Salam,Untuk Pakatan Rakyat menawan Negeri JOhor daripada UMNO,PR Johor perlu gempur felda,dan kini program itu sedang berjalan,setiap minggu Felda-Felda di Johor akan digempur,penerangan tentang manipulasi duit peneroka oleh Felda juga giat dijalankan,Generasi Kedua Felda harus diberi penerangan yang sebenar supaya mereka tidak lagi tertipu sebagaimana generasi sebelumnya.Alhamdulillah malam tadi PR Johor mengadakan ceramah di Felda Pasir Raja,Kulai Johor.Pada malam tadi Penceramah terdiri daripada Che'gubard MPP PKR yang juga Bekas Calon Parlimen Rembau yang menentang KJ,Wan Rohaimi dan juga Mazlan Aliman.Ketiga-tiga mereka memberikan ceramah yang cukup baik,sehingga para hadirin yang datang juga menyahut dengan nada marah dan melontarkan cacian pada Najib dan UMNO!!
Ceramah dimulakan oleh Saudara Mazlan Aliman selaku tuan rumah,Mazlan Aliman menyampaikan ceramah berkenaan peneroka felda yang telah ditipu sejak sekian lama,Saudara Mazlan juga menegaskan akan terus memperjuangkan nasib anak-anak Felda sesuai dengan misi dan matlamatnya yang mahu menjadikan anak Felda Generasi kedua tidak akan tertipu dan akan tahu hak-hak mereka terhadap tanah Felda khususnya.
Seterusnya ceramah diteruskan oleh Peguam Saudara Wan Rohaimi juga memberikan input yang sama tentang masalah penyelewengan yang dilakukan oleh FELDA.SJ bukan anak Felda tapi bilamana SJ dengar ceramah dan penerangan yang dilakukan oleh Wan Rohaimi barulah SJ tahu yang sebenarnya FELDA bukan memberikan kesenangan malah menambahkan beban hutang pada peneroka yang bila dikira entah bila habis bayar pun tak tau.Inikah yang dikatakan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan',memang betol sebagaimana yang pernah Che'gubard berceramah sebelum ini bahawa ini hanya slogan retorik si najib razak untuk menarik sokongan rakyat!! Jika hendak diceritakan tentang penyelewengan yang dibuat oleh FELDA terlalu banyak,mungkin tak cukup nak cerita satu hari,untuk mengetahui lebih lanjut tentang permasalahan FELDA bolehlah bertanya lanjut pada Sdr Zabidie Abbas Ketua AMK Johor ataupun Saudara Mazlan sendiri yang juga anak jati FELDA.
Ceramah bertambah panas apabila Che'gubard naik ke pentas bermula dengan pujian terhadap orang-orang UMNO,Che'gubard seperti biasa akan membawa isu panas dan sensasi,memulakan ceramah dengan isu terkini iaitu Bala yang mengaitkan adik Najib terlibat memberi wang suapan terhadapnya.sudah pasti kes ini melibatkan altantuya dan Razak Baginda.Dalam respon terbaru Najib terhadap isu ini,Najib hanya kata dia tidak akan melayan tuduhan semberono ini..wah..Najib dah pandai cakap jawa..maklumlah tengah-tengah dok kalut sempat lagi belajar cakap jawa..hahaha.... Kemudian ceramah diteruskan tentang adik najib dan isterinya yang cukup banyak unit saham dalam CIMB iaitu antara bank terbesar dalam Malaysia.
Che'gubard bukan hanya bercakap berdasarkan air liur tetapi berdasarkan laporan kewangan penutup CIMB Disember 2008.Pemilikan saham yang begitu besar ini menunjukkan harta kekayaan adik-adik najib begitu banyak sedangkan rakyat dibawah masih ramai yang miskin papa kedana!!oleh kerana keparat-keparat seperti adik najib ni dok kumpul harta maka rakyat yang dibawah terus menanggung kemiskinan.Bila abang jadi PM adakah semestinya adik mengaut keuntungan harta kekayaan peribadi??.Inilah bangsatnya pemimpin UMNO.Sentiasa tamak mengumpul harta tanpa mempedulikan nasib rakyat dibawah. Isu semakin panas,Che'gubard yang memang terkenal dengan kaki bakar terus menghangatkan suasana pada malm tersebut,Che'gubard memberikan kepada anggota polis yang berpangkat cabok untuk tidak terlalu mengikut telunjuk dan mengingatkan polis harus mengikut undang-undang bukan mengikut telunjuk ahli politik.Che'gubard juga memnita anggota polis supaya melihat nasib rakan mereka azilah dan sirul yang di kambing hitam kan oleh ahli politik,bilamana sudah tersepit tiada seorang pun ahli politik yang membantu.
SJ lihat SB yang mulanya serius daripada mula ceramah akhirnya tergelak mendengar kata-kata che'gubard,gelak sekarang tidak mengapa jangan menangis kemudian hari..hahaha... "Jam sudah menunjukkan 11.50 malam"kata che'gubard,tapi ada para hadirin yang datang jerit belum che'gu baru pukul 10.30malam...menunjukkan hadirin yang datang belum puas dengar lagi ceramah panas daripada che'gubard.Sambil berseloroh Che'gubard cakap,"sey ni ado sejenis penyakit,kalau xcakap pasal altantuya badan sey jadi gatal-gatal,jadi sey mintaklah jasa baik polis untuk bantu sey ilangkan penyakit sey"para hadirin pun gelak bila che'gubard berseloroh,diakhir ceramah sempat lagi Che'gu menyelit kisah altantuya,ini sememangnya menjadi rutin bilamana Che'gubard berceramah.
Che'gubard hendak supaya rakyat Malaysia jangan pernah lupa dengan kes altantuya kerana melibatkan orang yang berjawatan penting dalam negara.Samapaikan Che'gubard dan rakan-rakannya pernah menghantar Kek Harijadi Altantuya pada Najib!!Akhirnya disebabkan hantar kek altantuya mereka rakan-rakan dicutikan untuk 'berehat' satu malam di dalam lokap.Inilah hukum rimba Najib Razak!!!
Gambar sekitar ceramah semalam....
Gambar sekitar selesai majlis SJ dan rakan-rakan 'ngeteh' dulu ngan che'gubard dan rakan yang lain....
Sekian daripada SJ,Amaran kepada UMNO BN Johor..PR akan terus mengasak dan mengasak,jika diizinkan Allah InsyaAllah DSAI akan turun lagi Johor dalam waktu terdekat,sediakanlah banyak2 banner 'Anwar Pengkhianat' supaya orang tau yang UMNO sudah kehabisan modal untuk hujjah politik!!...
We Will Fight and Never Surrender!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
1 comments:
bangkit ank muda johor!!!
aku cabar hanpa semua!!!
tawan johor utk pkatan rakyat!!!
Post a Comment