Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Sajak Anak Muda Buat Si Celaka



Celaka

Dulu
Kau tidak ku kenali
Hanya dari jauh ku baca cerita mu
Kau menjadi pejuang anak muda
Membela nusa & bangsa
Kerana sikap kau tidak menjelma
Celaka...Celaka...Celaka

Celaka
Telah berlari membawa diri
Jauh tanpa dapat dicari
Hanya berteman milo& kopi
Untuk relexkan diri
Yang digelar derhaka
Celaka...Celaka...Celaka

Kau
Menjadi idola anak muda
Dengan tulisan kritis terhadap pemerintah
Kau buat anak muda bangkit
Menuntut hak jiwa merdeka
Supaya tidak diperhamba
Tapi sebenarnya kau
Celaka...Celaka...Celaka...

Sekarang
Kau bersama anak muda
Umpama sang perwira
Tapi semuanya sandiwara
Kau poyo & Skema
Lebih protokol drpd politikus semasa
Kerna bertuhankan wang kpd si penyuap
Kerna kau sudah
Celaka...Celaka...Celaka

Ini bukan zaman kau
Ini zaman org muda
Bukan zaman penuh noda
Walaupun kau buat angkara
Kami hanya relex & cool saja
Kerna sudah nampak kau
Celaka...Celaka...Celaka

Nasihat kami
Anak muda,padamu si tua
Biar beradap langkah perwira
Agar kuat langkah kuda-kuda
Bukan datang untuk disergah
Tapi datang sebagai sang pecinta
Kerna kita sekeluarga
Melainkan kau lupa atau alpa
Menonjol diri seperti budak-budak
Hingga menampakkan diri kau
Celaka...Celaka...Celaka

Langkah mu tak keruan
Umpama pemerintah yang kelam kabut
Tapi kau lebih kalut
Macam si nyayuk yang melalut
Sebab kau dah mula jadi
Celaka...Celaka...Celaka

-Berbudi Sepanjang Hayat :D

Nukilan Loha -Anak Muda Merdeka

JOM..Countdown #KL112 Kelab Sultan Sulaiman



Salam Perjuangan...

Sudah lama sangat SJ tidak menulis blog,tetapi hari ini SJ terpanggil untuk menulis semula.
SJ rasa semua sedia maklum kita semua bakal dihidangkan dengan satu Himpunan besar iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat.Sebelum kita semua bersama-sama akan berkumpul di Stadium Merdeka SJ nak ingatkan kepada yang lupa dan juga kepada mereka yang tidak tahu,bahawa kita akan berkumpul dulu di Kg Baru untuk Countdown #KL112.



Program tersebut akan menampilkan pimpinan PR dan NGO akan berucap,tapi yang lebih seronok bilamana rakyat marhaen juga akan memberi ucapan,terdiri dari pelbagai latar belakang dan kerjaya seperti pekerja kilang,pemandu teksi,seniman dan ramai lagi.Mereka akan menyampaikan ucapan mengenai masalah yang dihadapai mereka di tempat kerja,dan penindasan-penindasan yang berlaku tanpa diketahui.



Kemeriahan juga bertambah dengan persembahan percikan bunga api menanti detik 12 malam,ayuh kita ramai-ramai bersama di Countdown #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru,program akan bermula Jam 8 malam.

Berikut adalah Kenyataan Media SAMM

Kenyataan Umum
7 Januari 2013

Rapat Kemuncak 11 Januari di Kg Baru: Festival Rakyat, Pedoman dan Pengarahan Akhir Untuk Hari Kebangkitan Rakyat

Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.

Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.

Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab.

Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat.

Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat.


Che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
 

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List