRU 13 akan datang.SJ dan rakan AMK Johor yang lain akan pastikan DSAI akan terus turun ke Negeri Johor..Kami tidak takut,kami tidak gentar kami akan Lawan,Lawan,Lawan dan akan terus lawan sampai menang.Nasihat kepada UMNO Johor jika selepas ini hendak buat demo datang berjumpa dengan Kami,kami akan 'ajar' bagaimana untuk buat demo,bukannya gunakan budak-budak hingus,,kesian UMNO JOhor walaupun duit menjadi habuan tapi tak dapat juga kumpul 500 orang pun...Setakat demontrasi 'bodoh,bangang,jahil' macam tu alah baik tak payah buatlah,balik rumah duduk tengok TV durjana korang lagi bagus!!!



Walaupun hanya 10 minit DSAI menggemakan suaranya di pentas yang telah kami buat,kami anak muda PKR Johor berasa teramat gembira walaupun sebenarnya kami tidak puas mendengar suara Pahlawan kami!!Suara PAhlawan kami sepatutnya berkumandang di bumi Kulai ini sehingga jam 12 malam,tetapi disebabkan kesialan dan 'keBerukkan' ikan bilis UMNO yang buat kacau perkara itu tidak terjadi.Sekali lagi amaran kepada UMNO Johor,kami AMK akan terus membawa Pahlawan kami ke JOhor!!!kita lihat siapa anak jantan!!Jangan hanya tahu bermain dengan anak-anak kecil!!Sila turun wahai panglima UMNO,itupun kalau lah UMNO ada Panglima!!Turun buat ceramah macam kami,kumpulkan hadirin seramai mungkin kita tengok siapa lebih hebat??AMK atau Pemuda UMNO!!

Akhir sekali SJ mewakili seluruh rakan-rakan AMK Johor mengucapkan setinggi tahniah kepada sesiapa sahaja yang terlibat menjayakan program ini walaupun tidak berkahir dengan seperti dirancang.SJ turut merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada 'Tok Jongos' Moderator dari website panas iaitu Tranungkiteonline keran bersama-sama membatu promosi ceramah DSAI di Kulai ini.Kita bertemu lagi di Jelajah DSAI yang akan datang!!Dengan jentera AMK yang datang semalam SJ yakin program seperti ini amat mudah berjalan jika AMK bersatu hati sebagaimana yang berlaku semalam.'Jadikan itu titik tolak untuk bersatu hati demi kejayaan'-Kata-Kata daripada Ketua AMK JOhor Bro Zabidi Abbas!!!

We Will Fight and Never Surrender!!!!!! AMK JOHOR akan terus LAWAN dengan Pemuda UMNONGOK!!!!!

Sehingga Bila.................



Salam reformasi,ketika SJ menulis SJ baru sahaja pulang daripada menampal poster,mengedar handbill untuk program DSAI.Sudah beberapa hari SJ tidak tidur malam,tapi alhamdulillah Sj tidak merasa letih walaupun sedikit kerana merasai kemanisan berjuang bersama rakan-rakan AMK yang lain.SJ risau dan gelisah sampai bila bangsa melayu yang menyokong UMNO ini akan terus tertipu dan menjadi manusia yang berotak tepu!!sampai bila....sampai bila.....soalan ini sentiasa bermain di minda SJ.Apakah yang hendak dipertahankan UMNO ini,adakah UMNO menjaga hak orang melayu??berapakah lagi tanah rezab yang tinggal unuk orang melayu???


Sampai bila bangsa melayu dibodohkan oleh bangsa sendiri,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,pemimpin pula silih berganti.Sepanjang berganti-gantinya pemimpin UMNo semakin teruk nasib Rakyat Malaysia.Baik ekonomi mahupun sosial dan otak menjadi semakin lembap akibat UMNO yang mengawal hak kebebasan media,hak kebebasan bersuara.DSAI antara pemimpin yang hebat dalam memperjuangkan nasib rakyat dikatakan 'Pengkhianat Bangsa!!,siapa pengkhianat sebenar??jika mahu diselidiki pemimpin UMNO.Hampir semua pimpinan UMNO pernah menjadi pengkhianat.



Muhyiddin sembap yang melaungkan DSAI Pengkhianat,dialah sebenarnya pengkhianat,Seorang pemimpin melayu islam mengkhianati agama sendiri!!Kejahanaman yang dilakukan mlasih tidak dapat dilupakan iaitu menukar hari kebesaran dalam Islam Hari Jumaat yang sebelumnya adalah hari cuti ditukarkan kepada hari ahad sebagai cuti umum.SJ tidak akan lupa apa yang pernah dilakukan oleh Muhyiddin sembap ni!! 'Hadiah' yang pernah ditinggalkan kepada rakyat Johor masih menjadi kenangan pahit yang masih terbuku dan terdendam di hati!!!
Sampai bila rakyat Malaysia akan tertipu.....??





sampai bila.....??Antara istilah lain yang hebat diperkatakan oleh orang UMNO terhadap DSAI adalah Agen Yahudi!!!.Siapa sebenarnya Agen Yahudi??



Siapa??bukankah madey KUTTY!!bukankah si tua kutuk ni yang membuat pinjaman terhadap IMF??Kenapakah si kutty tua kutuk ni sekarang melatah kata DSAI tak pandai ekonomi sehingga membuat pinjaman terhadap IMF??hei orang tua kutuk..bukankah engkau yang melakukan kerja jahanam ini??bukankah sebab ini engkau pecat DSAI dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan!!!Kata-kata madey kutty ibarat ludah ke langit jatuh kena atas kepala sendiri.Masih SJ ingat kata-kata Allahyarham Ust Fadzil Noor."Kita biaq mahathir umur panjang dan kita akan tengok allah memalukan dirinya hasil kenyanyukkan dia!!kini kata-kata Allahyarham menjadi realiti,apabila si tua kutuk ini setiap hari memalukan diri sendiri,segala penghinaan tua kutuk ini terhadap DSAI sebenarnya semua itu terkena pada dirinya!sehingga dia memanggil sidang media kemudian memberitahu bahawa DSAI sebenarnya tidak bersalah,semua nya dirancang!!kata-kata ini dilafazkan sendiri oleh si tua kutuk ini!!!




Sampai bila...sampai bila kita akan terus tertipu,Sampai bila kita nak dengar tv3 tak guna tu merepek,sampai bila kita nak dengar kata pemimpin UMNO bahawa DSAI adalah perasuah No 1??sampai bila....Perasuah No 1 kini menjadi Ahli ADUN Bagan Pinang!!!Seorang perasuah yang telah jatuh bersalah dibawah disiplin UMNO masih lagi diterima menjadi ADUN??Sampai bila rakyat Malaysia nak terima pemipin perasuah No 1 seperti pemimpin UMNO??Jika kita kaji dan siasat sedalamnya siapakah pengkhianat bangsa,perasuah no 1,agen yahudi????siapa lagi kalau bukan pemimpin UMNO...ibarat mengata orang dia lebih sedangkan segala kata-kata itu berada pada pemimpin UMNO..segala sifat itu ada pada pemimpin UMNO!!!!
SJ selaku anak muda menyeru anak muda yang lainb jangan tepukan otak kita.Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir,jangan kita songsang kan pemikiran kita kerana buta dengan kemewahan wang ringgit dan pangkat!!!jangan kerana duit sanggup memekik macam beruk mengatakan Anwar Pengkhianat!!Jangan kerana duit sanggup menjerit macam orang gila kata anwar agen yahudi!!!jeritan dan pekikan tu jatuh pada pemimpin UMNO sendiri!!inilah kebangangan orang UMNO...akibat otak dah tepu tempat ceramah yang akan diadakan di kulai nanti dikatakan boleh mengganggu ketenteraman awam..hahahahaha..bodohnya orang UMNO kan!!!SJ bersama rakan telah pergi ke kawasan ceramah,SJ nak tergelak bila ingat balik orang UMNo kata tempat ceramah ini boleh mengganggu ketenteraman..hahahahaha...kah...kah...kah..pinajm ketawa abg hisham..

Tempat ceramah yang akan diadakan di Kulai nanti adalah sebidang tanah lapang yang di kiri kanan ada kelapa sawit dan hutan inilah yang dikatakan oleh orang UMNO Kulai sebagai tempat yang tak boleh digukan kerana bakal menggugat ketenteraman awam...hahahahhahaha..betapa jumudnya otak karat orang-orang UMNO!!Mungkin orang UMNO yang mengatakan sedemikian boleh melihat 'alam' yang lain..sebab itu dikatakan mengganggu ketenteraman awam.Sebab mungkin mata mereka dapat melihat jin,setan bertendang dekat situ...hahahahah...betapa sengalnya otak mereka...kebodohan yang amat nyata!!!!
Samapai bila......samapai bila.......sampai bila penipuan UMNO ini akan terus berlaku....samapi bila......Akhirnya SJ ingin bagitau segala jeritan bodoh yang kata anwar pengkhianat,anwar perasuah,anwar agen asing,anwar agen yahudi,anwar gay,anwar agen komunis da macam2 lagi tohmahan yang dilakukan terhadap DSAI hanya omongan bodoh pemimpin UMNO..segala sifat jahat itu adalah sifat mereka!!!!

We Will Fight and Never Surrender!!!!

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU - tukar tiub

Jom layan Brother Hisham.....

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:


Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:


Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:


Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation

Sejarah Hidup Tuan Guru Nik Aziz yang aku Sanjungi!!!!

TUAN GURU NIK AZIZ



Menteri Besar Yang Mencintai Ilmu

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Perkhidmatan

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'hoad Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.


Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.


Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.


Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.


Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.


Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio.

Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.


Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

SJ-Selama SJ mengenali Tuan Guru sejak SJ berumur 15 tahun,ketika itu adik SJ bersekolah di Pulau Melaka,hampir setiap bulan SJ bersama kelarga turun ke sana,sambil untuk tengok adik SJ kami sentiasa hadir ke Kuliah TGNA di sana,dan SJ sering bertemu dengan TGNA.Bagi SJ apa yang berlaku pada TGNA adalah satu fitnah yang besar,bagi SJ kepada sesiapa yang cuba mencemarkan maruah TGNA mereka ini adalah 'Pengkhianat'.TGNA merupakan permata ilmu yang ada di Malaysia.SJ secara peribadi tahu siapa TGNA,apa fitnah yang sedang dialaminya SJ yakin allah akan membantunya.Keikhlasan TGNA dalam berjuang tidak dapat ditandingi sesiapa pun...SJ doakan TGNA akan dipelihara oleh ALLAH dari anasir2 Jahanam ini.

CERAMAH PERDANA : YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM : CUBAAN MEMBATALKAN PROGRAM TERSEBUT OLEH PEMUDA UMNO KULAI


Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid dan Pemuda Umno Kulai agak terkesan dengan berita kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kulai.

AMK Gelang Patah yang sudah beberapa malam berkampung di Kulai bagi membantu PKR cabang Kulai membuat sebaran mengenai ceramah tersebut menerima berita bahawa terdapat cubaan membatalkan program ini apabila Pemuda Umno Kulai mendesak pihak Polis supaya tidak meluluskan permit ceramah tersebut. Perbuatan "bangsat" tersebut amat2 di kutuk dan jelas memperlihatkan kebaculan Pemuda Umno Kulai yang tidak berani berdepan dengan kenyataan. Jika sebelum ini Pemuda Umno Kulai begitu lantang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat termasuk Ketua Bahagiannya, pada 22 November nanti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperjelaskan kepada hadirin siapakah sebenarnya pengkhianat.

Apakah rumah Ketua Umno Bahagian Kulai yang bernilai lebih RM3juta ringgit tiada unsur2 "PENGKHIANATAN" beliau kepada rakyat...????

Jika kamu berani menjual, kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sanggup membeli... Jika benar Pemuda Umno Kulai anak jantan, ayuh kita bertempur secara ilmiah bukan bertindak umpama pondan mensabotaj program kami....

**** Kepada mereka2 yang mengaku ahli atau mana2 pimpinan PKR yang bertindak untuk mensabotaj/tidak membantu gerakerja program ini kerana masalah peribadi, kami mendesak mereka2 ini keluar dari PKR dan jangan membarahi ahli2 yang lain dengan perangai "bangsat" yang berkepentingan peribadi. Sewajarnya semua ahli PKR bersatu hati untuk menyambut kehadiran Ketua Umum dan mengenepikan seketika masalah peribadi namun jika ada pimpinan/ahli yang berperangai seperti Umno yang mengharapkan program ini gagal, nyah kamu dari PKR. Kami tidak perlukan ahli atau pimpinan sebangsat ini.

SJ-"APA YANG DIKATAKAN OLEH AMKGP ADALAH BENAR,DAN SJ NAK TAMBAH SESIAPA YG BOIKOT PROGRAM INI MEREKA ADALAH 'PENGKHIANAT PKR SENDIRI!!BOLEH BERMABUS DARIPADA PKR!!PKR TETAP HIDUP AWALUPUN SESUMPAH EZAM KELUAR DARIPADA PKR!!!"

SEDANGKAN BAH KAPAL TAK HANYUT INIKAN PULA KEMARAU PANJANG!!

Pencetus Gerakan Anak Muda!!!


Salam reformasi,akhir-akhir ini SJ perhatikan banyak tangan2 ghaib dan 'pengkhianat' masuk dalam blog ini kemudian buat provok untuk melagakan kedua anak muda PKR yang berani!!!Hari ini SJ selaku Pengelola suarajohor ingin menyatakan pendirian.SJ sayangkan Parti bukan Individu dalam PKR!!!Bagi SJ mereka berdua adalah pemimpin SJ dan anak muda!!


Khas Untuk Pencetus Anak Muda....



Lawan Tetap Lawan!!!!!

Gerak Kerja untuk program DSAI di Kulai Johor Diteruskan Ver 2!!!!



Salam,malam tadi Sj bersama beberapa rakan dari AMKGP meneruskan gerak kerja penyebaran Handbill dan poster kepada rakan-rakan yang berada di Senai.SJ cukup tabik pada beberapa rakan-rakan yang benar-benar sanggup berkorban demi menjayakan program DSAI di Johor,macam semalam ada salah seorang rakan SJ anak-anaknya masih kecil ada dua orang,dua2 tengah demam tapi kerana keikhlasan hatinya untuk berjuang demi kejayaan program DSAI di Kulai Johor sanggup datang bersama SJ mengedar handbill,Dahlahtu baru sahaja balik kerja tapi sangup bersama.Tahniah kepada individu tersebut,hanya allah yang akan membalas segala keringat anda itu.

Seorang lagi rakan SJ tengah tak sihat,penyakit lamanya datang kembali,dalam keadaan semput masih sanggup bawa kereta untuk edar handbill dan poster pada PKR Pasir Gudang,belum sempat menghela nafas lega tiba-tiba telefon pula berdering bos panggil pergi kerja,tapi dengan semangatnya untuk bantu parti dia sanggup juga meredah kegelapan malam menyebarkan Program yang bakal dilaksanakan di Kulai Johor.SJ lihat insan-insan ini tidak pernah letih untuk berjuang,tapi ke manakah perginya insan lain yang 'sihat',ada juga yang masih bujang tapi tidak turun ke lapangan,Tolonglah SJ merayu kepada anak muda bangkitlah,bangunlah,berdirilah segera ini masa kita..Cuba fikirkan andai insan-insan seperti yang Sj ceritakan di atas telah tua siapa bakal mengambil alih perjuangan ini jika bukan kita.

Perjuangan memerlukan pengorbanan,adakah pengorbanan yang sedikit ini tidak dapat diberikan oleh kita wahai anak-anak muda,korbankanlah sedikit masa demi perjuangan ini.Jadilah anak muda yang benar-benar 'muda'.Ciptalah sejarah ketika muda!!!!Bagi SJ walaupun yang hadir untuk buat gerak kerja ini hanya 'mereka-mereka' SJ tetap akan bersama insan seperti ini untuk meneruskan perjuangan ini!!!!


We Will Fight and Never Surrender!!!!!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List