TAHNIAH KEPADA AMK GELANG PATAH!!!!
Assalamualaikum,SJ mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada pasukan gerak kerja AMK Gelang Patah dan Pengarah Program ceramah tersebut yang telah bertungkus-lumus memastikan program DSAI berjaya diadakan dengan cemerlang.Walaupun terdapat banyak dugaan untuk mengadakan Program DSAI tersebut namun semangat waja yang ditunjukkan oleh AMK Bahagian Gelang Patah patut dicontohi oleh AMK-AMK Bahagian yang lain.
Walaupun masa yang amat suntuk telah diberikan oleh PPNJ namun program tersebut dapat dilaksanakan juga oleh AMK Bahagian Gelang Patah dengan jayanya.SJ tak sempat nak tunjuk gambar-gambar di sekitar majlis tersebut,tapi SJ janji sedikit masa lagi SJ akan Upload gambar-gambar tersebut untuk tatapan kawan-kawan seperjuangan sekalian.SJ juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AMK-AMK Bahagian yang lain yang ada membantu secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program ini.Kehadiran orang ramai yang merindui ucapan DSAI amat memberangsangkan walaupun 'Perkakas WAJIB' BN Durjana telah melakukan sekatan-sekatan jalan raya hampir di seluruh negeri Johor,SJ yakin jika tiada sekatan jalan raya pasti Kawasan Tmn Universiti dimana terletaknya program tersebut pasti akan tenggelam dikerumuni lautan manusia.
Ucapan dan nasihat yang diberikan oleh DSAI penuh dengan 'AURA' itu menyebabkan kesan yang mendalam pada para hadirin malam itu.Isu-isu yang dicanang di saluran-saluran Durjana kini tidak berkesan pada rakyat yang dahagakan maklumat yang benar,rakyat hadir bersesak-sesak semata-mata untuk mendengar maklumat yang sahih dari bakal PM Malaysia iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.Satu nasihat DSAI yang nampak auranya apabila DSAI telah menyeru kepada para hadirin untuk menyertai keahlian PKR untuk memberikan sokongan padu pada perjuangan kebenaran,seruan tersebut telah disahut oleh para hadirin,selesai sahaja ceramah dari DSAI para hadirin telah berebut-rebut untuk mendapatkan borang keahlian PKR untuk bersama-sama perjuangan ini.
Tahniah kepada Dato' Seri Anwar kerana berjaya menjadikan program tersebut begitu meletup,SJ yakin kemungkinan yang amat besar selepas ini pasti akan ada lagi program-program seperti ini di masa akan datang,dan kita pastikan yang akhirnya PR akan memerintah Malaysia tidak lama lagi.Dan SJ harap sokongan seperti ini akan terus berpanjangan agar PKR Johor terus subur dan tidak mati.
Tidak cukup sekadar sokongan dan menyertai kempen-kempen kalau tidak mendaftarkan diri di SPR.Dikesempatan ini SJ menyeru kepada rakan-rakan dan seluruh rakyat malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi menjatuhkan Kerajaan BN DURJANA ini kerana hanya dengan undi iaitu kuasa yang diberikan itu dapat menjatuhkan KERAJAAN yang DURJANA ini.Ayuh gerakkan langkah tekadkan semangat untuk terus berjuang hingga jatuhnya KERAJAAN DURJANA ini.
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT AMK GELANG PATAH!!!
LAWAN TETAP LAWAN
Revolusi Anak Muda
Revolusi Anak Muda Malaysia
Tahniah buat AMK Gelang Patah!!!!!
KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT
Assalamualaikum dah lama SJ xupdate blog,mintak maaf bebanyak kawan-kawan semua,saya sibuk dengan kerja.Saya terpanggil untuk menulis tentang krisis yang sedang menimpa di negeri Perak,Seluruh dunia kini sedang memerhati ke sana..bukan seantero negeri sahaja malah seluruh dunia sedang tertumpu di sana.Apakah PM kita si Najib Altantuya tidak malu dengan dunia luar yang sedang memerhatikan Malaysia bukansebagai tempat pelaburan ekonomi tetapi memandang Malaysia sebuah negara yang sedang bergelumang dengan poltik tahi dan keji ini.
Banyak penganalisa politik telah mengatakan termasuk SUHAKAM sendiri menyatakan adalah lebih baik kembalikan semula kuasa kepada rakyat...bagi SJ sendiri melihat pada pandangan yang sama pulangkanlah semula kuasa kepada rakyat bagi menentukan pimpinan yang dipilih.Berdasarkan senario gelombang politik yang berlaku SJ percaya bahawa jika diadakan PRK Negeri Perak pastilah kerajaan BN DURJANA Altantuya akan tumbang lebih teruk dari sebelum ini.Rakyat pasti akan memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi pemerintah di Perak kerana rakyat telah melihat bagaimana keadilan dan ketelusan pimpinan di Perah di bawah Dato' Seri Nizar dan exco-exco nya yang cemerlang dan memulangkan kekayaan di Perak kepada rakyat.
Krisis yang berlaku di Perak bukanlah salah Pakatan Rakyat tetapi disebabkan oleh kebodohan dan kebangangan PM Najib Altantuya yang merampas kerajaan Perak dengan taktik zionis yang amat zalim dan tidak beretika.Cabaran SJ pada Zambry Pasola!!Hei Manusia durjana,pulangkan kembali kuasa kepada rakyat SJ nak tengok engkau akan jatuh tersungkur dan diinjak-injak diatas kezaliman kuasa yang dirampas dari MB yang sah...
SJ memberikan sokongan penuh dan masih tetap menganggap Dato'Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah..Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan padu kepada MB Nizar agar tabah dengan segala dugaan yang menimpa beliau
" Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Tentang Perjuangan"
LawanTetap Lawan!!!!!!
PRK Penanti pula datang......
salam...SJ tak dapat bayangkan betapa berdengungye kepala otak orang tua yang bernama Alnajib Altantuya ketika ini,manusia bacul yang bernama najib ni sangat takut dengan pilihanraya kecil,kerana bila berlakunya pilihanraya kecil maka hantu-hantu altantuya akan bergentayangan di mana-mana dan akan sentiasa menghantui hidup najib!!..
Pilihanraya kecil pada kali ini pasti akan membogelkan lagi maruah si najib jahanam ni dengan lebih ganas lagi kerana sejarah tercipta apabila si najib jahanam menjadi PM maka si jahanam inilah PM pertama yang diangkat dalam keadaan yang penuh dengan skandal seks dan rasuah..sampai ke hari ini najib masih tidak menyaman akhbar perancis yang telah mengeluarkan artikel kes pembunuhan altantuya...Jika najib seorang pemimpin yang benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan tersebut tampil lah ke mahkamah untuk disiasat...silalah najib jagan hanya jadi penakut yang membuat sumpah di sana sini.jangan najib,satu hari nanti engkau pasti akan dimakan dengan sumpah-sumpah tersebut.
Wahai kawan-kawan di seluruh negara mari kita semua turun ke Penanti bersama-sama untuk membantu calon kita di sana sebagaimana yang telah kita lakukan di 4 PRK terdahulu,kita jangan terpedaya dengan taktik haramjadah najib tu..itu hanya polemik dia.Jadi kita kene bersiap dari sekarang untuk menyiapkan jentera bagi menggempur N Penanti untuk kita takhluki semula kerusi tersebut sekaligus membogelkan PM jahanam ini sehingga ia berundur dari jawatan tersebut.Walaupun SPR semakin mengetatkan undang-undang jangan kita gentar kerana SPR memang sudah menjadi anjing tunggangan Bn sejak dahulu kala lagi,jadi kita jangan gentar dengan sebarang ugutan kerana perjuangan mesti diteruskan bagi mencipta dan melahirkan Harapan Baru Untuk Malaysia...
Saya menyeru kepada kawan-kawan dan diri saya sendiri,jika ada kemampuan untuk turun di sana kita sama-sama turun dan berjuang habis-habisan bagi memenangkan calon kita di sana..pantang anak muda mengaku kalah sebelum berjuang!!Satu nasihat kepada kawan-kawan semua jika tiada kemampuan sedekahkan doa bagi kemenangan di sana,jangan jadikan alasan kewangan untuk berjuang,jangan amalkan sikap meminta-minta dengan pihak atasan PKR jika ingin ke sana sebolehnya berbincang dan berkongsi kewangan dengan kawan-kawan untuk ke sana dengan duit sendiri.Ingatlah parti PKR bukan kaya dengan sumber dana sebagaimana BN.Semua pejuang-pejuang yang ada pun menggunakan duit sendiri untuk menggerakkan program.
Jika ada sebarang maklumat jangan gentar untuk disebarkan,kerana kebenaran itu adalah jalan kepada kemenangan walaupun ia dihujani pelbagai dugaan,kuatkan diri dan yakinlah wadah perjuangan kita adalah berlandaskan perjuangan rakyat bukan berjuang untuk pemimpin tertentu.Jika keyakinan telah tertanam ayuh teruskan langkan dan terus berjuang bagi mencapai cita-cita untuk mendapatkan pemerintah dan pemimpin terbaik yang boleh memimpin Malaysia yang disayangi ini,dan yang layak untuk memimpin Malaysia ketika ini hanyalah seorang insan yang bernama Dato'Seri Anwar Ibrahim.
"Membujur Lalu Melintang Patah,Namun Lawan Tetap Lawan"