Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua,rasaya sudah lama SJ tidak menulis..kini SJ kembali..SJ rasa terpanggil untuk memberikan kenyataan dan peringatan kepada orang yang sedang lupa.Kini Isu 'Kerajaan Perpaduan' sedang sibuk dicanang di semua media massa dan pencetusnya adalah tidak lain tidak bukan Presiden PAS Dato' Seri Hj Abd Hadi Bin Awang.BN DURJANA kini bagai harimau yang sedang menunggu mangsa untuk dibaham dan dijadikan santapan mereka.
Berkenaan dengan 'Kerajaan Perpaduan' yang telah dicadangkan oleh Hj Hadi itu,SJ sebagai seorang rakyat malaysia yang memang lahir dari keluarga pembangkang dan dari kecil telah bergaul bersama dengan Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, telah melihat bagaimana getirnya pahit maung perjuangan PAS,SJ amatlah tidak bersetuju dan membantah sama sekali dengan cadangan itu,kerana Hj Hadi kena berpusing ke belakang seketika dan lihat apakah senario yang pernah terjadi dengan PAS berpuluh tahun yang lalu,sejarah lalu perlu dikenang kembali.Jangan ambil mudah dan melupakan peristiwa lalu.Adakah Hj Hadi telah lupa peristiwa Nakhaie Ahmad,Dato' Asri???Mereka berdua adalah antara pemimpin tertinggi PAS ketika itu keluar dari PAS lalu menyertai UMNO kononya dengan niat untuk membersihkan UMNO dari dalam.Tetapi apakah yang terjadi kepada mereka,adakah mereka ada membawa isu-isu Hukum Hudud,Negara Islam atau apa-apa sahaja yang pernah mereka perjuangkan ketika di dalam PAS suatu ketika dahulu.Malah mereka kelabu mata bila berada di dalam UMNO akhirnya prinsip,maruah dan agama juga tergadai.
Di Dalam kegemilangan Pakatan Rakyat kini dengan kemenangan dapat merampas negeri-negeri yang dahulunya diperintah BN Durjana dalam PRU yang lalu,adakah Hj Hadi ingin menghancurkannya dalam sekelip mata,apakah perkara yang sepatutnya berlaku di saat kegemilangan PR kini??jawapannya, sepatutnya BN yang perlu datang kepada PR bukan kita yang perlu berunding dengan BN,Parti BN DURJANA sekarang ini yang diambang kemusnahan bukan PR tetapi apabila Hj Hadi mencetuskan Isu ini,adalah amat merugikan PR.Kerana kita di PR adalah berkonsepkan bersatu dan bekerjasama,andaikata ingin mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat rundingan dengan pihak lawan adalah sewajarnya perkara ini dibincangkan bersama bukannya dengan mengeluarkan kenyataan di media seperti yang Hj Hadi telah lakukan.
Kita kena merujuk pada sejarah,Hj Hadi kena ingat betapa susah payahnya Allahyarham Presiden PAS Ust Fadzil Noor membina PAS sepertimana yang ada sekarang bukan mudah,penuh dengan seribu kepayahan yang telah diranjauinya,andaikata jika perkara seperti zaman Dato' Asri berlaku lagi amatlah sedih sekali.Sia-sialah perjuangan Allahyarham selama hidupnya,perjungannya tidak dapat dibayar walau dengan apa sekalipun.Janganlah menjadi pengkhianat seterusnya..bertindaklah sebijaksana mungkin,jangan termakan dengan janji manis BN DURJANA.BN adalah sejenis 'penyakit' dan penyakit itu amat sukar untuk diubati lagi, dari atas hinggalah ke akar umbinya..kalau dalam zaman kita kini yang bergelar arus siber ini..BN ini diistilahkan sebagai 'virus' yang amat bahaya dan masih belum berjumpa ubat untuk 'penyakit macam BN DURJANA ini.Jangka hayatnya sudah tinggal sedikit sahaja lagi,jadi diharapkan Haji Hadi janganlah menjadi Antivirus pulak sebab virus ini boleh juga memusnahkan antivirus,kehinaanya tiada tandingan.
Dalam tulisan kali ini SJ ingin menyatakan yang pendapat diatas adalah dari SJ sendiri tiada kaitan dengan mana-mana parti mahupun pertubuhan NGO.
"Lawan Tetap Lawan"
MELANGKAUI BATASAN MINDA
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment