Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Tahniah buat AMK Gelang Patah!!!!!

TAHNIAH KEPADA AMK GELANG PATAH!!!!
Assalamualaikum,SJ mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada pasukan gerak kerja AMK Gelang Patah dan Pengarah Program ceramah tersebut yang telah bertungkus-lumus memastikan program DSAI berjaya diadakan dengan cemerlang.Walaupun terdapat banyak dugaan untuk mengadakan Program DSAI tersebut namun semangat waja yang ditunjukkan oleh AMK Bahagian Gelang Patah patut dicontohi oleh AMK-AMK Bahagian yang lain.

Walaupun masa yang amat suntuk telah diberikan oleh PPNJ namun program tersebut dapat dilaksanakan juga oleh AMK Bahagian Gelang Patah dengan jayanya.SJ tak sempat nak tunjuk gambar-gambar di sekitar majlis tersebut,tapi SJ janji sedikit masa lagi SJ akan Upload gambar-gambar tersebut untuk tatapan kawan-kawan seperjuangan sekalian.SJ juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AMK-AMK Bahagian yang lain yang ada membantu secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program ini.Kehadiran orang ramai yang merindui ucapan DSAI amat memberangsangkan walaupun 'Perkakas WAJIB' BN Durjana telah melakukan sekatan-sekatan jalan raya hampir di seluruh negeri Johor,SJ yakin jika tiada sekatan jalan raya pasti Kawasan Tmn Universiti dimana terletaknya program tersebut pasti akan tenggelam dikerumuni lautan manusia.

Ucapan dan nasihat yang diberikan oleh DSAI penuh dengan 'AURA' itu menyebabkan kesan yang mendalam pada para hadirin malam itu.Isu-isu yang dicanang di saluran-saluran Durjana kini tidak berkesan pada rakyat yang dahagakan maklumat yang benar,rakyat hadir bersesak-sesak semata-mata untuk mendengar maklumat yang sahih dari bakal PM Malaysia iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.Satu nasihat DSAI yang nampak auranya apabila DSAI telah menyeru kepada para hadirin untuk menyertai keahlian PKR untuk memberikan sokongan padu pada perjuangan kebenaran,seruan tersebut telah disahut oleh para hadirin,selesai sahaja ceramah dari DSAI para hadirin telah berebut-rebut untuk mendapatkan borang keahlian PKR untuk bersama-sama perjuangan ini.

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar kerana berjaya menjadikan program tersebut begitu meletup,SJ yakin kemungkinan yang amat besar selepas ini pasti akan ada lagi program-program seperti ini di masa akan datang,dan kita pastikan yang akhirnya PR akan memerintah Malaysia tidak lama lagi.Dan SJ harap sokongan seperti ini akan terus berpanjangan agar PKR Johor terus subur dan tidak mati.

Tidak cukup sekadar sokongan dan menyertai kempen-kempen kalau tidak mendaftarkan diri di SPR.Dikesempatan ini SJ menyeru kepada rakan-rakan dan seluruh rakyat malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi menjatuhkan Kerajaan BN DURJANA ini kerana hanya dengan undi iaitu kuasa yang diberikan itu dapat menjatuhkan KERAJAAN yang DURJANA ini.Ayuh gerakkan langkah tekadkan semangat untuk terus berjuang hingga jatuhnya KERAJAAN DURJANA ini.

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT AMK GELANG PATAH!!!

LAWAN TETAP LAWAN

2 comments:

AMK NEGERI JOHOR May 27, 2009 at 1:10 PM  

Terima kasih. Saya akan baiki.
AMK Bahagian tersebut telah bersetuju mengalas kerja, 'rumah siap tukul berbunyi' itu pepatah melayu. Sejarah lepas mungkin diantara punca kecil tiada kerjasama dari AMK Bahagian lain, tapi ia bukannya alasan saya.

Suara Anak Muda May 30, 2009 at 3:24 AM  

Terima kasih kepada Diari AMK,apa yang dikatakan adalah betul.semoga yang berlalu biarkan berlalu...apa yang penting..kerjasama.

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List