Salam kepada rakan-rakan semua.SJ baru sahaja pulang dari Kongres Nasional Khas PKR yang bertempat di Pusat Konvensyen KUIS di Selangor bersama-sama Naib AMK Johor Saudara Nazri dan juga saudara Fauzi dari AMK Batu Pahat.Kongres ini diadakan adalah untuk meminda beberapa bahagian di dalam perlembagaan PKR bagi memantapkan dan menjadikan PKR satu Parti yang progresif dan sentiasa mengikuti perkembangan Politik Dunia.
Bermula dengan Ucapan Ketua Umum iaitu DSAI,yang meminta ahli Parti memberikan sokongan penuh terhadap Usul yang akan dibentangkan.Para perwakilan yang hadir seramai lebih kurang 1009 orang dan Pemerhati sebanyak 330 orang telah memberikan tepukan gemuruh terhadap ucapan DSAI.Selepas DSAI memberikan ucapan majlis diteruskan dengan usul yang dibentangkan oleh YB Sivarasa.Usul-usul yang hendak dipinda telah dibentangkan oleh beliau.Selepas Usul-usul dibentangkan Pengerusi Tetap memberitahu kini tiba masa untuk Perwakilan membahaskan usul-usul yang telah dibentangkan tadi.
Dalam perbahasan yang telah berlaku banyak pendapat-pendapat telah diutarakan oleh perwakilan ada yang bersetuju tidak kurang juga yang membantah usul-usul yang ingin dipinda itu.Biasalah dimana-mana sahaja berlaku hatta di pihak lawan pun berlakunya pro dan kontra sesama perwakilan.Anggap sahaja itu lumrah dunia politik.Bagi SJ sendiri apa-apa yang dicadangkan oleh peringkat tertinggi Parti bukanlah berniat jahat untuk menjahanamkan Parti akan tetapi untuk kebaikan Parti di masa akan datang.SJ pada dasarnya bersetuju jika apa-apa yang dilakukan hanya untuk kebaikan Parti dan ahli-ahli Parti walaupun sukar untuk diterima pada peringkat permulaannya.Selesai sahaja perbahasan tersebut Pengerusi Tetap telah meminta Ketua Umum PKR untuk menggulung perbahasan sekaligus menangguhkan majlis.Di dalam sessi penggulungan oleh Ketua Umum PKR,sekali lagi meminta agar semua perwakilan yang hadir memberikan sokongan penuh pada usul yang telah dibentangkan,diakhir ucapannya Ketua Umum telah mengusulkan agar undian diberikan secara muafakat.
Sebaik sahaja Ketua Umum menyampaikan ucapan penggulungan Pengerusi Tetap telah bersuara dengan cuba mengusulkan pengundian dilakukan secara kemuafakatan sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Umum.Ketika ini berlaku sedikit suasana gamat kerana ada perwakilan yang tidak bersetuju dan meminta supaya diadakan pengundian secara sulit diadakan.Selepas agak lama suasana tersebut berlaku Pengerusi Tetap mengumukan berdasarkan majoriti sokongan 2/3 usul-usul tersebut telah diluluskan.Walaupun Pengerusi Tetap telah menutup Sidang Kongres masih ada perwakilan yang memprotes dan meminta mengadakan pengundian secara sulit.SJ secara peribadi menasihatkan kepada sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Kongres agar berfikir secara mendalam dan mengaamati sedalamnya usul-usul tersebut.Janganlah memanjangkan lagi protes ini demi kebaikan parti.
"Lawan Tetap Lawan"
0 comments:
Post a Comment