salam hari ini SJ nak berkongsi cerita dari satu blog yang SJ baca pagi ini,apa yang akan SJ paparkan adalah untuk renungan bersama,Biar tiada duit bagaimana sekalipun janganlah terjebak dengan pinjaman dengan AH LONG bedebah ni.Banyak cerita yang telah kita semua dengar bagaimana nasib Peminjam AH LONG yang kebanyakannya menderita akibat 'penyakit' ini.Anggaplah jika anda meminjam AH LONG ibarat anda bekerja dapat wang lalu menghabiskan titik peluh anda sepanjang satu hari bekerja untuk AH LONG.Jika terdesak macam mana pun untuk nak pakai wang pinjamlah dari saudara mara,kawan-kawan atau Bank yang sah.AH LONG hanya akan tolong dan buat baik dengan anda mula-mula sahaja,selepas itu anda akan dijadikan mangsa jahanam AH LONG.Jadi jauhilah AH LONG jika sayangkan keluarga.
Sila ikuti cerita dibawah yang disebarkan oleh suaraselatan
Bangsaku berkiblatkan AH LONG Bah 1
Kali ni SS nk berkongsi satu cerita sedih yang rasanya perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk kita semua. Betullah nasib setiap manusia dalam dunia ni tidak akan serupa antara satu sama lain, khususnya dalam soal rezeki, kedudukan pangkat, harta benda, kerjaya, jodoh dan apa-apa juga la. Namun disebalik kesemua nasib-nasib yang tersenarai dalam hidup kita hari ni, kita harus percaya dan yakin bahawa hanya satu benda saja yang mungkin berupaya mengubah dan menentukan nasib kita kat dalam dunia ni iaitu "Akal Fikiran dan Kewarasan Berfikir".
Semalam 24 Jun 2009 lebih kurang jam 1145mlm, SS menerima panggilan kecemasan dari seorang pemanggil misteri yang sedang dalam kesusahan. Maknanya nk mintak tolong la kan?? Dari gerak bibir dan tutur kata yang penuh dusta tu, SS yakin bahawa "Budak Tua" ni sedang berada dalam buruan "Bank Bergerak" yang bole dilihat di merata dunia. SS menjemput "Budak Tua" ni datang ke rumah utk brbincang tapi ni jawapannya " Maaf bang, sya xbole kluar rumah, smua orang cari saya..." so korang nmpk tak keajaiban "Budak Tua" ni dlm diam2, kalau tak kenapa smua org kat dunia ni cari dia!
Nk dipendekkan cerita, SS brsetuju brtandang kerumah "Budak Tua" ni. Sah! ramalan ku benar belaka. Dia diburu oleh 12 org pengusaha "Bank Bergerak" yang menggelarkan diri mereka sbgai "Abang Long" yang kononya cuma mau Tolong... Kesian, remuk redam, luluh hati SS mendengar cerita kelakar seram "Budak Tua" ni mengenai nasibnya yang kini bagaikan binatang liar yang sedang diburu oleh PBT. Nak ke sana ke sini pun tak bebas. Dimana puncanya? kat mana kesilapannya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang menjadi punca gejala ini bermaharajalela ?Kenapa nasib bangsaku sebegini rupa? Apakah tiada lagi keistimewaan danpembelaan untuk bangsa ku.... SS Pening dan bertambah kebulur rasanya perut ni bila memikirkan hal "Budak Tua" ni.
Dipendekkan cerita lg, sbb dr pkl 1215mlm smpi ke 0235pg "Budak Tua" ni masih brcerita di peringkat "Intro" nya sahaja. "Budak Tua" ni sbnrnya telah menjadi Mangsa Penipuan dan Putar Belit kaum seJenis, seBangsa, seAgama, seTaman dan se... se... yang brkaitan. Sahabatnya seorang "Kaki Kencing" (gelaran yang biasa kita dengar untuk golongan Penipu kan... ) yang paling dikehendaki hanya brlagak mcm org kaya, buat "Renovation" rumah puluhan ribu ringgit, pinjaman bank sana sini, dan byk lg la prangai dia yang tak sanggup di senaraikan dlm blog ni. Tapi yang malunya si "Kaki Kencing" ni adalah seorang guru yang telah dididik untuk memberi tunjuk ajar dan Ilmu ke pada sekelian umat manusia didunia ni. Sayangnya... kerana hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran si "Kaki Kencing" ni sanggup mengguna dan mengheret "Budak Tua" si lurun bendol ni untuk memenuhi tuntutan nasfu setannya. "Pinjam nama hang sat... aku nk buat loan la, x ckup modal nk renovate rumah. Jgn tkut bila duit loan "Gov" aku kluaq, aku clearkan la nama hang" Korang dpt agak kan cerita selanjutnya... jd tak payah la SS teruskan cerita Kelakar Seram ni lg.Persoalannya disini bila "Perang HABIS-HABISAN terhadap Ah long" yang dicanangkan oleh KDN akan dilancarkan. Apakah KDN dan sekutunya ingin melihat lebih ramai manusia di Malaysia ni hidup dlm buangan mcm tahanan perang kat sebelah tu? Sampai bila tragedi ini akan berterusan? Nak tunggu apa lg? Turunlah padang dan seranglah "Konti-konti bank Bergerak" ni kalau KDN dan sekutunya jujur mempertahankan keamanan dan keselamatan rakyat malaysia. Jangan hanya pandai "Berkokok" depan media smpi botak dan berbuih mulut tapi hakikatnya "Kecut Telur" untuk berjuang. dihadapan rakyat sendiri. SS pun tak mahu cerita "Budak Tua" dan "Kaki Kencing" ni akan menjadi "Posting" ke dua atau ketiga dan seterusnya di mana-mana rangkaian Blog yang cintakan keamanan,kedamaian dan keadilan.
Orang-orang mcm kami ni sebenarnya adlah pejuang dan penentang yang hanya mampu berselindung di sebalik bukit dalam membongkar dan mempertahankan hak rakyat, sebabnya kami tiada Kekuatan atau Kuasa untuk membuat keputusan.Sekli lg SS menyeru dan mengingatkan pihak berkuasa agar berhentilah dari terus menipu dan memperbudak-budakkan rakyat yang sememangnya telah jauh lebih dewasa dari apa yang disangka kan. Rakyat hari ni "Bersekolah" tinggi dan "didikan" sempurna dalam menentukan hala tuju hidup dimasa hadapan. Jngan ada pihak tertentu yang "Mendabik" dada dan "Berhidung Tinggi" kerana kononya dapat menyediakan Keperluan asas yang cukup sempurna untuk rakyat hari ini, sedangkan nk makan nasi pun kadang-kadang rakyat terpaksa berhutang keliling pinggang. Kalu tak mahu sediakan apa yang perlu untuk rakyat, jangan jadi pemerintah, turunkan saja Takhta Pemerintahan tu kepada golongan minoriti yang lebih berjiwa rakyat dan mungkin mampu memenuhi tuntutan rakyat bagi meneruskan Hidup mereka tanpa mengambil kira paham politik, budaya, agama dan sebagainya.Jangan sampai Agama dan Bangsa sendiri tergadai dek kerana "Kerakusan" golongan seperti ini dalam berurus niaga. Kepada "Budak Tua" yng mungkin terbaca "Posting" SS ni dan tiba-tiba Terperasan Macho la plk sbb nama naik, harap brsabar. Buat Baik berpada-pada, Buat jahat berkali-kali tau. Untuk si "Kaki Kencing" plk hati-hati dijalan raya ingat lah orang tersayang. Sekali kau menganiaya orang, menyusahkan orang, mengenakan orang dan apa-apa jua la yang kau dh buat, SS harap agar "Kembali la ke jalan yang Benar"
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment