From Che'gubard
Kali pertama dalam sejarah negara, belanjawan atau buget negara diluluskan dalam dewan rakyat dengan majoriti yang amat kecil.Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.
Boleh dianggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.
Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.
Jika Najib menolak andaian Ahli Parlimen Bn memboikot buget yang dibentangnya, maka beliau terpaksa mengakui bahawa perangai ahli parlimen Bn yang ponteng.
Namun apa yang lebih dikesalkan rakyat ialah ahli parlimen Pakatan Rakyat telah terlepas peluang mencipta sejarah untuk menolak buat kali pertama belanjawan negara.
Cuma ada 63 undi menolak dari Pakatan Rakyat, mana lagi kira kira 20 undi ...... Ini amat - amat - amat memalukan... adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga kaki ponteng ?
Datuk Seri Anwar, Hj Hadi Awang dan Karpal Sigh sebagai pemimpin 3 parti komponen utama seharusnya bertindak tegas. Cadangkan keluarkan surat tunjuk sebab kenapa mereka gagal hadir. Mereka harus hadir kerana mereka dibayar dengan wang rakyat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen Malaysia.
We Will Fight And Never Surrender!!
0 comments:
Post a Comment