Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara 21 Disember 2010



Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara

21 Disember 2010

che'GuBard Harus  Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip. Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.

Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tenggara

Pendirian dan Prinsip Jelas - Che'gubard


Salam perjuangan dan salam reformasi,kian hari kian banyak berita-berita palsu disebarkan,sejak PKR Pusat melantik Che'gubard sebagai Timbalan Setiausaha Agung.Sehingga artikel ini SJ tulis Che'gubard belum ada membuat sebarang kenyataan rasmi kepada mana-mana media dan pusat sendiri.Apa yang jelas Che'gubard hanya memberitahu dengan jelas dan nyata tetap memegang prinsip jelas akan terus menentang rejim dan kezaliman UMNO BN.

Kenyataan yang jelas dan nyata yang sering Che'gubard utarakan adalah mendesak untuk JPP Pusat mengotakan janji yang telah dibuat oleh Saifuddin Nasution,Beliau telah berjanji untuk menyelesaikan semua aduan salahlaku pemilihan dalam masa dua minggu selepas pemilihan 2010,tetapi cakap hanya tinggal cakap sehingga saat artike ini ditulis belum ada sebarang jawapan bertulis rasmi daripada Saifuddin selaku Setiausaha Agung bahkan dari JPP sendiri tiada sebarang jawapan."Kalau Lembu dipegang pada tali tapi manusia berpegang pada janji",tapi manakah janji-janji Saifuddin itu??

Jangan ingat dengan jawatan yang diberikan boleh menutup mulut,dan sepanjang Che'gubard berjuang tanpa jawatan pun boleh buat kerja,Che'gubard tidak pernah persoalkan soal menang atau kalah soal ada jawatan atau tidak,tetapi apa yang sering dan sehingg hari ini adalah soal KETELUSAN itu sendiri,takkan semua aduan nak simpan bawah karpet..ibarat kalau dah kene kanser takkan nak biar kanser tu terus jangkit.Kepada rakan-rakan yang mengenali Che'gubard,pernah kah anda melihat Che'gubard menyoalkan soal kalah dan menang??SJ yang sentiasa mengikuti Che'gubard tak pernah lihat dan tak pernah dengar,tapi yang selalu didengari adalah soal penyelewengan yang berlaku.

Sepertimana yang SJ pernah beritahu sebelum ini,seorang pejuang itu bukan hanya perlu berakal,berkarisma,pakai baju kot dengan kemeja lengan panjanh tetapi juga prinsip,bilamana tiada prinsip maka berjuanglah beribu tahun pun menongkah ranjau perjuangan tapi bilamana tiada prinsip maka pejuang itu tidak bermaruah,SJ percaya che'gubard masih tetap memegang prinsipnya,kalau Che'gubard nak jawatan atau kaya dah lama dah dia buat,walaupun arwah Ezam teman rapat Che'gubard tetapi Che'gubard tidak keluar parti malah sentiasa berada dihadapan mempertahankan parti.Sehingga hari ini che'gubard masih tetap dalam perjuangan dan tidak pernah terkeluar dari landasan itu.

Kepada rakan-rakan sekalian percaya dan yakinlah jika manusia itu berprinsip dia tidak akan sesekali mengkhianati rakan-rakan yang berada di sekelilingnya yang senantiasa memberikan semangat untuk terus berada di landasan yang benar,maka kita harus yakin pendirian Che'gubard jelas dia akan mendesak sehingga aduan-aduan yang telah dibuat diselesaikan,selagi tidak selagi itu akan terus LAWAN!!

Kepada media tunggu kenyataan rasmi Che'gubard dan jangan membuat sebarang spekulasi yang salah dalam menyampaikan maklumat,Sekian dari SJ kini perjalanan pulang dari Pulau Pinang...

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!

Warkah Buat Abah.......oleh Kalam Usang

Salam perjuangan kepada semua rakan2..malam ini SJ hanya ingin bercerita kisah yang dinukilkan  oleh sang Kalam Usang...

Abah.....di saat abah dihina,dikeji,dituduh dengan pelbagai tuduhan sedarkah abah anak tiri ini yang membela abah,abah walaupun abah tidak pernah memberikan apa2 pada anak tiri ini,anak tiri ini tidak kesah malah anak tiri ini masih membela abah sehingga sekarang.Abah walaupun anak abah sentiasa berada di samping abah tapi sedarkah abah anak-anak abah sengtiasa mengharapkan sesuatu pada abah,tapi tidak mengapalah sebab itu memang anak abah,mana mungkin abah tidak dengar cakap anak-anak abah.

Abah...biarpun abah tidak pernah hargai apa yang anak tiri buat selama ini,anak tiri tidak pernah kisah abah,tetapi anak tiri sentiasa ingat pesan abah sebelum abah dihumban ke jeriji Sg Buluh dulu,waktu itu abah berpesan kepada semua "Kalau Takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..dan anak tiri ini juga ingat abah pernah kata "lawan tetap lawan" dan abah juga seringkali pesan kepada semua "walaupun jasad terpenjara jiwa tetap merdeka" setiap pesanan abah itu anak tiri abah menjadikan azimat perjuangan,di saat abah di dalam sangkar Sg Buluh anak tiri ini sentiasa perjuangkan nasib abah sehingga anak tiri ini banyak kali dilempar di dalam trak black maria..tapi anak tiri tidak pernah kesal kerana anak tiri bukan berjuang semata-mata untuk abah,tetapi anak tiri ini nak lihat negara kita berubah sepenuhnya..

Abah....anak tiri abah ini ingin lihat negara ini berubah dengan sepenuhnya bukan ubah sahaja,tetapi buang segala kebobrokan yang ada dalam sistem berbau busuk itu.Anak tiri ini mahukan sesuatu yang lebih..walau apa yang berlaku anak tiri tetap berdiri pada prinsip yang abah ajar tika masa lalu...tetapi anak tiri kini lihat abah semakin jauh...jauh dari prinsip abah yang dahulu....lupakah abah,di saat abah dilontar ke dalam sangkar Sg Buluh rakyat-rakyat dibawah yang angkat abah,masa tu abah dijulang atas sebab apa,sebab abah seorang pemimpin yang cukup berprinsip..tapi akhir-akhir ini.....

Abah....anak tiri sedar anak tiri tetap anak tiri,tetapi ingatlah abah.apa pesanan abah yang lalu anak tiri tidak pernah lupa,tapi abah lihatlah anak-anak abah yang kian jauh dari mata susur jalan yang sebenar,mereka semakin jauh abah,tetapi adakah kerana mereka anak abah,abah tetap membenarkan apa yang anak abah buat?? Hari ini abah boleh lihat betapa ramai anak-anak abah yang tidak berpegang pada prinsip yang abah pernah ajar..Abah....mana perginya abah yang dahulu...?kenapa abah sudah jauh berubah?apakah abah rasa abah sudah terlalu hebat hingga abah tidak mendengar lagi cakap-cakap orang kebanyakan...kenapa abah mesti nak dengar cakap anak pak ali...bukankah abah pernah dimalukan oleh anak-anak pak cik ali..abah sudah lupa??walaupun seorang anak pak cik ali sentiasa bersama abah,tetapi anak pak cik ali tu tak ada prinsip abah,kenapa abah tidak pernah tegur?

Abah.....kini serangan kepada abah kian menjadi-jadi,negara temasik pun sudah menyerang abah,serangan di media baru lebih hebat,pelbagai jenis serangan mereka buat..tahukah abah apa signal disebalik semua yang sedang berlaku??walaupun anak tiri pernah dimarahi oleh anak-anak abah sebab anak tiri dikatakan sanggup mendoakan abah kembali ke sangkar Sg Buluh,apa yang berlaku pada hari ini semakin benar apa yang anak tiri cakap,walaupun anak-anak abah marah anak tiri tahu apa yang bakal berlaku kerana perkara ini pernah terjadi pada abah..

Abah...anak tiri pernah berpesan pada abah,jika apa-apa berlaku pada abah..abah hubungilah anak tiri..sebab walau apa yang abah buat walau apa yang terjadi anak tiri ini akan sekali lagi menjadi tembok penghadang membela abah....walaupun anak tiri tetap anak tiri tetapi anak tiri tidak pernah lupa prinsip yang abah ajar...KETELUSAN...KEADILAN..berjuang untuk rakyat...anak tiri akan teruskan..

abah ingatlah jika abah terus berprinsip dan kembali pada asas abah yang dahulu,jika sekali lagi abah akan diambil dan cuba disumbat ke dalam sangkar Sg Buluh..maka saat itu anak-anak tiri abah yang lain juga akan membela abah.

Warkah Buat Abah
Nukilan
Sang Kalam Usang,









Program 2 Hari Che'gubard (SAMM) di Johor.

Salam perjuangan dan Salam Reformasi,Di Dalam kesibukan Program Konvoi Anak Muda Bermotorsikal yang akan berlangsung dari Rembau Ke Permatang Pauh,Che'gubard akan turun ke Johor selama dua hari iaitu 16&17 Disember 2010 di lokasi yang berlainan.Kepada sesiapa yang sering mendengar Cerita altantuya inilah orangya yang sering tidak pernah lupa untuk menerangkan pada rakyat bagaimana terjadinya Tragedi pembunuhan Altantuya,sehingga Che'gubard telah merakamkan cerita ini melalui penulisan dalam bukunya yang bertajuk 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya'.Jika ada rezeki anda mungkin boleh mendapatkan buku itu ketika ceramahnyya berlangsung,jika tidak ada mungkin sudah kehabisan stok.Satu lagi mungkin anda boleh mendapatkan VCD skandal Menteri zahid Hamidi.

Banyak isu baru yang akan dikupas oleh Che'gubard dalam ceramahnya nanti,kepada sesiapa yang ingin mendapatkan informasi terkini yang benar yang tidak ada di media arus perdana sila hadir ke ceramah Che'gubard,anda akan mendapat informasi yang mana anda tidak akan dapat dari media arus perdana yang sering memanipulasi informasi sebenar.Jadilah rakyat yang berinformasi bukan dudk bawah tempurung,zaman itu seharusnya telah berlalu kerana rakyat harus sedar penindasan ekonomi semakin teruk dikenakan pada rakyat.

Lokasi pertama ceramah Che'gubard di Muar sepertimana banner di bawah :


Lokasi kedua di Mersing sepertimana berikut :

Ceramah Pakatan Rakyat
Che'gubard (Pengerusi SAMM) & 
YB Ng Suee Lim (Adun DAP Sekinchan)

Tempat : PASTI Mersing Kanan,Mersing Johor
Pertanyaan : Shamsul Samm (012 7531052)

Semua Rakyat dijemput Hadir.... 

Makluman : Kepada sesiapa yang ingin memanggil Che'gubard untuk mengadakan Ceramah ditempatnya sila hubungi terus  012 3696474 (En Azizi) untuk makluman tempat dan tarikh.



Sekian dari SJ

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN

Kenyataan Media13 Disember 2010 RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDER

Kenyataan Media13 Disember 2010 RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDER

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak bukan - bukan.Laporan yang di siarkan pada 10 Disember 2010, di link http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-pkr-minta-chegubard-sabar-jangan-buat-bukan-bukan/ adalah respon kepada kenyataan media che'GuBard yang disiarkan di http://chegubard.blogspot.com/2010/12/kenyataan-media-akur-tetapi-tidak.htmlPertama sekali saya tidak pasti apa maksud YB Setiausaha Agong dengan minta che'GuBard jangan buat yang bukan - bukan ? Saya mohon YB Setiausaha agong jelaskan.

Kedua saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agong, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agong akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ?

Ketiga undang - undang keadilan apakah ini ? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat ?

Keempat beban membuktikan tergalas 100% ke bahu pengadu dan seolah pengadu sendiri perlu menyiasat dan membuktikan.... kita bayangkan aduan dibuat kepada SPRM kerana rasuah orang tertentu dan SPRM pula minta kita siasat untuk buktikan ? Aduan seharusnya diambil bagi memulakan kes dan siasatan harus dibuat termasuk memanggil pengadu.

Kelima ingin saya jelaskan saya selaku Penyelaras Kempen che'GuBard dan rakan - rakanya dalam Pemilihan KEADILAN 2010 dalam pengetahuan saya telah lebih dari satu surat dihantar kepada pihak pusat sama ada JPP, Presiden mahupun Setiausaha Agong sendiri, namun sehingga kini satu pun tidak berjawab. Surat aduan yang terakhir menyenaraikan beberapa aduan kes 'spesifik' yang harus dijawab.

Keenam, ramai sudah mula menyatakan memang ada kelemahan dan ada unsur tidak sempurna. Namun sebenarnya ia melibatkan penipuan bukan kelemahan. Kami mahu tindakan siasatan oleh badan bebas dan jika terdapat kesalahan tentu ada yang harus dihukum.Saya menyokong tindakan che'GuBard dengan menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi.

Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam KEADILAN ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan.Saya dan teman-teman juga sayang parti ini, kerana sayanglah kami tegas dalam membaiki dan menangani sebarang penyelewengan demokrasi dalam parti.

Zulkifli Ibrahim 
Bekas Exco AMK 
Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi
13 Disember 2010

Wajarkah Keputusan Pemilihan 2010 Diumumkan??

Salam perjuangan dan Salam reformasi,nampaknya kisah pemilihan 2010 masih belum selesai,yang terbaru Anggota keadilan di Batu Sapi dan Sandakan telah mebuat dakwaan kepada mahkamah dan kerana berlakunya penyelewengan dalam Pemilihan 2010 di sana.Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim dan Saifuddin Nasution sebagai terlibat.Berita lanjut boleh dilihat di sini http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/14025-pkr-faces-more-legal-suits-over-alleged-electoral-fraud .



Lihatlah betapa besar kuasa Allah kebatilan yang cuba disorok akhirnya menujah keluar bagai peluru,jangan lupa setiap perbuatan yang dibuat Allah melihatnya.Kes ini telah dibawa oleh Che'gubard tetapi masih tiada sebarang tindakan,akhirnya mereka sendiri di Batu Sapi telah membawa kes tersebut ke mahkamah.Jangan ingat dah habis pemilihan dan umum keputusan orang dan senyap.Ingat dalam PKR ni masih ada orang yang mempertahankan prinsip KETELUSAN dan KEADILAN,jangan ingat semua orang kemaruk jawatan boleh dijual beli.Keyakinan SJ terhadap ayat ini "selagi ada tuhan selagi ada harapan" akhirnya terpamer.Jangan harap kes ini akan reda selagi tindakan tidak diambil terhadap pesalah-pesalah yang memanipulasi keputusan Pemilihan 2010.SJ sendiri tidak akan senyap malah akan sentiasa memperkatakan isu ini sehingga siasatan yang telus dibuat.


Sepertimana prinsip yang seringkali kita laungkan pada rakyat iaitu menegakkan kebenaran memperjuang keadilan dan ketelusan,harus diterjemahkan dengan membuat siasatan segera,apa lagi nak tunggu saksi hidup dah dibawa,dah ada juga kes yang telah dibawa ke mahkamah,bukti dah ada,nak tunggu apa,tunggu bala datang dari langit dulu ke baru nak TELUS??Siapa Trojan Horse sebenar dalam PKR??jawapannya mudah sahaja,yang Trojan Horse itu adalah Penipu-Penipu yang menang dengan durjana itu lah trojan horse sebenar.Mereka adalah manusia yang menggadaikan prinsip demi jawatan meraka itu adalah BAPAK SEGALA TROJAN HORSE!! 


Kembali pada persoalan wajarkah keputusan Pemilihan 2010 diumumkan??jawapannya pasti tidak wajar,SUA Saifuddin seringkali memberitahu bahawa siasatan masih dijalankan,,tapi keputusan dah umum apa ni..ni parti politik ke Sekolah Tadika??Jika kes DSAI di mahkamah sedang dijalankan tetapi TV3 dah keluar kenyataan kata DSAI bersalah,apa yang akan kita kata pada TV3..SIAL,PENIPU,BANGSAT,BIADAP,BODOH..tapi bilamana kes masih disiasat oleh JPP keputusan dah diumumkan apa namanya???lu pikirlah sendiri!!
 
SJ sekali lagi menegaskan bahawa keputusan Pemilihan 2010 tidak wajar diumumkan kerana kes masih sedang disiasat,wahai pemimpin atasan PKR sila kembalikan prinsip KETELUSAN itu jika mahu rakyat kembali menaruh harapan pada parti kita.Jangan pernah menggadai prinsip demi jawatan,kerana jawatan itu tidak dibawa ke kubur!!

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!

Berjuang Untuk Rakyat atau Putrajaya??

 





Salam perjuangan salam reformasi,hari ini SJ bertambah meluat bila berbual di Facebook bersama pimpinan-pimpinan yang dah rasa dekat sangat dengan putrajaya..apa kejadahnyer dekat kalau prinsip parti sendiri tidak dipertahankan..Adakah mereka lupa perjuangan ini demi rakyat,demi membela rakyat.Adakah mereka lupa apa dasar perjuangan ini..kenapakah sibuk melaungkan soal ke putrajaya tetapi anak muda belum disiapkan..adakah kita nak UMNO ke 2 yang memerintah Malaysia??



SJ lihat dah ramai yang mula nampak kerusi-kerusi Exco,Menteri,Ahli-ahli majlis bukan lagi bayangan kesusahan rakyat di hadapan mereka..woi pemimpin kembalilah semula kepada asas perjuangan jangan mudah berpaling kerana kepentingan diri sendiri.Jika benar nak menawan putrajaya hati rayat perlu ditangkap terlebih dahulu,bagaimana nak tawan hati rakyat,mudah sahaja apa yg kita cakap kita buat..bermaksud bila kita berbicara soal KETELUSAN dan KEADILAN kepada rakyat maka prinsip itu seharusnya kita tegakkan dulu dalam parti.Bilamana kita persoal KETELUSAN dalam PRU kita kena pastikan KETE:LUSAN itu ada ketika Pemilihan parti.

Fikirkan realistik yang sedang berlaku,tawan hati rakyat dengan PRINSIP bukan dengan retorik pasti pintu putrajaya terbuka luas..tetapi andaikata PRINSIP tidak ditegakkan jangan kata Putrajaya,Puduraya pun belum tentu kita tawan..Ingat dan kembali semula pada asas perjuangan...mimpikan putrajaya tetapi PRINSIP tidak dipertahankan maka mimpi itu akan hanya jadi mimpi di siang hari..

Sekian dari SJ seorang anak muda yang mahukan Prinsip KETELUSAN dan KEADILAN terlaksana dalam PKP sendiri!!



ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!






Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List