Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Che'gubard Meneruskan Perjuangan Tanpa Jawatan!!



Salam Reformasi dan salam perjuangan,selesai sudah pemilihan 2010 yang memeritkan.Hari ini SJ melaporkan Che'gubard ceramah buat pertama kalinya selepas selesai pemilihan tanpa jawatan apa-apa dari PKR kecuali Ketua Cabang Rembau.SJ melihat begitu besar jiwa anak muda ini sehingga tiada jawatan pun boleh mampu berceramah bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr YB Lim Guan Eng.Menurut laporan rakan SJ di sana dianggarkan hampir seribu orang hadir walaupun keadaan cuaca yang kurang baik.



Hadirin yang hadir tidak berganjak dari tapak ceramah.Seperti biasa kalau ceramah di mana-mana Che'gubard tidak akan selesa,katanya badan "sey gatal2 kalau tak cerita pasal Rosmah" cerita yang sama juga dibawa supaya rakyat tidak akan pernah lupa kisah altantuya.



Keadaan ini memperlihatkan bahawa jawatan bukan segalanya,walaupun SJ sudah agak rapat dengan Che'gubard banyak lagi yang Sj tidak ketahui,tapi dalam keadaan demam ini SJ ambil pendekatan untuk menyelongkar semula blog Che'gubard dari mula-mula penulisan beliau dari sebelum kahwin hinggalah selesai detik 12 tahun ini...jika berdasarkan sejarah di saat inilah arwah ezam khianat..tapi Che'gubard masih setia bersama parti.Betapa tinggi semangatnya,jika diteliti sejak 12 tahun yang lalu begitu banyak sumbangan Che'gubard kepada parti namun tidak pernah sekali Che'gubard gilakan jawatan.





Banyak desas desus yang SJ dengar ada yang mengatakan Che'gubard akan keluar parti,ada yang fitnah kata Che'gubard orang zaid,SJ doakan orang yang buat fitnah itu akan bisu buat selamanya!!..ada juga yang kata Che'gubard akan 'berguru' semula..erm jawapan itu hanya tuan punya badan yang tau,yang pasti sepanjang SJ kenal Che'gubard dia bukan seorang pengkhianat kepada kawan-kawannya mahupun parti sendiri.SJ tau dalam masa 2-3 tahun lagi satu gerakan massa rakyat yang kuat dari Anak Muda akan subur mewangi di bumi Malaysia ini dan bakal dipimpin oleh Che'gubard..nantikan....

gambar sekitar jamuan selepas ceramah Che'gubard bersama YB Lim Guan Eng







Sekian dari SJ malam ini..
mood : demam panas lepas selesai pemilihan...bila dengar Che'gubard berceramah hari ini panas kain reda..


Anak Muda Mendesak Perubahan!!

Kempen Selamatkan Keadilan Bermula!!!!


Salam reformasi kepada semua pejuang-pejuang KEADILAN dan KETELUSAN,bagi kumpulan tertentu Pemilihan 2010 telah selesai bagi SJ pula belum lagi selagi KEADILAN dan KETELUSAN dalam pemilihan belum tertegak..BATU SAPI,LIBARAN dan SANDAKAN perlukan KEADILAN!!
Bersempena dengan itu ayuh Anak Muda dan pencinta Keadilan kita bersama-sama kempen untuk Selamatkan Keadilan dari tangan-tangan yang tak guna dan mempunya cita-cita politik jahat.

Bermula dari hari ini hingga kemuncaknya hari kongres parti ayuh Ubah profile Picture Fb anda kepada ikon berbentuk 'Selamatkan Keadilan'.Contoh seperti dibawah :



SJ menyeru kepada semua yang merasakan sayang pada parti dan mahu prinsip yang kita perjuangkan tertegak ayuh bersama-sama Anak Muda Penerus perjuangan Reformasi untuk sama-sama menyatakan pendirian untuk 'Selamatkan Keadilan' dengan cara seperti berikut,pada hari Kongres nanti diminta kepada sesiapa yang ingin turut sama dalam kempen ini dengan memakai baju berwarna hiitam,arm band atau headband yang bertulisan "Selamatkan Keadilan'.Tolong sebarkan kepada kawan-kawan melaui SMS,Facebook,twitter,apa sahaja yang boleh menyampaikan maklumat ini.Segera bertindak agar prinsip yang selama ini yang kita pertahankan dan kita sampaikan pada rakyat tertegak kembali!!


ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!!!

Pemilihan 2010 Hari Terakhir....Berikan Keadilan!!



salam reformasi dan salam perjuangan,hari ini akan berakhir pemilihan2010 untuk Parti Keadilan,banyak yang berlaku sepanjang pemilihan 2010 ini tetapi dari sudut positif kita telah menang dalam meraikan demokrasi yang mana UMNO Bn parti dah tua nak mampus pun tidak berani melakukan perubahan yang kita telah lakukan.SJ nampak kesan positif walaupun negatif juga banyak,tetapi sebagai ahli parti SJ menyokong penuh tindakan memberi 1 ahli 1 undi,cuma agak kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang pemilihan 2010.Kita yang sentiasa memperjuangkan KETELUSAN dan KEADILAN tetapi masih ada corong-corong kecil yang menerobos dengan penyelewengan.Tindakan tegas dan berani harus diambil oleh JPP untuk mencantikkan keadaan dan akhirnya semua berpuas hati.



SJ tidak menyalahkan sepenuhnya kepada semua JPP,kerana ada juga yang bekerja dengan ikhlas dan sepenuh ketelusan diberikan,tetapi SJ amat berharap walaupun pemilihan 2010 akan berakhir pada hari ini berikan KEADILAN kepada sesiapa sahaja yang telah membuat laporan kepada JPP mengenai sebarang penyelewengan dalam Pemilihan 2010 harus didengar dan disiasat,jangan pula kerana pemilihan telah selesai maka kes tutup.Jangan buat apa yang UMNO buat,pastikan prinsip KETELUSAN yang kita laun-laungkan kita praktikkan dengan betul,jangan sekadar retorik semata-mata.Perjuangan adalah berlandaskan pada perlaksanaan kata-kata.Bila bercakap maka kita buat,jangan biarkan percakapan kita hanya ibarat melepaskan batuk di tangga.



Rakyat sentiasa menilai apa yang kita buat,rakyat sentiasa ambil peduli apa yang berlaku terhadap parti pembangkang dikala kita pula telah menawan beberapa negeri.UMNO buat apa-apa pun orang tak peduli tapi bila sebut PKR atau Pakatan Rakyat maka isu itu akan dibesarkan sehebat mungkin,maka akan dicanang di tv3 suku dan berita hairan.Jadi untuk mengelakkan perasaan kecewa rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat maka kita harus laksanakan apa yang kita cakap.

Sekian dari SJ dari Pusat Pengundian Cabang pasir Gudang Johor.

Berharap ada keajaiban akan berlaku pada hari ini...!!


Anak Muda Mendesak Perubahan!!!!

SJ di Cabang Johor Bahru Memantau Pengundian




Salam perjuangan dan REFORMASI kepada rakan-rakan,SJ kini berada di Cabang Johor Bahru,Pusat pengundia dibuka seawal pagi jam 10.30,sehingga jam 12 tengah hari pengundi yang keluar mengundi baru 7 orang sahaja,SJ harap perkara yang berlaku di LIBARAN tidak akan terjadi,pemantauan sedang dilakukan.SJ harap pengundian berjalan lancar tanpa sebarang manipulasi. Kepada AMK Johor Bahru pastikan undi anda untuk Calon Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi yang diterajui oleh Che'gubard sebagai calon Ketua AMK dan Chang Lih Kang sebagai Calon Timbalan Ketua,diharapkan Anak Muda Johor pandai menilai pemimpin dan mengundi mengikut track record bukannya bangsa dan warna kulit. SJ merayu sekali lagi mohon sokongan kepada



Mohon sokongan dari AMK Johor (Tenggara,Pulai,Johor Bahru 20Nov 2010)(GP,Kulai,Pontian,Tebrau,Kota Tinggi,PG,Sekijang,Labis,Pagoh,Pengerang,Tg Piai,PG,Ayer Hitam,Mersing 21Nov 2010) yg bakal mengundi utk memberikan sokongan dan undi pada team AMPPR demi AMK yg lebih berani,800 undi diperlukan untuk memberikan kemengan pada che'gubard dan team..Ayuh Anak Muda Johor berikan sokongan penuh kepada Team AMPPR.!!


NOTA : MALAM INI CHE'GUBARD AKAN TURUN DI SEKIJANG DAN KULAI
MANA-MANA AMK YANG SUDI HADIR SILA HUBUNGI SJ UNTUK
PENGESAHAN TEMPAT. NO TEL : 017 7870545


ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!



Kenapa MESTI Undi Che'gubard dan Team AMPPR...



Salam Reformasi dan salam perjuangan,esok adalah hari kedua terakhir di mana berlakunya pengundian bagi pemilihan 2010.Hari ini selepas entri aku pasal UNDI POS banyak maklumbalas aku dapat,dan ramai yang tidak setuju dan sakit hati,sebab mereka juga menyoalkan perkara yang sama,mana mungkin kita tuntut dalam BERSIH untuk hapuskan undi POS tapi kita pula yang pakai tradisi bodoh tu.Memang bodoh lah siapa yang gunakan tradisi itu...Oppps siapa makan cili maka orang itu akan rasa pedas..hahaha...malam ini aku nak cerita kenapa Anak Muda Malaysia MESTI undi Che'gubard.



Pandangan SJ sendiri mengenai Che'gubard,bukan membodek atau nak memuji tapi memang kelainan cukup terserlah dari segi kepimpinannya.Seorang yang berprinsip teguh tidak mudah terikut-ikut dengan kebodohan orang lain.Che'gubard juga seorang yang bilamana dia nak buat sesuatu keputusan dia tidak akan buat keputusan itu sendiri tapi dengan cara perbincangan adik beradik yang mana setiap orang akan diberikan ruang untuk memberi pendapat,dan jika pendapat itu bernas maka akan diangkat sebagai resolusi bersama.Jika dilihat pula dari segi manifesto sangatlah jauh bezanya dengan manifesto calon yang lagi satu itu.SJ tidak akan mengutuk calon yang lagi satu tu tapi itu perbezaan jelas dan nyata.





Semua orang boleh nilai,adakah dengan kata2 sahaja kita mampu menembusi tembok putrajaya,adakah Najib akan sambut kita dengan nasi beriani??dengan kompang yang meriah??tanpa misi dan visi yang jelas impian ke putrajaya hanyalah mimpi di siang hari.Manifestasi yang dibentang dan digarap bersama oleh Team Che'gubard jelas dan menunjukkan persediaan untuk ke putrajaya.Che'gubard seorang yang dilihat disenangi dari pelbagai peringkat umur dan rakan parti yang lain,ada juga yang SJ tau mendapat sokongan dari rakan parti Pakatan Rakyat untuk Che'gubard menerajui AMK,cuma tak perlualah dihebohkan namanya.Sebab itu Che'gubard seringkali memberitahu baha Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata2.



Kenapa MESTI Undi Che'gubard dan Team nya??sebab MANIFESTO...anda baca dan nilai manifesto kedua-dua calon dan anda semua akan lihat siapakah yang benar-benar telah bersedia untuk merangka 'kenderaan' ke putrajaya.SJ tak nak cerita sangat mengenai Che'gubard nanti dikatakan membodek.Jadi anda semua nilailah dari segi track record,gerak kerja,cara perjuangan Che'gubard sendiri.Kalau cerita pasal penjara tak payahlah dah macam rumah kedua dah.Memilih pemimpin bukan dari segi warna kulit,bangsa apa tapi harus dinilai dari segi gerak kerja dan Manifesto yang dibawa untuk memperkasakan AMK.



Berikut adalah luahan hati dari rakan Che'gubard sebagai renuangan anda semua :



Kepada semua Anggota Angkatan Muda KeADILan seluruh Malaysia.. Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan saya merayu kepada teman-teman yang belum membuang undi Marilah kita semua bersama-sama mengangkat dengan mengundi Tokoh Pejuang Rakyat & Reformasi : Saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebagai Ketua Baru Angkatan Muda KeADILan Malaysia. Kesetiaan CB untuk Parti yang kita sayangi telah teruji dengan track rekod 40 kali keluar masuk penjara (Layak masuk Malaysia Book of Records), walaupun dipukul, di sepak terajang, menerima pelbagai ugutan, fitnah dan keluarganya di ancam (Molotov Cocktail di lemparkan ke rumah CB) Chegubard tidak pernah melatah tetap meneruskan perjuangan rakyat, selagi hayat dikandung badan, perjuangan ini diteruskan dengan melaksanakan semua apa yang dikatanya.. Sejak kali pertama mengenali beliau, saya tertarik dengan pendekatan kreatifnya menyerang Pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dibawah pergerakan panji-panji NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sebagai Contoh : Hadiah Anak Muda untuk PM berupa Bantal Tidur & Bantal Peluk (Corak Bendera Malaysia & KLCC) untuk Pak Lah yang kuat tidur, Bukti !! Ada dalam Video, Angkatan Muda : Paklah Tidurlah (Sumber malaysiakini.tv)http://www.facebook.com/video/video.php?v=1273964722556, Chegubard bersama saudara Tian Chua menjayakan Demo & Protes Kenaikan Harga Petrol Menyebabkan Inflasi Berlarutan Bukti Videohttp://www.facebook.com/video/video.php?v=1639298415670&saved#!/video/video.php?v=1639298415670(Sumber Mediarakyat.net) CB juga turut membahayakan keselamatan dirinya bagi menyampaikan masej kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai Pembunuhan Wanita Mongolia melalui Penyerahan Kek Ulang tahun Kematian mendiang Altantuya Sharibu untuk Najis Tun Razak..Bukti Video (Sumber TVANTARA)http://www.facebook.com/video/video.php?v=1274047684630, Idea kreatif Pengedaran topeng (Siapa bunuh) mendiang Altantuya semasa PRK Bukit Selambau, Bukit Gantan dan Batang Ai, dan pelbagai pendekatan-pendekatan kreatif yang lain. Ramai anak muda dan mahasiswa tertarik dengan pendekatan kreatif CB menyerang UMNO Barisan Nasional.. Ini terbukti dalam demo, antaranya "DEMO PPSMI" bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Antara tokoh yang hadir menjayakanya adalah Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said. Chegubard mengetuai Mahasiswa.. Bukti!! video Language march: Tear gas fired (Sumber malaysiakini.tv) :http://www.youtube.com/watch?v=e6ITstMtvhY (Sila tonton di akhir video, Chegubard berkumpul & mengucapkan ribuan terima kasih dan mengambil berat keselamatan mahasiswa yang hadir menyertai demo ), Merancang & melaksanakan Demo yang paling ramai dalam sejarah negara iaitu Demo BERSIH (Pilihanraya) bersama-sama dengan Abang Mat Sabu, CB berjaya membantu menjayakan demo tersebut walaupun ketika itu CB masih dalam pengajiannya di negara Korea, dan terakhirnya chegubard bersama-sama abang besar Ketua AMK Malaysia saudara Shamsul Iskandar Md Akin menjayakan Demo Anti Israel & Zionis baru-baru ini...Bukti Videohttp://www.youtube.com/watch?v=LUcH8QPf4JI Diatas rasa tanggungjawab dan sayangkan pergerakan anak muda dalam parti (AMK) Chegubard menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, ramai rakan-rakan dalam AMK gembira dengan keputusan ini, memberikan sokongan, dorongan dan membantu chegubard dalam sumber kewangan.. Selepas meletakkan jawatan sebagai Guru untuk melawan KJ di Rembauhttp://www.youtube.com/watch?v=TlVO07LTrJk (Video Chegubard mohon restu Tuan Guru.. Bukan restu dari DSAI, Azmin untuk melawan KJ kat Parlimen Rembau) Selepas kalah dalam pilihanraya Umum yang lalu Chegubard yang aku kenali sangat tak berduit...Buktinya kereta Naza yang dipakainya untuk bergerak sudah 3 bulan tak bayar.. Beliau bergerak & meneruskan perjuanganya dengan dana hasil sumbangan orang ramai dan melalui penulisan bukunya.. aku berasa amat bersalah kat CB apabila tidak dapat membantu menyiapkan rekabentuk cover buku "Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya" mengikut masa dateline yg sepatutnya kerana agak sibuk ngan Komitmen kerja kat Unit Penerangan (Urusetia Penerangan) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Bondaku tercinta terlantar di Wad Hospital & Kembali ke ramatullah selepas menjalani Pembedahan.. Aku amat terkejut dan terharu kat CB walaupun aku hantar lambat design cover buku tuh beliau masih lagik menggunakanya dalam satu ruangan dalam buku tersebut http://www.facebook.com/photo.php?pid=980089&l=71a815e13c&id=1033050627 , Chegubard amat menghargai hasil kerja teman-teman mad kata Zul Berahim kepada ku. Marilah kita membantu chegubard dengan membeli Buku tersebut yang sarat dengan maklumat tentang Misteri Pembunuhan tersebut, untuk tempahan buku tersebut sila masuk links ini >>http://chegubard.blogspot.com/2010/02/arahan-kepada-yang-ingin-memiliki-buku.html . Selepas 2-3 bulan berlalu.. aku mendapat calling dari Chegubard untuk menempah rekabentuk buku yang seterus darinya Buku"Fitnah 2" akan berada di pasaran tidak lama lagi.. Aku berjaya menyiapkan sebelum design cover tersebut sebelum dateline.. Kali ini aku menerima bayaran RM200 untuk design sebut, aku terkejut gak CB salah bank in ke?? selalunya aku charge RM50-RM100 untuk satu design.. aku cuba call untuk tanya CB tapi panggilan tak terjawab pasal CB dalam meeting (PRK Hulu Selangor) then aku call sahabat karib CB (Zul Berahim).. aku terharu mendengar jawapan dari Zul "Mad.. chegubard menghargai sumbangan kawan-kawan, lepas tuh CB dapat maklumat hang pun takdak duit.. hang bergerak pun ngan hasil kerja design hang buat" Begitu Istimewanya insan yang bernama Badrul Hisham Shahrin bagi diri ku. Aku rasa amat malu dan segan bila Zul Berahim pown turut membantu aku dengan memberi sumbangan yang termampu untuk aku bergerak bergerak dengan 3 anak-anak buah aku yang paling berani & berhati kering (Skuad Kamikaze AMK Pendang) yang bersama aku sepanjang kempen PRK Hulu Selangor. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kat Ketua Cabang aku (Bro Rasdan Ismal), Abang G (Timbalan Ketua Cabang), Abang Besar Saiful Izham Ramli, Cikgu Man dan kekanda Razaini Md Isa yang banyak membantu aku meneruskan perjuangan suci murni ini untuk Rakyat. Walaupun di fitnah menerima individu tertentu dalam pemilihan kali ini CB masih cool, steady dan tidak cepat melatah.. (Dalam Hati aku geram sangat-sangat ngan penabur fitnah nie) Pemimpin yang Low Profile dalam Jawatan MPP ini juga sangat sederhana, aku jugak pernah melihat chegubard memakai kasut jenama Bata, Pakai jam beli kat Pasar Malam, guna Handset rosak ikat ngan getah, Blackberry made in China... selepas melihat kesederhanaan CB, aku tersentak dan terpanggil untuk membantu tokoh rakyat seperti CB dalam perjuangannya dalam parti. Aku cuma sumbangkan serba sedikit kemahiran yang tak seberapa yang aku ada dalam bidang Media Grafik. Aku & Chegubard banyak membuat kerja disebalik takbir (Underground) dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, PRK Penanti & PRK Hulu Selangor... time Pilihanraya kecil mesti CB & pengikut setianya datang kidnap aku kat rumah Kedah.. Bising gak la Abang Besar Saiful Ramli (Ketua AMK Kedah) & Cikgu Man pasai banyak tugas aku kat Rumah Kedah hihihihihi... sampai aku kena cop orang chegubard oleh semua pimpinan negeri.. Ayuh saudaraku keluarga besar Angkatan Muda Keadilan Malaysia.. untuk undian minggu terakhir ini.. marilah Kita beramai-ramai mengundi & nobatkan Chegubard sebagai Ketua AMK Malaysia yang baru.. Insyallah banyak Agenda, visi, & Misi yang terbaik untuk dalam Manifesto Pasukan "Penerus Perjuangan Reformasi" yang diketuai oleh Chegubard untuk memantapkan AMK untuk Parti Keadilan secara tidak langsung... Ingat kita tulang belakang perjuangan parti, Parti kita Parti Masa depan Anak Mluda Negara.
DASAR PERJUANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA : "Menjadi barisan hadapan parti dalam memperjuangkan Tujuan dan Matlamat Perjuangan Parti seperti diperuntukan dalam Fasal 5 Perlembagaan Parti" Aku pun ada gak sumbang 2-3 Idea baru kat Chegubard untuk menjaga kebajikan Anggota AMK seluruh Malaysia, memperkasakan AMK Cabang, (Tak tau la chegubard nak pakai idea aku ka dak?? hihihhihi) Insyallah.. aku percaya & yakin wajah baru AMK Malaysia selepas ini akan dapat menarik penyertaan anak-anak muda Malaysia menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Menjadi Role Model untuk Anak Muda.. Janji pertama Chegubard jika di beri Mandat : "Pertama sekali, selepas kemenangan, saya akui selepas pemilihan ini ada banyak calar-balar dan sebagainya. Sudah tentu agenda perpaduan AMK akan jadi tumpuan saya selepas ini. Seperti mana kenyataan media saya awal ketika mahu bertanding, ( http://www.youtube.com/watch?v=0tGDe28ZZHA ) saya mahu memastikan biduk lalu kiambang bertaut. Kita akan gabung, kita akan garap semua tenaga untuk menguatkan AMK" Kalau rasa diri elit sila undi Sam ngan gaya elit.. Jika rasa diri itu Pejuang, Reformis sejati bagaikan pahlawan sila undi Tokoh Perjuangan Rakyat Chegubard Badrul Hisham Shaharin "PERJUANGAN PERLAKSANAAN KATA-KATA" Jom Sokong & Undi Chegubard calon Ketua AMK Malaysia !!!

http://amkpendang.blogspot.com/2010/11/chegubard-yang-aku-kenali.html



Akhir sekali SJ Merayu dan Mohon Sokongan kepada semua Anak Muda Malaysia yang masih belum mengundi untuk memberikan sokongan penuh kepada Team Che'gubard iaitu Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi..!!

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!

JPP oh JPP..Bah 3 :UNDI POS oleh Petugas JPP Hari ini...??dah macam SPR..!!



Salam perjuangan dan Salam REFORMASI...SJ dapat maklumat hari ini diadakan undi POS oleh petugas-petugas JPP..perkara ini tidak dimaklumkan secara rasmi,dan wajarkah UNDI ini diadakan??,JPP oh JPP...semakin teruk khabar didengar,jika TELUS kenapa tidak diberitakan secara RASMI...?jika secara rasmi dimaklumkan setiap calon boleh menghantar PACA..tetapi kenapa Undian ini tidak dimaklumkan secara rasmi??dan jika diikutkan tidak wajar UNDI POS dibuat..oh kita marah bila SPR buat undi POS tapi JPP boleh pula,nanti rakyat akan lihat cakap tidak serupa bikin..




Kita persoalkan KETELUSAN,apa lagi yang kota nak harap macam ini,sehingga ini sebarang tindakan masih belum dibuat,JPP tambah lagi pula buat UNDI POS apa lah macam ni teruk sangat dah nampaknya,UNDI POS tidak wajar diadakan,apa alasan diadakan UNDI POS??apa ada askar ker polis ker yang mengundi ker??kalau petugas JPP kan boleh mengundi di Cabang masing-masing,alah mengundi bukan dekat 5 jam pun paling lama pun 10 minit,tak kan tak boleh lari kejap untuk mengundi.Kalau rasa-rasa alasan tu boleh buat kita berjaya maka simpanlah alasan tu banyak-banyak,tapi kalau alasan itu buat kita semakin gagal dan semakin tidak berjaya,maka buanglah alasan itu jauh-jauh ke laut.



Persoalan KETELUSAN masih menjadi tanda tanya belum isu Cabang Kuala Nerus selesai,dah tambah pula ada UNDI POS..ini apa ni pemilihan dah macam kartun jadi,ini tak termasuk lagi KES LIBARAN,KOTA MARUDU dan BATU SAPI.Betolkah JPP itu pekak dan bisu macam SPR??Ke manakah KETELUSAN yang dicanang-canangkan,kita mendidik rakyat ke arah KETELUSAN tapi jika kita sendiri tidak telus macam mana???



UNDI POS TIDAK WAJAR DAN UNDIAN UNDI POS HARUS DIBATALKAN!!!!!

JPP oh JPP Bah 2.......lagi kekecewaan terhadap JPP!!




Salam perjuangan dan Salam Reformasi,SJ sepanjang hari melihat pandangan-pandangan lain adakah seperti SJ,ternyata ramai yang berpandangan seperti SJ.Ceritanya JPP..sana cerita JPP sini cerita JPP..yang terbaru perletakan jawatan Peringkat Cabang dari Kuala Nerus..Ya Allah apa dah jadi ni,JPP lihat ini terjadi pun sebab JPP..ke manakah PKR selepas ini,Pemilihan 2010 ini betol2 memberikan banyak kesan POSITIF dan NEGATIF,tapi jika tidak ditangani sebaiknya maka kesan NEGATIF lebih ternampak dari kesan POSITIF.











Kenapa mereka bersuara,kenapa mereka berani menyatakan pendirian ini semua jangan kita lupa Dato' Seri Anwar Ketua Umum PKR ajar kepada kita supaya "Kalau Takut Dengan Risiko,Usah Bicara Soal Perjuangan" maka mereka-mereka ini yang tidak gilakan jawatan,yang sanggup menyatakan kebenaran telah melakukannya atas dasar prinsip.Prinsip KEADILAN dan KETELUSAN yang diajar kepada mereka,mereka lihat tidak dilaksanakan maka mereka dengan berani mengeluarkan pandangan dan akhirnya bila kesabaran itu sudah habis maka mereka umum mereka letak jawatan,adakah kita nak panggil mereka ini pengkhianat??dulu masa tercetusnya Reformasi tahun 1998,ada yang kehilangan suami,ada juga kehilangan isteri,ada juga yang hilang anak ada yang bercerai berai,ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang di ISA kan..sanggupkah kita panggil mereka itu PENGKHIANAT???

Mereka-mereka itu telah diajar erti berprinsip dalam perjuangan,mereka diajar jangan takut dengan sebarang risiko,dan mereka kini BERANI menyatakan kebenaran.SJ lihat sesuatu perlu dilakukan dengan segera pada JPP,rombak,ubah,mansuh atau apa sahaja yang penting KETELUSAN itu ada..JPP oh JPP.....ketelusan ...ketelusan itu prinsip perjuangan.Ubah segera sebelum parah UBAH DEMI MARUAH!!

Cadangan kepada JPP segera siasat segera laporan-laporan yang telah diterima kalau perlu lantik suruhanjaya khas demi membuktikan segala laporan,diharap jangan dibakulsampahkan laporan tersebut!!adili dengan prinsip bukan dengan tangan ghaib..Hentikan segala apa yang berlaku dengan segera sebelum lebih parah!!!

DESAK...DESAK..PERUBAHAN ITU HARUS SANGAT2 DIDESAK!!!!!

JPP oh JPP.......Ketelusan??Keadilan di mana....



Salam Reformasi,Salam perjuangan..Perubahan itu harus terus didesak bukan ditunggu...Pemilihan 2010 semakin hampir melabuhkan tirai nya..dan selama Pemilihan ini banyak yang terjadi,kenapa mesti nak salahkan individu-individu tertentu,Media arus perdana seeprti TV3 terus mengambil kesempatan..siapa yang patut dipersalahkan..adakah apa yang berlaku di LIBARAN dan beberapa tempat di Sabah itu salah individu??siapa yang menjalankan Pemilihan??bukankah JPP...Ketelusan yang diharapkan dari JPP nampaknya tidak dapat dirasai..jika ditanya ahli ramai yang akan menyalahkan JPP..betul memang Pemilihan seperti ini adalah baru,tapi jangan disebabkan alasan baru itu banyak berlaku penyelewengan...sungguh kelakar dengar 'Kejar mengejar' yang berlaku di sabah,kita seringkali menghentam dan mengutuk SPR,tapi adakah JPP itu bagus???


Jika kita seringkali menyebut ketelusan dan sentiasa menghentam SPR menjadi kuda tunggangan BN bagaimana pula JPP??takkan JPP pun suka digelar kuda tunggangan??Jangan bermain dengan api wahai JPP kelak api itu akan membakra diri.Pada 20-21hb ini adalah tarikh pengundian terakhir bakal berlaku,diharapkan tiada sebarang penyelewengan berlaku.Berikanlah 100% ketelusan pada baki pengundian yang akan berlaku.Janganlah menjadi kuda tunggangan orang-orang tertentu,ingat Parti Keadilan lahir dari air mata dan keringat rakyat,jangan suka hati buat parti ni macam mak bapak sendiri punya!!

Kepada anak muda di Selangor,baki pemilihan tinggal beberapa hari sahaja lagi,SJ merayu dan mohon sokongan supaya undi itu diberika kepada Team AMPPR yang diterajui oleh Che'gubard sebagai Ketua dan Chang Lih Kang sebagai Timbalan Ketua.Jika ada mana-mana anak muda di selangor sukarela nak jadi PACA sila hubungi Yaser Al-Masri : 012 6794704.Kita pastikan ketelusan itu berlaku dan jika ada penyelewengan kita sama-sama ambil tindakan.Jangan biarkan ruang penyelewengan itu boleh berlaku,kalah biasa dalam pertandingan tapi kalah biar bermaruah,kalah biar sebab prinsip,bukan kalah sebab ditipu oleh bangsat-bangsat yang merogol DEMOKRASI!!

JPP pastikan KETELUSAN DAN KEADILAN BERLAKU,JANGAN SAMPAI ANAK MUDA MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS!!

Che'guBard Melawan DIKTATOR!!!

Salam Perjuangan dan Salam REFORMASI...nampaknya gelombang sokongan terhadap Che'gubard semakin kuat..SJ amat berharap sokongan itu akan terus mekar dan akhirnya kemenangan itu bersamanya.SJ mendapat satu email dari seseorang yang menyatakan sokongan terhadap Che'guBard,dia ni bukan ahli parti dan tidak pernah menyertai mana-mana parti politik,tapi dia seorang anak muda yang hanya tau berjuang demi rakyat.Anak Muda ini sudah lama memerhatikan gerak kerja Che'gubard yang tak pernah kenal erti penat.

Ini adalah cetusan hati anak muda tersebut supaya kita jadikan bekal perjuangan kita....Terima Kasih kepada sampahseni..


"Kesadaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi.
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan
adalah pelaksanaan kata-kata."

- Petikan pidato kebudayaan Rendra di TIM, 10 November 1997.



Aku bukanlah ahli mana-mana parti politik. Orang seperti aku bak kata temanku dulu Arwah Syukri adalah free individual yang 'liar' tak boleh terikat dikawal dengan disiplin mana-mana organisasi. Mungkin benar, pernyataan arwah, yang sepanjang hayat mudanya berbakti untuk gerakan pro demokrasi, khususnya sebagai aktivis Food Not Bomb, penulis blog dan wartawan di akhbar Suara Keadilan. Namun tulisan ini bukanlah untuk bernostalgia tentang kenangan arwah Syukri (Al-Fatihah buatnya).

Makanya aku tidak memilih untuk bergerak bersama parti politik. Namun itu tidaklah bermakna aku tidak punya sikap dan kesedaran politik. Sementara memiliki sikap dan kesedaran politik bukanlah pula bermakna hidupku sepenuhnya aku habiskan untuk kegiatan berpolitik. Aku ada banyak lagi kegiatan-kegiatan lain dalam hidup yang dalam keadaan-keadaan tertentu, mungkin lebih baik aku utamakan daripada kerja-kerja politik. Apatah lagi dalam perkembangan semasa pra dan pasca Mac 2008 dengan kemunculan ramai sekali para penggiat politik masyarakat madani (civil society), Pakatan dan NGO, hak asasi manusia, peguam, media, seni budaya dan anak muda, yang komited terhadap perjuangan gerakan reformasi politik, ekonomi, sosial dan budaya di Malaysia. Maksudnya sebahagian besar masyarakat telah mencapai tahap kesedaran politik yang matang dan progresif.

Sekarang sedang berlangsung pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat. Pemilihan langsung kepimpinan parti ini mengukir sejarah kerana ianya julung-julung sekali dilakukan dalam sejarah politik tanah air. PKR berjaya menjadi JUARA. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mengkritik membina akan menjayakan lagi PKR. Sebaliknya mereka yang mencerca hina, (akan termasuk dalam golongan orang macam aku, cuma aku di lantai yang lain), akan menjadi GAGAL dan SAMPAH!

Maksudnya PKR telah mencuba sedaya upaya untuk membudayakan pendemokrasian suara akar umbi. PKR tidak menunggu sistem politik negara berubah untuk melakukan agenda reformasinya. Gerakan Reformasi semenjak September 1998, telah melaksanakan reformasi demokrasi dalam keadaan sistem negara yang rasuah, korup, tidak adil dan tidak demokratik. Ianya amat berani dan cukup menduga kesabaran iman perjuangan.

Perlu diingat, meskipun pihak yang memerintah telah banyak kali berubah sejak negara Merdeka, sebelum dan selepas pembentukan Malaysia. Maksudnya sekarang ini pemerintahnya merupakan pasukan Bik Mama dan bukan lagi tingkat 4 anak menantu Dolah atau Tun Melayu Tipu yang menipu orang Melayu, namun keadaan negara masih lagi jauh dari demokrasi. Pihak yang memerintah dan orang paling atasnya telah bertukar tetapi partinya masih lagi sama. Kerana lebih 50 tahun, parti politik pemerintahnya Be End (Perikatan, di tengah jalan terputus, tapi belum habis, bersambung menjadi Be End, ke akhir penamat jalannya Be End). Tapi selagi hanya satu parti yang memerintah dengan angkuh masih mengrikrarkan kesombongan berbunyi dulu, kini dan selamanya, selagi itulah rakyat belum mendapat hak-haknya dan selagi itu belum wujud lagi demokrasi sepenuhnya di Malaysia, sebuah negara dalam angin peralihan.

Sebenarnya tujuan aku menulis catatan ini hanyalah untuk menyatakan sokonganku, jikalau dapat membantu kepada Cikgu Badrul Hisham Shaha­rin yang bertanding jawatan ketua pemuda PKR. Aku hanya orang luar parti yang menyibuk-nyibuk urusan dalaman parti reformasi itu. Aku melihat Cikgu Badrul merupakan pemuda yang paling sesuai - setakat ini, dan jika dibandingkan dengan pencabarnya - untuk memimpin Angkatan Muda PKR.

Keberaniannya teruji. Peribadinya boleh lar dipuji. Ilmu, pengetahuan dan pengalamannya juga luas, dari Rembau hinggalah ke kota Gwangju, Korea Selatan. Aku bukanlah sahabat karibnya, bukan juga orang yang rapat dengannya, tetapi aku menyokongnya, sejak aku melihat bekas guru sekolah yang dipecat kerana kegiatan politiknya itu memimpin siri perhimpunan laporan polis berkenaan rasuah Umno lagi. Kemudiannya melalui Sekretariat Anak Muda Mahasiswa Malaysia, yang merupakan inisiatif Cikgu Badrul, kami sekumpulan seniman dan para aktivis politik, pada awal tahun 2008 bersama-sama menghantar bantal ke pejabat PM Pak Lah sebagai bantahan sifatnya yang sering mengantuk itu. (klik http://www.nytimes.com/)

Ini juga pertama kali aku mendengar idea PKR akan mengadakan pemilihan langsung akar umbi untuk jawatan dalam parti. "Pemilihan langsung ini amat penting untuk perjuangan demokrasi, inilah reformasi yang kita mahukan," ya dari mulut Cikgu Badrul ke kuping telingaku, sudah lama ia tersemat dalam ingatanku. Kini aku menulisnya kembali, waktu kata-kata itu sedang dilaksanakan PKR sekarang.

Garis politiknya pula cukup aku hormati; dia mengangkat hak-hak kuasa rakyat seperti tindakan menulis surat bantahan, menghantar memorandum, berpiket, demonstrasi dan mogok, seiringan dengan kuasa politik parlimen. Cikgu Badrul membawa gagasan baru demokrasi penyertaan awam. Bahawasanya rakyat jelata berhak melaksanakan kuasanya bukan hanya sekali dalam sepenggal pilihanraya umum, yang tarikhnya tidak diketahui awam. Cikgu Badrul mendidik aku, dan aku percaya ramai orang lain juga bahawa kuasa rakyat dapat ditunjukkan dengan membuat bantahan, berpiket, berdemonstrasi dan mogok, disamping pilihanraya.

Ternyata pada hari ini, ramai juga orang yang belum lagi mengerti makna kuasa rakyat, apabila mentakrifkan demokrasi hanya terhad sebatas kuasa undi semata. Mungkin akibat zaman Pak Lah yang suka tidur, kini ramai juga yang tertidur dibuai mimpi demokrasi. Bangun, sedarlah bangunan 100 tingkat hendak dibangunkannya, harta tanah air negara tergadai begitu saja. Dr. Mahathir baru memberikan amarannya, tentang tiada salahnya menjadi diktator dan kediktatorannya yang zalim, dengan mengambil contoh kejayaan ekonomi China. Lupakah kita pada Salvador Allende, digulingkan kudeta tentera Jenderal Agusto Pinochet dan CIA, di Chille, pada 11 September 1973? Allende, presiden yang dipilih secara demokratik dengan undi rakyatnya, digulingkan dengan kekuatan tentera bersenjata. Yang lainnya cuma sejarah berdarah puluhan tahun pemerintahan kuku besi rejim diktator Pinochet. Atau lupakah kita pada pemenjaraan tanpa bicara, pembunuhan, rasuah dan kemusnahan akibat pemerintahan jenis kediktatoran itu? Kewujudan kita sebagai manusia bukanlah untuk diukur pada pertumbuhan ekonomi semata-mata, sehinggakan segala tindak kediktatoran yang kejam itu boleh kita padamkan semudahnya dan menjadi mulia hanya kerana ia mendatangkan kekayaan kepada segelintir kecil pendokong diktator itu sahaja.

Mengambil kira keadaan politik dalaman parti PKR dan arah haluan politik negara pasca pilihanraya umum mendatang, ditambah dengan kemungkinan 99.9% pemenjaraan Anwar Ibrahim akibat kes sodomi 2, maka amat perlu Angkatan Muda PKR untuk dipimpin oleh seorang yang punya wibawa sekeras, sekemas dan setegas Cikgu Badrul. Sementara pencabarnya, Syamsul Iskandar seharusnya telah pergi ke peringkat Naib Presiden, yang lebih bersesuaian dengan imej dirinya. Apakan daya, Syamsul ber'patah balik'.

Manakala Cikgu Badrul pula membawa romantisisme Che Guevara, dengan singkatannya Chegu Bard. Ini sekaligus merapatkan dirinya dengan anak-anak muda yang juga sukakan Che Guevara. Cikgu Badrul semakin dekat dan akan tambah akrab bersama anak muda, sesuai kedudukan politiknya nanti, jika dia dapat menang jawatan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Keadaan dalam Pakatan, terutamanya PKR dalam jangka waktu kemenangan Pakatan Rakyat menjelang, semasa dan selepas Pilihanraya Umum Mac 2008, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada Ogos 2008 telah menyaksikan secara tiba-tiba berbondong-bondong kemasukan ahli-ahli baru yang 'mendakwa' membawa kemenangan kepada parti itu. Mereka ini, termasuklah ramai 'rakan-rakan' Anwar yang telah meninggalkan perjuangannya bersama Anwar, sewaktu Anwar ke penjara dulu. Dalam jangka waktu setelah Mac 08 dan Ogos 08 itu, mereka ini kembali masuk menyerap ke dalam parti kerana tertarik dengan projek 16 September yang belum lagi menjadi kenyataan itu. PKR pula dengan senang dan baik hati mengalu-alukan golongan "kacang lupakan kulit" ini, malah ramai pula yang diberi kedudukan dan jawatan penting dalam parti. Terima kasih Anwar Ibrahim untuk itu. Pada perkiraan orang-orang ini tentulah gedung harta kekayaan di Putrajaya telah nampak seperti di depan mata. Namun perhitungan kira-kira politik golongan opurtunis 'gunting dalam lipatan' ini tersasar. Pak Lah letak jawatan berundur dan Najib naik berkuasa serta 16 September semakin jauh dari sasaran.

PKR dikatakan sedang berdepan dengan satu krisis kepimpinan pada pemilihan kali ini, begitulah yang cuba dipropagandakan. Biarpun krisis ini bukanlah konflik benar yang besar, tetapi media mega milik parti pemerintah akan cuba membentuk pandangan kununnya PKR sedang berkrisis. Para opurtunis penangguk di air keruh ini, akan keluar meninggalkan parti. Meskipun begitu, mereka ini hanyalah golongan kecil dalam parti, dengan bantuan media mega milik pemerintah, persepsi pendapat dan pandangan umum dapat dibentuk. Gelombang rekaan keluar parti dan menghentam PKR (Pakatan) ini akan lebih banyak lagi, semasa pilihanraya umum mendatang, agaknya.

Tetapi ujian paling besar sekali akan datang setelah pilihanraya umum ataupun setelah Anwar Ibrahim ke penjara. Pada waktu itu akan tumbuh subur banyak "enau di dalam belukar - PKR dan Pakatan - melepaskan pucuk masing-masing." Suka atau tidak, mahu atau tidak mahu, apapun yang terjadi kita mesti mengharunginya.

Kita telah maju kehadapan melaluinya sepanjang 12 tahun yang berlalu ini, kita tidak akan mampu untuk berpatah balik. Kita perlu jalan terus. Ya selagi ada 'kita' dan aku itu adalah kita-kita semua ini juga. Tak ada yang kekal selamanya. Siapapun Dr. Mahathir, Lee Kuan Yew, Pinochet, Mugabe, Suharto, Hun Sen, Marcos, Nero, Firaun. Mati itu pasti, ramai yang berbahagia atau menderita sambil melalui takdirnya. Perubahan itu adalah hukum keabadian - tetap dan kekal. Makanya, anak muda sepertiku memerlukan kepimpinan orang sesabar, sesedar dan seberani Cikgu Badrul untuk mengibarkan panji-panji perjuangan yang telah dilaungkan bersama bertahun-tahun lamanya. Tanpa ragu Cikgu Badrul telah, sedang dan diharapkan akan berterusan melaksanakan makna dari kata keramat R-E-F-O-R-M-A-S-I !!!

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List