Salam Reformasi,Salam perjuangan..Perubahan itu harus terus didesak bukan ditunggu...Pemilihan 2010 semakin hampir melabuhkan tirai nya..dan selama Pemilihan ini banyak yang terjadi,kenapa mesti nak salahkan individu-individu tertentu,Media arus perdana seeprti TV3 terus mengambil kesempatan..siapa yang patut dipersalahkan..adakah apa yang berlaku di LIBARAN dan beberapa tempat di Sabah itu salah individu??siapa yang menjalankan Pemilihan??bukankah JPP...Ketelusan yang diharapkan dari JPP nampaknya tidak dapat dirasai..jika ditanya ahli ramai yang akan menyalahkan JPP..betul memang Pemilihan seperti ini adalah baru,tapi jangan disebabkan alasan baru itu banyak berlaku penyelewengan...sungguh kelakar dengar 'Kejar mengejar' yang berlaku di sabah,kita seringkali menghentam dan mengutuk SPR,tapi adakah JPP itu bagus???
Jika kita seringkali menyebut ketelusan dan sentiasa menghentam SPR menjadi kuda tunggangan BN bagaimana pula JPP??takkan JPP pun suka digelar kuda tunggangan??Jangan bermain dengan api wahai JPP kelak api itu akan membakra diri.Pada 20-21hb ini adalah tarikh pengundian terakhir bakal berlaku,diharapkan tiada sebarang penyelewengan berlaku.Berikanlah 100% ketelusan pada baki pengundian yang akan berlaku.Janganlah menjadi kuda tunggangan orang-orang tertentu,ingat Parti Keadilan lahir dari air mata dan keringat rakyat,jangan suka hati buat parti ni macam mak bapak sendiri punya!!
Kepada anak muda di Selangor,baki pemilihan tinggal beberapa hari sahaja lagi,SJ merayu dan mohon sokongan supaya undi itu diberika kepada Team AMPPR yang diterajui oleh Che'gubard sebagai Ketua dan Chang Lih Kang sebagai Timbalan Ketua.Jika ada mana-mana anak muda di selangor sukarela nak jadi PACA sila hubungi Yaser Al-Masri : 012 6794704.Kita pastikan ketelusan itu berlaku dan jika ada penyelewengan kita sama-sama ambil tindakan.Jangan biarkan ruang penyelewengan itu boleh berlaku,kalah biasa dalam pertandingan tapi kalah biar bermaruah,kalah biar sebab prinsip,bukan kalah sebab ditipu oleh bangsat-bangsat yang merogol DEMOKRASI!!
JPP pastikan KETELUSAN DAN KEADILAN BERLAKU,JANGAN SAMPAI ANAK MUDA MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
1 comments:
hentikan pemilihan ini dan adakan pemilihan semula dgn melantik PAS sebagai badan yg dipertanggungjawabkan utk menguruskan jawatankuasa pemilihan.. ini juga membuktikan kpd rakyat bahawa perpaduan dlm PR bertambah utuh dan keputusan pemilihan akan menenangkan pihak2 yg bertanding tidak kira samada pihak itu kalah atau menang..
kita bukan OBSES dgn DSAI, kita bukan OBSES dgn Zaid, kita bukan OBSES dgn Azmin dan kita juga bulan OBSES dgn Mus tapi kita OBSES dgn tujuan asal atau matlamat asal penubuhan PKR iaitu utk menegakkan sistem pemerintahan yg adil tanpa mengira bangsa, agama, status dan juga kedudukan.. selamatka PKR sebelum ia bertambah parah dan menjadi seperti UMno yg langsung tidak boleh ditegur oleh golongan masyarakat bawahan..
tanpa rakyat yg mendokong perjuangan ini, tidak mungkin PKR dapat bertahan sehingga ke hari ini..
Post a Comment