salam reformasi dan salam perjuangan,hari ini akan berakhir pemilihan2010 untuk Parti Keadilan,banyak yang berlaku sepanjang pemilihan 2010 ini tetapi dari sudut positif kita telah menang dalam meraikan demokrasi yang mana UMNO Bn parti dah tua nak mampus pun tidak berani melakukan perubahan yang kita telah lakukan.SJ nampak kesan positif walaupun negatif juga banyak,tetapi sebagai ahli parti SJ menyokong penuh tindakan memberi 1 ahli 1 undi,cuma agak kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang pemilihan 2010.Kita yang sentiasa memperjuangkan KETELUSAN dan KEADILAN tetapi masih ada corong-corong kecil yang menerobos dengan penyelewengan.Tindakan tegas dan berani harus diambil oleh JPP untuk mencantikkan keadaan dan akhirnya semua berpuas hati.
SJ tidak menyalahkan sepenuhnya kepada semua JPP,kerana ada juga yang bekerja dengan ikhlas dan sepenuh ketelusan diberikan,tetapi SJ amat berharap walaupun pemilihan 2010 akan berakhir pada hari ini berikan KEADILAN kepada sesiapa sahaja yang telah membuat laporan kepada JPP mengenai sebarang penyelewengan dalam Pemilihan 2010 harus didengar dan disiasat,jangan pula kerana pemilihan telah selesai maka kes tutup.Jangan buat apa yang UMNO buat,pastikan prinsip KETELUSAN yang kita laun-laungkan kita praktikkan dengan betul,jangan sekadar retorik semata-mata.Perjuangan adalah berlandaskan pada perlaksanaan kata-kata.Bila bercakap maka kita buat,jangan biarkan percakapan kita hanya ibarat melepaskan batuk di tangga.
Rakyat sentiasa menilai apa yang kita buat,rakyat sentiasa ambil peduli apa yang berlaku terhadap parti pembangkang dikala kita pula telah menawan beberapa negeri.UMNO buat apa-apa pun orang tak peduli tapi bila sebut PKR atau Pakatan Rakyat maka isu itu akan dibesarkan sehebat mungkin,maka akan dicanang di tv3 suku dan berita hairan.Jadi untuk mengelakkan perasaan kecewa rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat maka kita harus laksanakan apa yang kita cakap.
Sekian dari SJ dari Pusat Pengundian Cabang pasir Gudang Johor.
Berharap ada keajaiban akan berlaku pada hari ini...!!
Anak Muda Mendesak Perubahan!!!!
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA
INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN
-
Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi
di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan
berse...
7 months ago
0 comments:
Post a Comment