Salam,tadi awal2 pagi SJ membaca Malaysiakini dan isu yang hangat untuk SJ kupas pada hari ini adalah isu Subsidi gula mungkin dimansuhkan.Walaupun ada sebilangan orang yang menganggap ini isu kecil tapi bagi SJ isu ini adalah besar dan bakal membebankan rakyat,malah alasan yang digunapakai oleh Ismail Sabri yang bangang ini tidak boleh diterima.Untuk penelitian lanjut sila baca keratan laporan dari Malaysiakini dibawah :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi. "Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan. "Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram. Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat. Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini. Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA
Alasannya konon untuk mewujudkan gaya hidup sihat,ini kerja Menteri Kesihatan bukan kerja ko ismail sabri oii...Mungkin akibat kebangangan ko,ko dah lupe portfolio ko er.Sejak ko jadi menteri ni banyak yang ko buat makin membebankan rakyat.Hari tu ko naikkan minyak,sekarang ni ko nak cuba hapuskan subsidi gula,apa tujuan ko ni,ko nak kipas si Najib ke??Lepas ni apa pula ko nak naikkan,garam ke..lepas ni andaikata garam pun si bangang ni naikkan kita rakyat Malaysia ramai-ramai ambil air laut untuk dapatkan garam,biarkan Ismail sabri dan keluarga dia yang pakai garam.
Apa lah otak dia fikir,dalam keadaan rakyat semakin kian terdesak masalah kewangan si bangang ini menjadikan rakyat semakin susah!! SJ tidak bersetuju dengan penghapusan subsidi ini,jika dilakukan juga kita rakyat Malaysia kena protes jangan main setuju sahaja.Bila minyak naik,semua barang naik,lepas ni kalau gula naik apa nasib peniaga kecil kedai makan,mereka juga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman dan akhirnya pelanggan semakin kurang akhirnya tutup perniagaan.
Jadi menteri cuba fikir nasib rakyat bawahan jangan hanya kenyangkan tembolok sendiri.Cuba contohi Khalifah Umar Abd Aziz yang tidak menggunakan kuasa dengan rakus malah harta kerajaan juga tidak digunakan dengan sewenangnya,hatta lilin yang bagi kita kecil itu juga jika milik kerajaan Khalifah Umar Abd Aziz tidak akan menggunakannya untuk urusan peribadi. Rakyat Malaysia harus peka dengan isu semasa khususnya anak muda,janganlah terus melalaikan diri dengan gejala tidak sehat lalu membiarkan pemimpin negara melakukan sesuka hati.Anak muda harus memahami hak mereka agar tidak dibodohkan oleh Kerajaan yang sedia ada.
Jika tidak dari sekarang Anak muda bangkit maka di masa akan datang kita akan merempat di negara sendiri. Ingat Ismail Sabri,Suara rakyat adalah suara keramat,sekali rakyat sudah bangkit maka disitulah bermula kejatuhan engkau.Jangan korbankan rakyat demi kepentingan peribadi!!!
Lawan Tetap Lawan!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment