Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Sebat MB Negeri Sembilan Hari Ini!!!SEJARAH TERCIPTA!!




Salam,beberapa hari kebelakangan ini SJ amat sibuk dengan sedikit aktiviti mencari kewangan dana untuk masa depan AMK di masa akan datang.Berdoalah semoga apa yang SJ buat akan berjaya dan SJ berjanji jika berjaya SJ akan bantu untuk dana bagi AMK Johor untuk membuat program anak muda yang lebih banyak dan memberikan input yang cukup baik yang mana pada akhirnya tertumbangnya Kerajaan Zalim BN DURJANA!!!

Pada hari ini ada satu program yang telah dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia iaitu upacara hukum 'sebat' MB NS - pengkhianat ekonomi negara, seludup RM10juta pada 31 Dis 2009 , 5.00 ptg, berkumpul depan Pej.KEADILAN NS, Jln Rahang.Sebelum ini SAMM telah membuat laporan kepada pihak yang berkuasa tapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil..maka pada hari ini anak muda sekali lagi akan berkumpul untuk menyatakan bahawa MB N9 adalah seorang pengkhianat!!!

Berikut Surat SAMM kepada ACP Saiful Azly Bin Hj Kamaruddin untuk mengadakan sidang media





untuk maklumat lanjut berhubung program ini boleh ke link dibawah :

CHE'GUBARD

Sekian daripada SJ..Diharapkan anak muda akan turun seramai mungkin...!!

We Will Fight and Never Surrender!!!

Anak Muda Peneraju Perubahan!!!



Salam,SJ rasa bangga kerana masih ada anak muda sepertimana yang ada di Batu pahat dalam keadaan serba kekurangan mereka masih ada jiwa untuk melawan dan meneruskan perjuangan,mereka sanggup korbankan usia muda mereka dari berseronok bersama rakan lain.Program yang bakal dianjurkan nanti jika mendapat sambutan dan sokongan pasti akan semakin lagi menggentarkan pemuda-pemuda UMNO yang bacul!!Adalah sepatutnya setiap AMK Cabang PKR bersama turun dan memberikan sokongan untuk bersama-sama menjalankan program tersebut dengan jaya nya.Masa untuk tidor sudah habis!!kini masa untuk anda bangun dan hayunkan kami bersama kami!!Ayuh anak muda bangkit dari tidur lena bersama-sama mengayuh pedati ke arah jalan perubahan!!


Pada 27 Disember ini AMK Batu Pahat akan menganjurkan program 'Jejak Jentera' yang mana program ini untuk menarik seramai mungkin anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.Sessi penerangan juga akan dibuat pada hari tersebut,tentatif dan skop kerja yang akan dibuat akan SJ paparkan dibawah.SJ menyeru kepada seluruh AMK Cabang di Johor untuk turut serta menjayakan program ini.Di sini SJ ingin jelaskan jangan ingat program ini hanya untuk AMK Batu Pahat sahaja.Batu Pahat adalah titik permulaan bermulanya program ini kerana Cadangan program ini telah dicetuskan oleh anak muda di Batu Pahat,jadi seharusnya program ini bermula di sana.Untuk pengetahuan semua AMK Cabang program ini akan diadakan diseluruh Cabang PKR di Negeri Johor.Selepas ini program ini akan berterusan ke semua tempat anda.Jadi berilah sokongan untuk program ini.

Kita tidak mahu hanya melihat dan mengkritik sahaja tapi kita seharusnya bekerja bersama untuk menjadikan kebersatuan hati anak muda menjadi bertambah kukuh.Ingat anak muda lah yang bakal mengubah corak ppemerintahan negara akan datang.Lawan kita bukan Najib!!Najib dah nak mampos dah!!lawan kita anak muda juga supaya setaraf dengan usia dan kudrat kita!!
Di bawah adalah Tentatif dan Skop kerja yang akan dilakukan bersama di Batu Pahat :

Arturcara Program

Tempat :PEJABAT PKR CABANG BATU PAHAT. Hari :Ahad Masa : 9 pagi - 9 malam

Team A
-Angkatan Bergerak-(9am - 1pm , 2pm - 5pm)
-di bahagi kepada 5 group/zon A-E
-1 group 2 orang.

-Zon A.
Taman Soga - Taman Tanjung

-Zon B.
Town A
-Dari Summit Batu Pahat - Jalan Simpang Rantai.

-Zon C.
Town B
-Dari Pejabat Parti Keadilan (Taman Makmur) - Bukit Pasir

-Zon D
-Bukit Pasir (carrefour) - BP Mall

-Zon E
-Kg kenangan Dato onn 2 - Jalan Kluang(gunung soga,tmn perdana,tmn tanah merah,tmn sri penggaram dan yang berdekatan)

Skop Kerja:-
-Bawa fail di klip kan borang ahli sebanyak 100 borang.
-Jelaskan tujuan dan objektif (10am,12pm,2.30,5.30)
-Membuat penilaian individu terhadap mereka samada untuk AMK,Bahagian or Ahli Biasa.
-Bicara dan soal tentang masalah hidup harian mereka dan perbelanjaan mereka.
-Minta pendapat mereka apa yang perlu diubah dan dicegah.
-Minta Pendapat mereka berkenaan Parti Pembangkang memerintah tempat/negeri/parlimen or adun di sini.

Team B
-Angkatan Statik-(9am - 1pm , 2pm - 5pm)


Skop Kerja
-Berkempen di sekitar Pejabat Cabang dan sekitar kawasan taman di situ.
-Berkibar Bendera.

Team C
-Angkatan Penerangan,Media dan Komunikasi- (10am,12pm,2.30,5.30pm)
6 orang.

Skop Kerja
-Memberi penerangan tentang prinsip parti,perjuangan parti dan yang berkaitan.
-Tujuan dan Objektif Parti,Angkatan Muda dan Bahagian cabang.

Team D
-Angkatan Setiausaha-
-Mengendalikan pendaftaran ahli
-Soal latar belakang ahli
-Soal latar belakang Politik
-pendapat mereka dan tujuan mereka join parti.
-Menilai individu ahli baru samada layak untuk Angkatan muda,Bahagian or Ahli biasa..

Apa yang tertulis tentatif dan skop kerja di atas perkara yang sama juga akan dilakukan di tempat-tempat lain yang akan diadakan.Akhir sekali SJ harapkan AMK Cabang dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan program ini!!!

Hidup Anak Muda mesti BERVISI dan BERMISI!!!!!

Perjuangan yang tidak kenal erti PENAT!!!!

Salam,hari ini SJ nak bawa cerita sahabat seperjuangan,biarpun saat hampir melahirkan anak tapi masih tetap terus berjuang dalam medan politik..Cerita ini SJ ambil daripada blog rakan seperjuangan Che Gubard...ketika itu Sj turut bersamanya sambil berbincang untuk terus memikirkan strategi untuk menjatuhkan UMNO Johor dalam PRU 13 yang akan datang!!

nukilan : che gubard




6 Disember lepas ketika berceramah di Felda Pasir Raja, telefon bergetar banyak kali...lepas ceramah terus tengok ada 5 'miss called' dari Era Hanim, isteri di rumah. Sebaik sahaja selesai ceramah, orang ramai datang berkerumun bersalam... sementara Sani dan Yasir yang memang sudah kepenatan kerana jadual yang bersambung -sambung untuk perjalanan jauh sibuk menjual VCD untuk tampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum.

Cari ruang terpencil sikit telefon Era. Dia kata ok lagi tapi lambat lagi ke balik.... Hati mula risau kerana Era menunggu hari. Cuma risau kurang sikit kerana Era di rumah, papa dan mama di Seremban, jika 'urgent' sangat papa mungkin boleh hantar ke hospital.

Ramai geng anak muda yang hadir malam itu. Kesempatan tidak harus dilepaskan, walaupun dalam mula hati risau namun Zabidie, Lan, Aidil, 'pentol' dan 'geng nakal' lain perlu diajak bersembang untuk sama saling memberi semangat dan idea dalam gerakan. Anak muda ini tidak pernah mimpin nak projek besar...mereka tak pernah idam nak jawatan penting tetapi mereka nak berjuang maka zalim rasanya untuk 'kedekut' sedikit masa buat mereka.

Sembang sambil menghirup kopi 'baginda' membawa ke jam hampir 2 pagi. Alhamdunillah syukur dalam keadaan 'kewangan' yang agak parah tiba - tiba ada hamba Allah yang tidak dikenali membayar semua minuman kami.....terima kasih!!!

Perjalanan dimulakan dengan Sani bawa kereta, Yasir duduk di belakang tertidur dengan cd zikir Ust.Akhil Hay yang baru dibelinya tadi. Seperti biasa che'GuBard on netbook untuk menulis sesuatu... tiba - tiba Sani bertanya 'kita kat mana ni...?'

Hahaha.... Sani sesat... terpaksa patah balik ambil dekat 20 minit... Sani yang memang keletihan dan nanti 9pagi pula dia kena pergi kerja pagi hanya mampu bertahan sehingga R & R Pagoh. Yasir terlalu lena di belakang. cheGuBard ambil alih pemanduan kerana tak nak buang masa.... dua teman tidak tahu yang cheGuBard tengah risau.... tak apa lah biar mereka tidur dah terlalu letih...

Teman - teman yang ikut bantu bawa kereta tak pernah cheGuBard bayar...tetapi mereka hadir membantu secara suka rela... wang jualan seperti cd sedikit untuk menampung tol, minyak dan makan minum... kadang - kadang ada penganjur yang sedikit mampu ada menghulur sedikit wang minyak...itupun 'kadang - kadang'.... tapi sebagai tanggungjawab diangkat sebagai pemimpin maka tiada alasan untuk berkata tidak apabila diminta turun...

cheGuBard memandu dalam kepala yang penuh berfikir.... risau... bukan takat risaukan yang Era nak bersalin kena cepat sampai tetapi fikirkan banyak benda... wang yang sepatutnya untuk Era bersalin telah digunakan untuk bilik gerakan anak muda di Bagan Pinang. Mujur Anuar Md Nor teman lama meminjamkan sedikit wang untuk wang hospital... tetapi barang bayi semua belum beli....

Kad kridit pula dah limit dan hutang makin meningkat faedahnya... Kad Kridit che'GuBard guna semata - mata untuk minyak... patutnya masa 8 bulan pakai kad kridit tempoh hari terasa sedikit mewah hahahahaaa.... pergi ceramah lepas jualan cd tolak duit belanja makan dan tol masih ada baki terlepas pandang minyak dibayar guna kad kridit... perjalanan cheGuBard sebulan wang minyaknya hampir seribu... kerana hampir tiap hari 'travel' keluar...

Haha..Umno kata pemimpin Pakatan Rakyat suka pilihanraya kecil.... mereka tak tahu hakikatnya semua pilihanraya kecil telah mensifarkan akaun bank che'GuBard.

Kereta pula dah 3 bulan lebih tak bayar...cuma Alhamdunillah pegawai Bank tempat pinjaman dibuat agak prihatin bantu lewatkan keluar surat tarik... namun Jumaat lepas dah terima panggilan dari bank memberi tahu kalau tak bayar Isnin nanti surat terpaksa keluar...

Argh....!! berat kepala... tiba - tiba sebaik sahaja melepasi tol Ayer Keroh telefon bergetar lagi... Era telefon !! katanya sakit sangat mungkin dah tiba masa... Ya Allah... kelajuan ditambah hampir ke tahap maksimum yang menyebabkan Yasir dan Sani terjaga...

Sani sendiri beritahu tak payah hantar ke rumahnya di Senawang cukup terus turun di tol Rasah dekat dengan Bukit Chedang dia akan usaha dengan Yasir untuk balik.... che'GuBard cukup tersentuh sahabat amat memahami....

Tiba di rumah mama papa di Bukit Chedang, terus angkat che'Nur tidurkan ke dalam kereta, bawa Era terus menuju ke Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi... dalam perjalanan kepala makin berat berfikir, panik sedikit kerana mengikut jangkaan lagi dua minggu baru bersalin maka sempat dicarikan kewangan untuk beli barangan bayi dan lain - lain...namun nampaknya Karl mahu cepat!..

Entah panik sangat .... sehingga sms melalut dihantar pada Azizi...ternyata dia juga tidak tidur...

Sampai di Hospital doktor kata perlu tunggu untuk sakit bersalin datang lebih kerap... Era kata takpalah kita balik dulu kerana kalau masuk Hospital sekarang caj wad akan dikenakan lebih sehari...tunggu hingga lepas 9 pagi baru ke hospital... Era amat memahami kedudukan..

Balik solat subuh, urus cheNur yang baru terjaga... jam 9pagi tepat Era bagi tahu dah tak tahan sangat... che'GuBard terus bawa Era... sampai Hospital terus masuk dewan bersalin.... mujur tingkap dewan bersalin betul mengadap depan tempat letak kereta.. dalam keadaan melayan Era sakit bersalin dan terpaksa asyik mengintai kereta yang risau kalau - kalau ditarik... Era tak tahan sakit... Doktor datang tanya kena pakai 'epidural' sejenis bius untuk bersalin ... Era tak nak bisiknya harga bius itu mahal... namun che'GuBard kata dengan doktor itu ' ok epidural..'

Alhamdunillah... jam 10.14 pagi, Karl Zameer Adzim lahir..... cheGuBard azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri tanpa sedar air mata cheGuBard juga mengalir...

cheGuBard hantar sms maklumkan kelahiran Karl kepada beberapa orang, Azizi maklumkan juga pada yang lain... ada beberapa sms 'tahniah' masuk cuma Dato Husam Musa yang menelefon mengucapkan tahniah dan tanya khabar...

Petang itu Doktor maklumkan Karl ada alahan terpaksa ditahan 24 jam untuk pemerhatian, Era Alhamdunillah sihat namun kena juga 'berkubu' di wad bersama Karl.

Sebaik sahaja semuanya selamat che'GuBard terus pulang dan 'adjust' semua benda untuk membolehkan keluar membeli sedikit barang keperluan bayi.

Selepas hari kedua doktor maklumkan Karl kena demam kuning teruk mungkin kena tahan dalam seminggu dua.... cheGuBard dah tersandar rasanya ...Ya Allah mana nak cari duit.... ?

Namun hari ketiga Era buat keputusan tak apalah kita jaga Karl dirumah sahaja kerana tak akan termampu membayar kesemua kos jika terus di hospital... di saat itulah rasanya air mata menitis.... Kali pertama che'GuBard rasa diri ini tak segagah cheGuevara....

Memang pernah Era cadang untuk bersalin di Hospital biasa namun che'GuBard berkeras untuk dia bersalin di An Nur selain dari lebih berkualiti ...apa salahnya Era yang telah banyak susah diberi layanan 'sedikit' sempurna ketika melahirkan zuriat....

namun...

Selama ini cheGuBard korbankan semua yang ada pada diri ini untuk 'rakyat' ....che'GuBard tak pernah rasa pentingkan diri... tapi kali ini che'GuBard terperangkap dalam rasa ego pentingkan 'rakyat' sehingga korbankan insan-insan yang paling dekat...

Ego terus dihimpit lagi apabila Sani, Azizi dan Yasir pula hadir menghulurkan bantuan tunai yang che'GuBard pun tak tahu mereka pinjam mana kerana yakin mereka juga dalam keadaan yang amat tidak mampu.... namun itulah komrad perjuangan....

Namun melihat Era terus bersemangat Bard menjadi kuat... Karl boleh pulang walaupun doktor kata tidak boleh... doktor mungkin tidak tahu Karl juga 'pejuang'!!!!

Alhamdunillah hari ini Karl sudah dua minggu.... dia makin sihat...

Dia perlu faham perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata... dia dilahirkan sebagai pejuang... cheGuBard akan besarkan dia InsyaAllah sebaik mungkin sebelum pulangkan semula ke tengah 'rakyat' untuk dia sama melawan penindasan.....

Lahirlah Karl dengan semangat marhaenis bangkit melawan atas nama kelas rakyat !!! Dia dilahirkan dalam kepayahan tersendiri.... dia anak rakyat...

Dalam mengharung getir perjuangan ini dengan menyeret keluarga tiba - tiba terbaca satu artikel fitnah dari seorang penulis upahan Umno yang gunakan nama 'Ruang Bicara Faisal' yang menulis kononya che'GuBard dapat gaji RM13,000 sebulan dan menggunakan kereta mercerdis.

Tahniah pada penulis yang berselindung di balik internet tanpa berani menyiarkan identiti dan menyerang dengan fitnah.....teruskanlah...

Memang ketika ini ada yang sedang 'menangguk hasil' .... memang pada masa ini ada yang tak pernah kenal lokap dan rotan polis sedang sibuk mencatur... memang pada ketika ini ada yang satu ketika dahulu lari dari perjuangan datang kembali mengutip 'hasil'.... namun bagi cheGuBard kalau nak merajuk memang boleh.... tetapi itu semua bukan matlamat... che'GuBard citakan revolusi... ia satu jalan panjang dan berduri...

che'Nur Zaima Jahida dan Karl Zameer Adzim membesarlah kamu agar satu hari nanti dapat berdiri di tengah massa sambung apa yang papa mungkin tak sempat lihat !!!! Buat masa sekarang biarlah kita susah asal jangan jadi hamba pemikiran kapitalis penjajah rakyat...

Anak pertama (perempuan) diberi nama che'Nur Zaima Jahida dgn semangt cahaya che'Guevara (che'Nur) & Ket. Pejuang Jihad Wanita (Zaima Jahida) dan kali ni anak ke dua (lelaki) dgn nama Karl Zameer Adzim sempena nama pemikir pmbela 'ekonomi' rakyat Karl Max & Zameer Adzim maksud pmimpin Agong...... bau revolusi rakyat makin kuat mengharum!!!


SEMOGA ANAK YANG LAHIR INI AKAN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA NEGARA DI MASA AKAN DATANG!!!

Tahniah kepada Che Gubard daripada SJ dan warga Johor!!!

Sejarah Baru Politik Malaysia Tercipta!!!



Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama

Pengenalan

Kelahiran Pakatan Rakyat

Bermulanya tarikh 8 September 20o8 Majlis pimpinan Pakatan rakyat telah bersidang dan bersetuju bersama menegaskan penolakan terhadap penyemarakkan politik perkauman oleh UMNO yang giat dijalankan.Pakatan Rakya bimbang jika sentimen perkauman terus dimainkan oleh UMNO maka kesejahteraan rakyat dalam hidup bersama akan tergugat,Dengan itu Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian untuk mempertahankan prinsip-pronsip dasar seperti meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan,menjamin kebebasan beragama,menjaga kedaulatan bahsa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu serta menjaga Hak istimewa orang melayu dan juga kaum-kaum lain yeng telah dijamin hak mereka dalam perlembagaan.

Sehubungan dengan itu Pemimpin Pakatan Rakyat yang terdidir daripada Ketua Umum PKR Dato' Sri Anwar Ibrahim,Setiausaha agung DAP,YB Lim Kit Siang dan Presiden PAS
YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Bin Awang telah bersama-sama menandatangani perjanjian menolak ucapan politik perkauman yang telah dicetuskan oleh Dato' ahmad Ismail dan disokong
oleh semua pimpinan UMNO Pulau Pinang.Bagi kami Isu yang dimainkan oleh manusia tidak bertanggungjawab ini mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya hanya mempertahankan hak kepentingan segelintir golongan orang kaya melayu seperti suku sakat mereka yang mengaut keuntungan dan berselindung disebalik membela kepentingan orang melayu dan Bumiputera.

Dasar Pakatan Rakyat

1- Demokrasi Telus dan Tulen
2- Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi,Mapan dan Adil
3- Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
4- Hubungan Persekutuan Negeri dan Dasar Luar Negara.

Salam Muafakat daripada SJ,SJ baru sahaja pulang daripada menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor.
Ternyata pada 19 Disember 2009 telah mencatat satu sejarah baru dalam era politik Negara apabila barisan parti pembangkang dapat duduk dan bersatu dalam satu lambang dan medium politik yang bernama Pakatan Rakyat.Selama berpuluh tahun kemerdekaan dan selama itu juga UMNO menjadi parti pemerintah tetapi tidak mampu melakukan sebagaimana yang telah berlaku pada 19 Disember 2009 yang lalu.SJ dapat merasakan yang UMNO kini berada dalam kegentaran yang teramat sangat,kerana dengan bersatunya parti pembangkang dalam satu lambang kini rakyat Malaysia telah hanya ada 2 pilihan sama ada memilih Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.Orang yang paling runsing ketika ini ialah si Najib altantuya kerana akibat kejahanaman dan kebodohannya akhirnya seggala strategi jahatnya memalu gendang lama untuk menjahanamkan PAS akhirnya menjadikan PKR,PAS dan DAP semakin kuat jalinan kerjasama nya dan ini terbukti dengan bersatunya dibawah satu lambang iaitu Pakatan Rakyat.

Majlis telah bermula seawal jam 9 pagi,bermula dengan bacaan doa oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Diteruskan pula ucaptama oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR,dalam ucaptamanya DSAI telah memberitahu Pakatan Rakyat adalah sejarah negara di mana berlakunya satu penyatuan parti pembangkang dibawah satu lambang.DSAI juga menegaskan walaupun begitu lama beliau di dalam UMNO dulu,UMNO sendiri tidak penah melakukan perkara seperti ini dan DSAI juga yakin yang perkara seperti ini juga tidak mampu dan tidak akan dilakukan oleh UMNo BN.Dalam ucaptama tersebut juga DSAI menyatakan sokongan terhadap media baru bloggers yang menganggap blogers-blogers kini adalah salah satu elimen yang boleh mempengaruhi keadaan iklim politik semasa.DSAI memberikan ucapan tahniah kepada para blogger...!!

untuk ulasan lanjut tentang Konvensyen rakan Blogger ada ulasan lanjut,SJ akan paparkan gambar sekitar program di sana!!!































untuk ulasan lanjut sila layari : amkgelangpatah

Tian: RM600,000 dikirim buat Rosmah di Dubai!!

Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

P/S : SPRM sila siasat,laporan dah dibuat apa lagi jalan kan kerja wahai Abu Kassim jangan jadi cam yang dulu tu alar nama pun dah malas nak sebut...!!Sila Siasat dengan segera,jangan terus menjadi kuda tunggangan BN.Hidup biar bermaruah,jangan makan rezeki yang haram!!Sila Siasat!!!!!!!

We Will Fight and Never Surrender!!!

Kerajaan BN Durjana Hampir Tumbang!!!

Salam,semalam satu sejarah hampir tercipta bilamana Undian untuk meluluskan bujek hanya beza 3 undi..persoalannya ke manakan Ahli Parlime PR yang tidak hadir itu..Disipilin yang sungguh kurang memuaskan..dalam keadaan sebarang kemungkinan boleh berlaku masih ada MP PR yang tidak serius dalam bab seperti ini.Berikut adalah senarai Ahli Parlimen PR yang tidak hadir :

Senarai yang gagal hadir..

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P022 Pasir Mas - PAS - Ibrahim Ali

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Mengapakah perkara ini boleh berlaku???mana pergi attitude mereka selaku wakil rakyat yang dibawah nama Pakatan Rakyat!!!!Wahai wakil rakyat PR yang masih tidak berdisiplin ubahlah perangai jika nak jadi Pemerintah!!!Jika tidak selamanya akan jadi pembangkang dengan perangai seperti ini.DSAI selaku Ketua Pembangyang yang lebih sibuk boleh hadir ini kan pula kamu yang lain!!!


SETPOL Najib - Shafei patut di gantung jawatan!

from :selamatkanumnoblogspot


MP Wee Choo Keong menggesa agar Shafei Abdullah digantung jawatan bagi tidak mencemarkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia. Penubuhan satu jawatankuasa bagi menyiasat tindakan kasar Shafei Abdullah di parlimen ke atas Wee Choo Keong menunjukkan dengan jelas bahawa ada kes - prima facie terhadap beliau. Untuk makluman juga kes rasuah politik Shafei Abdullah juga telah dilaporkan kepada polis dan sehingga hari ini, masih tidak disiasat dengan sempurna. Beberapa kes lain juga telah dilaporkan oleh Harakah mengenai rasuah Shafei Abdullah dan tindakan membiarkan kes ini tidak disiasat akan hanya memburukkan Perdana Menteri Malaysia.



Harakah turut dalam keluaran lepas menunjukkan beberapa kes yang melibatkan Shafei Abdullah. www.selamatkanumno@blogspot.com juga menuntut agar Shafei Abdullah ini di gantung kerana ianya melibatkan persepsi orang kelak terhadap PM kita.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat 'terlepas' cipta sejarah!!

From Che'gubard

Kali pertama dalam sejarah negara, belanjawan atau buget negara diluluskan dalam dewan rakyat dengan majoriti yang amat kecil.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

Boleh dianggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Jika Najib menolak andaian Ahli Parlimen Bn memboikot buget yang dibentangnya, maka beliau terpaksa mengakui bahawa perangai ahli parlimen Bn yang ponteng.

Namun apa yang lebih dikesalkan rakyat ialah ahli parlimen Pakatan Rakyat telah terlepas peluang mencipta sejarah untuk menolak buat kali pertama belanjawan negara.

Cuma ada 63 undi menolak dari Pakatan Rakyat, mana lagi kira kira 20 undi ...... Ini amat - amat - amat memalukan... adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga kaki ponteng ?

Datuk Seri Anwar, Hj Hadi Awang dan Karpal Sigh sebagai pemimpin 3 parti komponen utama seharusnya bertindak tegas. Cadangkan keluarkan surat tunjuk sebab kenapa mereka gagal hadir. Mereka harus hadir kerana mereka dibayar dengan wang rakyat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen Malaysia.

We Will Fight And Never Surrender!!

Ust Akill Hayy di Johor...masih mendapat sambutan!!!!



Salam,semalam selepas SJ hantar Dato' Chua ke Lebuhraya berdekatan SJ bersama bro Nazri meneruskan perjalanan ke Kg Kurnia Johor Bahru untuk mengikuti ceramah oleh Ust Akill Hayy Rawa.Ustaz yang dilanda pelbagai kontroversi,SJ sendiri rasa mungkin kehadiran tidak ramai sebab media durjana sentiasa memanipulasi kes rumah tangganya tapi sangkaan SJ meleset bilamana samapai di Kg Kurnia melihat kereta diletakkan agak jauh daripada kawasan ceramah.






SJ terperanjat bila melihat begitu ramai orang yang hadir pada malam tersebut..dalam hati SJ alhamdulillah ramai lagi rakyat yang tidak percaya dengan cerita yang saban hari dimainkan oleh media durjana BN!!Alunan suara Ust Akill yang berzikir memuji allah itu boleh meruntun jiwa meremang bulu roma..hadirin yang hadir juga khusyuk mendengar alunan zikir tersebut sungguh menyentuh hati...SJ lihat berbagai golongan yang hadir termasuklah juga "Mat2 Rock" yang hadir dengan berpakaian t-shirt berlogo PAS dan gambar Tuan Guru Nik Aziz.SJ nampak dengan adanya pendakwah 'rockers' seperti Ust Akill Hayy banyak dapat menarik anak-anak muda yang rockers2 untuk mendengar ceramah agama.Bagi SJ sendiri berdakwah tidak semestinya perlu mengenakan jubah,sereban atau apa2 baju yang melambangkan seperti Ulama'.Apa yang penting dalam berdakwah adalah Ikhlas,kalau berdakwah pakai serban lima enam kilo tapi hati penuh dengan niat jahat pun tak guna juga.



Berdasarkan ceramah Ust Akil,pengalamannya ketika pulang daripada satu program di Astro,seorang pemuda bersama 'awek' baru kelaur daripada disco dalam keadaan mabuk,Ust Akill ketika itu sedang 'ngeteh' di satu restoran mamak.Anak muda tersebut berdua sempat menoleh lalu menegur Ust Akill.Walaupun dalam keadaan bertatu,ada anting2 di telinga sampai tiga pasang tapi masih hormat pada Ust Akill.Lihat betapa hebatnya kuasa Allah..itulah keikhlasan dalam berdakwah..kalau SJ nak ulas panjang sangat ceramahnya..




Kepada sesiapa yang mahukan VCD Ceramah atau Nasyid Ust Akill Hayy boleh berhubung terus dengan Saudara Ijam di talian : 013 7145813

sekian laporan daripada SJ...Salam reformasi dan salam perjuangan untuk pendakwah Islam yang IKHLAS!!!

Perasmian Bangunan Cabang Pulai.!!



Salam,selepas pulang daripada mengikuti kursus T.O.T di Melaka Sj sampai rumah lebih kurang jam 6.30 petang,belum sampai di rumah ada kawan dah telefon ajak pergi Perasmian Cabang Pulai dalam jam 8malam..Sampai sahaja terus mandi sembahyang maghrib pastu terus gerak ke Taman Perling dengan kawan.Sampai di sana Dato' Chua sedang memberikan ucapan perasmian.






Dalam ucapannya Dato' Chua Jui Meng banyak memberikan nasihat yang berguna demi pembangunan parti dan kepentingan bersama.Dato' Chua juga berharap agar semangat setiakawan dan semangat untuk menawan Negeri Johor harus berterusan.Jangan macam hangat tahi ayam sahaja.Sebelum Dato' Chua ke Tmn Perling pada pagi hari lagi Dato' Chua telah berada di Pulai Springs bersama AMK Johor dalam satu forum wacana ilmu.SJ tidak dapat update keadaan di sana kerana masih berada di Melaka pagi itu. Selesai memberi ucapan Dato' Chua bersama MPN Johor Tuan HJ Anuar Salleh bersama-sama telah menarik kain di Board simbolik pejabat Cabang Pulai telah dirasmikan.SJ berharap selepas ini akan ada banyak lagi Cabang yang meniru sebagaimana yang telah dilakukan oleh Cabang Pulai..Meniru untuk ke arah kebaikan tiada salahnya.






Selepas program SJ telah diberitahu oleh Naib Ketua AMKI Johor bahawa Dato' Chua akan berceramah di Tmn Dahlia.Malangnya ceramah itu dibatalkan atas masalah teknikal kebetulan pula Dato' Chua tidak berapa sihat,jadi tidaklah rasa ralat sangat.SJ dan Bro Nazri terus menghantar Dato' Chua ke Lebuhraya berhampiran. Lepas hantar Dato' Chua SJ dan Bro Nazri bercadang untuk balik rumah terus tapi biasalah dah selalu tidor lambat macam tak biasa pulak,terus bergerak ke Kg Kurni kerana Ust Akill berceramah di sana..Nanti SJ akan update program ceramah di sana..ramai beb...k sekian...



Lawan Tetap Lawan
!!!!!

Program T.O.T di Melaka..11-13 Dis 2009



Salam,SJ baru pulang daripada mengikuti program Latihan T.O.T yang dianjurkan oleh Biro Latihan Pusat PKR yang diketuai oleh YB Fauziah Salleh.Alhamdulillah sepanjang 3 hari di Farmaso Garden Hotel banyak yang SJ pelajari teknik-teknik serta keupayaan diri SJ yang ada tidak diketahui sebelum ini dapat dikeluarkan.Kadangkala dalam diri kita ada sesuatu sifat yang amat baik tapi kita tidak tahu.Dengan adanya latihan seperti ini kita akan dapat keluar daripada pemikiran luaran kita dan akhirnya menembusi fikiran dalaman.






SJ juga dapat banyak ilmu yang baru daripada rakan-rakan yang sama2 menyertai T.O.T ini,kerana ada di antaranya Pensyarah universiti,ada juga yang peguam dan ada juga jurutera,pendek kata macam-macam ada..ada juga yang lagaknya macam Ketua Pembangkang DUN Selangor,,,hehehe..juga ada wakil rakyat,jadi banyaklah jenis profession yang turut terlibat dalam program ini.Bagu Sj pula antara peserta yang menarik perhatian SJ ialah Bloggernetwork Perak express Bro MSK,tidak sangka dapat berjumpa di depan mata,kerana SJ selalu menjadi follower sahaja dan sejak di sana dapat mengenali beliau lebih rapat.Yang pastinya program ini tidak sama seperti program latihan yang dibuat oleh BTN.Terlalu jauh bezanya antara program BTN dan program yang dianjurkan oleh Akademi Keadilan .






Dalam sidang latihan ada salah seorang saketriat Akademi Keadilan yang pernah mengikuti kursus BTN menceritakan bagaimana teruknya kursus BTN.Contohnya mereka akan didudukkan di dalam bilik yang gelap,kemudiannya akan memperdenagrkan bunyi yang pada mulanya bunyi yang cukup permai..kemudian suara itu berubah bunyi seperti berlaku keganasan.kemudia para Jurulatih BTN akan menakutkan peserta dengan kata2 provokasi!!! Di ArK(singkatan bagi Akademi Keadilan) amatlah terbuka jurulatih dan pelatih boleh berkongsi pendapat bersama tanpa ada halangan.









Wujudnya hubungan komunikasi yang baik antara fasilitator dan pelatih.SJ dan para peserta juga dinaikkan semangat dengan cara yang betul seperti menyanyikan lagu Negaraku tanda cinta pada negara,kerana negara ini bukan UMNO yang punya.Kemudian untuk menambahkan rasa sayang pada Parti hampir setiap kali kami akan menyanyikan lagu 'Kami Arus Perjuangan'.SJ cukup bersemangat bila nyanyi lagu parti macam ada satu roh yang kuat datang.Kami juga diperdengarkan lagu Michael jackson yang selari dengan matlamat ARK bertajuk 'Heal The World' lagu yang cukup bermakna dalam perjuangan.







Sekian laporan SJ di T.O.T bertempat di Melaka,sebelum terlupa SJ ingin mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada semua Tenaga Pengajar di ARK..antaranya YB Fauziah selaku Pengarah ARK,Pengetua ARK Dr Zaleha Mustaffa,fasi-fasi yang lain seperti Tuan Hj Ismail,dan juga tidak lupa MR Rajan yang telahy banyak memberikan ilmu kepada kami dan memberi peluang untuk mengenali diri kami sebenar...TQ

Membujur Lalu Melintah Patah Lawan Tetap Lawan!!!!!

Perompak bergaduh sesama perompak...



Salam.,,dah bape hari xupdate blog..bukan tidak ada isu tapi sibuk sedikit cari duit untuk terus dapat bergerak untuk PKR..Isu yang SJ nak ulas sedikit untuk malam ini adalah isu Nazri bergaduh dengan Madey Kutty,sebenarnya dua2 mangkok ni dah lama berperg sejak dulu..biasalah macam cerita P.Ramlee teori senang yang SJ bagi..bila sama-sama perompak bagi harta tak cukup maka berebutlah sesama perompak..hahaha...

Lihatlah apa yang berlaku dalam situasi politik negara,setiap orang masing-masing dalam UMNO berebut harta sesama mereka dan akhirnya rakyat menjadi mangsa keadaan.Betapa zalimnya pemimpin UMNO..tidak pernah memikirkan masalah rakyat,sentiasa berebut kuasa dan harta..sampai bila perangai mereka nak berubah pun tak tahulah...SJ rasa selagi BN terus perintah maka jahanamlah duit rakyat...semuanya disebat masuk dalam poket sendiri..

Rakyat harus bijak membuat keputusan segera demi kepentinga bersama,kini bukan lagi hanya boleh berseronok di sana sini sedangkan pemimpin UMNO sibuk mengatur strategi untuk menambahkan kekayaan peribadi.Sebenarnya perkara ini telah menjadi turun temurun dikalangan pemimpin UMNO yang mengumpul kekayaan negara melalui duit rakyat yang disalah gunapakai..Sehingga kini entah berapa banyak duit haram mereka dah telan.

Baru-baru ini daripada blog selamatkanumno.blogspot telah mengeluarkan satu berita yang mana salah seorang Menteri Kanan telah memberikan kereta mewah kepada seorang artis lelaki yang dikira 'jambu' kot..hahhaha..bila bab UMNO kena tak siasat,bila DSAI yang terang-terang rasuah dihina sebegitu rupa inilah moral pemimpin UMNo...apa nak jadi dengan Menteri Kanan tu sepatutnya siasat dan jika tidak benar maka samanlah blog selamatkanumno

Sekian daripada SJ untuk malam ni..SJ sekarang berada di Melaka..ada program..esok SJ akan update .....Nite..
tu.Keadilan tiada dalam sistem kehakiman negara.semuanya telah diperkudakan oleh pimpinan jahanam UMNO!!!

We Will Fight and Never Surrender

Parlimen siasat setpol Najib

Salam,sajian petang untuk pelawat.....SETPOL NAjib Monggol nak kena siasat!!!padan muka...!!

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Datuk Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.Semalam, Wee mendakwa Shafie campur tangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkanya sebagai "menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya," kata Wee, sambil berkata lelaki itu kelihatan marah dan bersikap biadap terhadapnya.

Katanya, lelaki berkenaan bertanya mengapa namanya dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat.

Wee berkata pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu sehinggalah selepas dia melihat tanda nama yang dipakainya.

sumber :malaysiakini

Tahniah kepad Che'gubard dan Isteri (Era Hanim)




Salam,SJ dan rakan-rakan dari Johor mengucapkan tahniah kepada Che'gubard dan isteri diatas kurniaan cahaya mata daripada ilahi,bayi lelaki selamat dilahirkan pada jam 10 pagi tadi.Semoga bayi ini juga akan menjadi pejuang sebagaimana bapa nya..Bakal pejuang ini telah dinamakan oleh Che'gubard sebagai Karl Zameer Adzim....


Tahniah...Barakallahufika......

Giliran Felda Pasir Raja Kulai pula Digempur.....



Salam,Untuk Pakatan Rakyat menawan Negeri JOhor daripada UMNO,PR Johor perlu gempur felda,dan kini program itu sedang berjalan,setiap minggu Felda-Felda di Johor akan digempur,penerangan tentang manipulasi duit peneroka oleh Felda juga giat dijalankan,Generasi Kedua Felda harus diberi penerangan yang sebenar supaya mereka tidak lagi tertipu sebagaimana generasi sebelumnya.Alhamdulillah malam tadi PR Johor mengadakan ceramah di Felda Pasir Raja,Kulai Johor.Pada malam tadi Penceramah terdiri daripada Che'gubard MPP PKR yang juga Bekas Calon Parlimen Rembau yang menentang KJ,Wan Rohaimi dan juga Mazlan Aliman.Ketiga-tiga mereka memberikan ceramah yang cukup baik,sehingga para hadirin yang datang juga menyahut dengan nada marah dan melontarkan cacian pada Najib dan UMNO!!

Ceramah dimulakan oleh Saudara Mazlan Aliman selaku tuan rumah,Mazlan Aliman menyampaikan ceramah berkenaan peneroka felda yang telah ditipu sejak sekian lama,Saudara Mazlan juga menegaskan akan terus memperjuangkan nasib anak-anak Felda sesuai dengan misi dan matlamatnya yang mahu menjadikan anak Felda Generasi kedua tidak akan tertipu dan akan tahu hak-hak mereka terhadap tanah Felda khususnya.

Seterusnya ceramah diteruskan oleh Peguam Saudara Wan Rohaimi juga memberikan input yang sama tentang masalah penyelewengan yang dilakukan oleh FELDA.SJ bukan anak Felda tapi bilamana SJ dengar ceramah dan penerangan yang dilakukan oleh Wan Rohaimi barulah SJ tahu yang sebenarnya FELDA bukan memberikan kesenangan malah menambahkan beban hutang pada peneroka yang bila dikira entah bila habis bayar pun tak tau.Inikah yang dikatakan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan',memang betol sebagaimana yang pernah Che'gubard berceramah sebelum ini bahawa ini hanya slogan retorik si najib razak untuk menarik sokongan rakyat!!
Jika hendak diceritakan tentang penyelewengan yang dibuat oleh FELDA terlalu banyak,mungkin tak cukup nak cerita satu hari,untuk mengetahui lebih lanjut tentang permasalahan FELDA bolehlah bertanya lanjut pada Sdr Zabidie Abbas Ketua AMK Johor ataupun Saudara Mazlan sendiri yang juga anak jati FELDA.

Ceramah bertambah panas apabila Che'gubard naik ke pentas bermula dengan pujian terhadap orang-orang UMNO,Che'gubard seperti biasa akan membawa isu panas dan sensasi,memulakan ceramah dengan isu terkini iaitu Bala yang mengaitkan adik Najib terlibat memberi wang suapan terhadapnya.sudah pasti kes ini melibatkan altantuya dan Razak Baginda.Dalam respon terbaru Najib terhadap isu ini,Najib hanya kata dia tidak akan melayan tuduhan semberono ini..wah..Najib dah pandai cakap jawa..maklumlah tengah-tengah dok kalut sempat lagi belajar cakap jawa..hahaha....
Kemudian ceramah diteruskan tentang adik najib dan isterinya yang cukup banyak unit saham dalam CIMB iaitu antara bank terbesar dalam Malaysia.

Che'gubard bukan hanya bercakap berdasarkan air liur tetapi berdasarkan laporan kewangan penutup CIMB Disember 2008.Pemilikan saham yang begitu besar ini menunjukkan harta kekayaan adik-adik najib begitu banyak sedangkan rakyat dibawah masih ramai yang miskin papa kedana!!oleh kerana keparat-keparat seperti adik najib ni dok kumpul harta maka rakyat yang dibawah terus menanggung kemiskinan.Bila abang jadi PM adakah semestinya adik mengaut keuntungan harta kekayaan peribadi??.Inilah bangsatnya pemimpin UMNO.Sentiasa tamak mengumpul harta tanpa mempedulikan nasib rakyat dibawah.
Isu semakin panas,Che'gubard yang memang terkenal dengan kaki bakar terus menghangatkan suasana pada malm tersebut,Che'gubard memberikan kepada anggota polis yang berpangkat cabok untuk tidak terlalu mengikut telunjuk dan mengingatkan polis harus mengikut undang-undang bukan mengikut telunjuk ahli politik.Che'gubard juga memnita anggota polis supaya melihat nasib rakan mereka azilah dan sirul yang di kambing hitam kan oleh ahli politik,bilamana sudah tersepit tiada seorang pun ahli politik yang membantu.



SJ lihat SB yang mulanya serius daripada mula ceramah akhirnya tergelak mendengar kata-kata che'gubard,gelak sekarang tidak mengapa jangan menangis kemudian hari..hahaha...
"Jam sudah menunjukkan 11.50 malam"kata che'gubard,tapi ada para hadirin yang datang jerit belum che'gu baru pukul 10.30malam...menunjukkan hadirin yang datang belum puas dengar lagi ceramah panas daripada che'gubard.Sambil berseloroh Che'gubard cakap,"sey ni ado sejenis penyakit,kalau xcakap pasal altantuya badan sey jadi gatal-gatal,jadi sey mintaklah jasa baik polis untuk bantu sey ilangkan penyakit sey"para hadirin pun gelak bila che'gubard berseloroh,diakhir ceramah sempat lagi Che'gu menyelit kisah altantuya,ini sememangnya menjadi rutin bilamana Che'gubard berceramah.

Che'gubard hendak supaya rakyat Malaysia jangan pernah lupa dengan kes altantuya kerana melibatkan orang yang berjawatan penting dalam negara.Samapaikan Che'gubard dan rakan-rakannya pernah menghantar Kek Harijadi Altantuya pada Najib!!Akhirnya disebabkan hantar kek altantuya mereka rakan-rakan dicutikan untuk 'berehat' satu malam di dalam lokap.Inilah hukum rimba Najib Razak!!!


Gambar sekitar ceramah semalam....


















Gambar sekitar selesai majlis SJ dan rakan-rakan 'ngeteh' dulu ngan che'gubard dan rakan yang lain....












Sekian daripada SJ,Amaran kepada UMNO BN Johor..PR akan terus mengasak dan mengasak,jika diizinkan Allah InsyaAllah DSAI akan turun lagi Johor dalam waktu terdekat,sediakanlah banyak2 banner 'Anwar Pengkhianat' supaya orang tau yang UMNO sudah kehabisan modal untuk hujjah politik!!...

We Will Fight and Never Surrender!!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List