Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

SKANDAL SEKS GADIS 16 TAHUN DENGAN VVIP SABAH?


Oleh: SALMAN HALIM

GEMPAR dan mengejutkan! Seorang VVIP yang berpangkat Menteri Kanan di Sabah disahkan terlibat dengan Skandal Seks Gadis Bawah Umur (16 tahun) yang kini disimpan di Utara Sabah.

“Keluarga mangsa telah dipujuk agar merahsiakan perkara ini dan sejumlah wang telah dibayar kepada bapa mangsa kerana VVIP berkenaan akan berkahwin dengan ‘gadis’ tersebut setelah mendapat kebenaran berpoligami daripada isterinya,” ujar Zainal yang merupakan keluarga terdekat mangsa berkenaan.

Zainal menegaskan, VVIP berkenaan sering melawat keluarga mangsa dan membawa mangsa ke sebuah resort untuk bertemu dan menjalinkan hubungan secara sulit sejak mangsa berusia 15 tahun yang kini telah berhenti sekolah.

“Kita cuba menghalang tetapi oleh kerana keluarga mangsa tertekan semata-mata kerana kuasa dan pengaruh VVIP tersebut, maka mereka terpaksa merelakan anak gadis mereka menjalinkan hubungan terlarang dengan VVIP tersebut,” ujar Zainal yang berjanji akan menyerahkan gambar VVIP bersama gadis tersebut agar tindakan tegas diambil terhadap VVIP yang sering memangsakan gadis bawah umur.

Mengikut Undang-Undang, hubungan seks VVIP dengan gadis berkenaan dikategorikan sebagai ‘Statutory Rape’ dan diperuntukan di bawah seksyen 375 (e) dan (g) Kanun Keseksaan yang menyebut;-

“with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent”

“With or without her consent, when she is under sixteen years of age.”

Umumnya, hukuman bagi kesalahan merogol diperuntukkan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan;-

376. Punishment for rape.

(1) Subject to subsections (2), (3) and (4), whoever commits rape shall be punished for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

(2) Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances:-

(a) at the time of, or immediately before or after the commission of the offence causes hurt to her or to any other person;

(b) at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person;

(c) the offence was committed in the company of or in the presence of any other person;

(d) without her consent, when she is under sixteen years of age;

(e) with or without her consent, when she is under twelve years of age;

(f) with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; or

(g) at the time of the offence the woman was pregnant, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than thirty years and shall also be liable to whipping.

(3) Whoever commits rape on a woman whose relationship to him is such that he is not permitted under the law, religion, custom or usage, to marry her, shall be punished with imprisonment for a term of not less than eight years and not more than thirty years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.

(4) Whoever whilst committing or attempting to commit rape causes the death of the woman on whom the rape is committed or attempted shall be punished with death or imprisonment for a term of not less than fifteen years and not more than thirty years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.

Semakan Sabahkini.net terhadap beberapa kes termasuk Muhamat Yassin B Majali v The Public Prosecutor, tertuduh didakwa atas kesalahan merogol gadis berusia 12 tahun. Tertuduh (OKT) telah membawa mangsa keluar bersiar-siar dan berhentikan kereta di satu kawasan sunyi. OKT juga menyuruh mangsa menanggalkan pakaian dan merogol mangsa. Yang Arif Tuan David Wong Dak Wah mendapati OKT bersalah dan menjatuhkan hukuman 15 tahun dan 1 sebatan ke atas OKT.

Dalam kes PP v Mohd Arfah Jasmi, OKT didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak berusia 13 tahun. OKT mengaku bersalah. Dalam pengakuannya OKT turut mengatakan bahawa kedua-dua dia dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan saling merelakan hubungan seksual tersebut. Tertuduh ingin mengahwini mangsa tetapi dihalang oleh ayah mangsa. Dalam kes ini tertuduh dipenjara selama 5 tahun. Rayuan Pendakwa raya untuk menambah hukuman telah ditolak oleh Yang Arif Hamid Sultan.

“Statutory rape must be seen to be more of a social problem and must be addressed through religious and/or moral. education by parents and authorities and imprisonment of offenders will only add to further social problems…”

“I do not think the harshness of my sentence will deter other young lovers from making the same mistake. The safeguard into ensuring that similar offences will not happen again starts at home and in school. At home where parents should impose discipline and religious knowledge to ensure that their daughters would not put themselves in situation which will bring about this kind of offence and in school where sex education can be taught so that both girls and boys are aware of the dire consequences of engaging in premarital sex…”

Dalam kes Ismail bin Majid (SC-62-31-05-1/11)(CR Appeal 42-1-06-I) pula, OKT berumur 25 tahun manakala si mangsa berumur 14 tahun. OKT bawa si mangsa ke rumahnya dan di situ mangsa telah dirogol sebanyak 5 kali sepanjang malam itu, padahnya, OKT dipenjara 12 tahun 3 sebatan untuk pertuduhan pertama dan penjara 7 tahun 2 sebatan untuk pertuduhan kedua.

Seterusnya dalam kes Hishamuddin bin Piee (SC-62-404-04-II) (CR Appeal 42-6-06-III), OKT berumur 42 tahun manakala si mangsa berumur 15 tahun. Menurut mangsa dia dengan rela bersekedudukan dengan OKT, malah beberapa kali melakukan hubungan seks tanpa paksaan OKT. OKT pula mengaku kedua mereka adalah pasangan kekasih yang saling mencintai dan mereka sering melakukan hubungan seks di rumahnya. OKT dalam kes ini dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun dan 1 sebatan atas alasan;-

“the victim and respondent still care for each other; respondent did not take advantage of the victim..”

Begitu juga dengan kes PP v Munawar Haris. Semasa kesalahan-kesalahan dilakukan, mangsa berumur 15 tahun dan OKT merupakan warganegara Indonesia. OKT bekerja di kebun sayur dan seringkali datang ke rumah manga dengan membawa sayur-sayuran dan perkenalan ini menyebabkan di antara mereka timbul perasaan cinta mencintai di antara satu sama lain. Akibat daripada perbuatan OKT, mangsa telah hamil. Hasil DNA telah mengesahkan bahawa OKT adalah bapa kandung (biological father) kepada bayi tersebut.

OKT dipenjara selama 9 tahun dan 2 sebatan. Hakim dalam penghakiman beliau menegaskan bahawa;-

“Adalah juga menjadi undang-undang bahawa kepentingan awam menuntut hukuman yang deteren, pengakuan salah bukanlah secara automatik melayakkan orang yang dituduh dikenakan hukuman yang ringan. Keadaan ini akan menyebabkan mangsa berasa malu dan ini akan mengakibatkan mangsa mengalami trauma psikologi sepanjang hayat mangsa. Soal cinta-mencintai tidak boleh dijadikan sebagai satu faktor mitigasi sama sekali kerana mangsa belum mencapai umur yang melayakannya di sisi undang-undang untuk memberi persetujuan kepada perbuatan persetubuhan di antara mangsa dan responden.”

Dalam kes Tuan Mat v Tuan Lonik v PP, OKT telah merogol anak tirinya sendiri sehingga melahirkan bayi lelaki. Dalam kes ini OKT diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 24 sebatan.

Bagi kes Mazlan Bin Mat Noh v PP, OKT telah didakwa atas kesalahan merogol gadis berumur 15 tahun. Mangsa telah dirogol bergilir-gilir oleh OKT dan rakan-rakannya. Yang Arif Hakim dalam penghakiman menyatakan bahawa;-

“Adalah tidak lojik setelah mendapat peluang untuk beromen, tertuduh tidak meneruskan perbuatan merogol mangsa. Lebih-lebih lagi masa yang diambil untuk beromen begitu lama iaitu ½ jam Saya berpendapat bahawa keterangan tertuduh boleh menjadi keterangan sokongan kepada kes pendakwa. Keterangan tertuduh mewujudkan satu keterangan mengenai peluang untuk tertuduh melakukan persetubuhan dengan mangsa dengan adanya keadaan yang hampir kepada persetubuhan iaitu beromen.”

Kesudahannya OKT dipenjara 10 tahun dengan 5 kali sebatan.

Sebelum ini, Sabahkini.net melaporkan seorang Wanita membuat pengakuan kepada Sabahkini.net mengaku mempunyai hubungan sulit dan menjadi perempuan simpanan seorang Menteri Kanan dari Sabah kini gelisah kerana Menteri berkenaan 'hidung belang' dan belum menunaikan janjinya untuk menikahinya.

"Dulu dia selalu datang tetapi apabila saya bertanya bila dia akan melamar, dia semakin menjauh," ujar Wanita yang bernama Mas yang menyerahkan rakaman suaranya bermanja dengan Menteri berkenaan sebagai bukti.

Menurut Mas, Menteri berkenaan sering membawanya ke tempat rahsia untuk memadu kasih, namun setelah Mas terhidu dia mempunyai wanita simpanan lain, maka Menteri Kanan berkenaan menghindarkan diri.

"Baru-baru ini dia datang dan ajak Mas berasmara," ujar Mas yang mengakui tidak dapat menolak ajakan Menteri tersebut namun agak kecewa kerana akhir-akhir ini beliau digoda oleh pegawai Menteri tersebut dengan helah untuk menghindari janjinya mengahwini Mas.

Bagaimanapun, Mas bercadang untuk menemui Ketua Menteri jika menteri kanan berkenaan memungkiri janjinya kerana keluarga Mas semuanya tahu hubungan mereka.

"Datin (isteri menteri) tahu tetapi dia memang tahu perangai suaminya," ujar Mas yang tidak lagi menaruh harapan setelah melihat Menteri tersebut bermesra dengan wanita dan gadis lain di sebuah Pusat Peranginan terkemuka yang agak eksklusif di Utara Sabah.

Sumber : SabahKINI

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List