Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Pendirian dan Prinsip Jelas - Che'gubard


Salam perjuangan dan salam reformasi,kian hari kian banyak berita-berita palsu disebarkan,sejak PKR Pusat melantik Che'gubard sebagai Timbalan Setiausaha Agung.Sehingga artikel ini SJ tulis Che'gubard belum ada membuat sebarang kenyataan rasmi kepada mana-mana media dan pusat sendiri.Apa yang jelas Che'gubard hanya memberitahu dengan jelas dan nyata tetap memegang prinsip jelas akan terus menentang rejim dan kezaliman UMNO BN.

Kenyataan yang jelas dan nyata yang sering Che'gubard utarakan adalah mendesak untuk JPP Pusat mengotakan janji yang telah dibuat oleh Saifuddin Nasution,Beliau telah berjanji untuk menyelesaikan semua aduan salahlaku pemilihan dalam masa dua minggu selepas pemilihan 2010,tetapi cakap hanya tinggal cakap sehingga saat artike ini ditulis belum ada sebarang jawapan bertulis rasmi daripada Saifuddin selaku Setiausaha Agung bahkan dari JPP sendiri tiada sebarang jawapan."Kalau Lembu dipegang pada tali tapi manusia berpegang pada janji",tapi manakah janji-janji Saifuddin itu??

Jangan ingat dengan jawatan yang diberikan boleh menutup mulut,dan sepanjang Che'gubard berjuang tanpa jawatan pun boleh buat kerja,Che'gubard tidak pernah persoalkan soal menang atau kalah soal ada jawatan atau tidak,tetapi apa yang sering dan sehingg hari ini adalah soal KETELUSAN itu sendiri,takkan semua aduan nak simpan bawah karpet..ibarat kalau dah kene kanser takkan nak biar kanser tu terus jangkit.Kepada rakan-rakan yang mengenali Che'gubard,pernah kah anda melihat Che'gubard menyoalkan soal kalah dan menang??SJ yang sentiasa mengikuti Che'gubard tak pernah lihat dan tak pernah dengar,tapi yang selalu didengari adalah soal penyelewengan yang berlaku.

Sepertimana yang SJ pernah beritahu sebelum ini,seorang pejuang itu bukan hanya perlu berakal,berkarisma,pakai baju kot dengan kemeja lengan panjanh tetapi juga prinsip,bilamana tiada prinsip maka berjuanglah beribu tahun pun menongkah ranjau perjuangan tapi bilamana tiada prinsip maka pejuang itu tidak bermaruah,SJ percaya che'gubard masih tetap memegang prinsipnya,kalau Che'gubard nak jawatan atau kaya dah lama dah dia buat,walaupun arwah Ezam teman rapat Che'gubard tetapi Che'gubard tidak keluar parti malah sentiasa berada dihadapan mempertahankan parti.Sehingga hari ini che'gubard masih tetap dalam perjuangan dan tidak pernah terkeluar dari landasan itu.

Kepada rakan-rakan sekalian percaya dan yakinlah jika manusia itu berprinsip dia tidak akan sesekali mengkhianati rakan-rakan yang berada di sekelilingnya yang senantiasa memberikan semangat untuk terus berada di landasan yang benar,maka kita harus yakin pendirian Che'gubard jelas dia akan mendesak sehingga aduan-aduan yang telah dibuat diselesaikan,selagi tidak selagi itu akan terus LAWAN!!

Kepada media tunggu kenyataan rasmi Che'gubard dan jangan membuat sebarang spekulasi yang salah dalam menyampaikan maklumat,Sekian dari SJ kini perjalanan pulang dari Pulau Pinang...

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List