Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

TERIMA KASIH Dato' Seri Hj Hadi!!!




MAJLIS PAKATAN RAKYAT TELAH BERSUARA!!!

Salam..,sj hari ini berasa gembira apabila membaca berita terbaru iaitu semalam bersamaan 22 Jun 2009, Pemimpin Pakatan Rakyat terdiri dari Dato' Seri Anwar Ibrahim,Dato' Seri Hj Hadi dan En Lim Kit Siang telah bertemu dan menyatakan pendirian untuk tidak menyokong Negara Perpaduan,alhamdulillah setelah beberapa minggu ini kita dimomokkan oleh BN DURJANA tentang isu ini,kesepakatan telah tercapai ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetuju
bahawa :

1. . Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2.Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3.Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

SJ menasihatkan kepada semua,Jika ada sebarang 'penyakit' di dalam Pakatan Rakyat adalah lebih elok kita cantaskan dan nasihatlah kepada 'penyakit' tersebut keluarlah dari Pakatan Rakyat.Orang yang membawa perpecahan tidak wajar berada di dalam Pakatan Rakyat.Seharusnya pihak Pakatan Rakyat membuat satu Jawatankuasa Khas Sulit bagi menyiasat jika ada sesiapa agen UMNO yang masih ada di dalam Pakatan Rakyat nyahkan individu terbabit.

Lawan Tetap Lawan

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List