Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Rumah Che'gubard Dilempar BOM PETROL!!







pagi tadi sekitar jam 2 pagi rumah pengerusi SAMM, Sdra Chegubard telah dilempar dengan bom petrol oleh 2 orang pemuda yang tidak dapat dikenal pasti. bom petrol itu hampir terbakar di bawah kereta kepunyaannya jenis NAZA CITRA. ini kerana jiran sebelah chegubard iaitu pelajar-pelajar kolej yang masih belum lagi tidur terdengar bunyi motorsikal jenis RXZ lalu lalang sebanyak 3 kali di hadapan rumah mereka.
tiba-tiba pelajar-pelajar itu terdengar bunyi seperti kaca pecah dan mereka terlihat api sedang marak menyala dalam perkarangan rumah chegubard dan hampir-hampir bergolek ke bawah keretanya. tindakkan pantas pelajar-pelajar itu berjaya mengawal api dari terus membara. mereka menggunakan berbagai bagai cara untuk memadamkan api tersebut.

Chegubard yang ketika itu sedang tidur, terus terbangun setelah mendengar kekecohan tersebut lalu keluar rumah dan mendapati api telah berjaya dipadamkan dan keadaan ketika itu agak terkawal. Chegubard sendiri mendapatkan penjelasan daripada pelajar-pelajar yang juga jirannya itu bagaimana keadaan boleh berlaku dan rentetan cerita kes khianat yang berlaku.

lebih kurang jam 3 pagi, sekumpulan aktivis SAMM datang untuk melihat keadaan yang berlaku dan terus membawa chegubard ke balai polis seremban 2 untuk memebuat laporan polis. setelah laporan diambil, beberapa anggota polis dilihat meronda untuk menyiasat di kawasan berhampiran kawasan kejadian. unit JSJ juga datang ke tempat kejadian untuk mengambil gambar dan bahan bukti.

dengan berlakunya kes khianat ini, chegubard menyatakan bahawa ugutan simbolik ini langsung tidak melemahkannya untuk terus berjuang dan akan lebih semangat lagi mendedahkan kezaliman dan penyelewengan mereka-mereka yang terlibat untuk menghancurkan negara malaysia yang tercinta ini. akhir kata susuk anak muda ini tidak akan sesekali berubah malah suatu perubahan akan terus berlaku. anak-anak muda khususnya SAMM akan bersama dengan Chegubard dlm meneruskan perjuangan suci ini insyaallah...

SAMM( solidariti anak muda malaysia)

Takziah Kepada Bro Sani...

SAUDARA SANI KEMALANGAN JALAN RAYA





pagi tadi lebih kurang jam 8 pagi, betul2 depan tol senawang sdra sani telah melanggar sebuah lori dan berlakulah satu kemalangan yang agak pelik. ini adalah kerana kereta yang dipandu sani diakui total loss akn tetapi sedra sani hanya mengalami luka2 kecil sahaja. dalam kejadian ini, kami amat percaya dengan pengalaman2 yg lepas bahawa Allah sayang dan mnjaga pejuang2 yg berjuang ke jalannya. Mungkin sani juga salah seorang yg dipilih Allah sebagai pejuangnya insyaallah..
alhamdulillah, walaupun kemalangan yg berlaku menyebabkan sedikit gangguan dari urusan penghidupan sdra sani, akn tetapi kami dari SAMM akn bersama beliau dan senantiasa mengambil berat keadaan beliau dan keluarga insyaallah.
buat sahabat2 di luar sana, berdoalah agar sdra sani dan kami dlm SAMM terus istiqamah dalam perjuangan suci ini insyaallah...

SAMM (solidariti anak muda malaysia)
"PERUBAHAN HARUS DIDESAK, BUKAN DITUNGGU!!!"

Ibrahim Ali Si Katak Bangsat!!

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

dari tabble blog Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia)

NAJIB

Pulih Imej Antarabangsa

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

Syarikat APCO Worldwide yang diupah Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan imej beliau yang tercalar, didakwa memberikan khidmat serupa kepada beberapa diktator dan pemimpin rasuah di seluruh dunia.

Akhbar berpengaruh The Times of India melaporkan selain Najib, firma perhubungan awam yang beribu pejabat di Washington itu dilantik sebagai perunding imej untuk bekas diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Turut menjadi pelanggan APCO ialah jutawan Mikhail Khodorkovsky yang pernah menjadi ketua belia Parti Komunis Rusia dan didakwa mempunyai hubungan dengan mafia.
The Times of India mengatakan APCO Worldwide mempunyai kepakaran untuk gi membaikpulih imej pemimpin-pemimpin dunia yang tidak popular di kalangan rakyat.
Akhbar The Times melakukan siasatan terhadap APCO setelah didedahkan bahawa Narendra Modi, Ketua Menteri Gujarat adalah juga pelanggan syarikat itu.

Narendra dikatakan mendalangi rusuhan agama di negerinya pada Februari 2002 yang meragut 1,000 nyawa, kebanyakan orang Islam. Untuk memulihkan imej Narendra kerajaan negeri Gujarat dilaporkan membayar yuran sebanyak USD25,000 sebulan kepada APCO Worldwide.
"Walaupun sebutharga APCO tiga kali ganda lebih mahal daripada syarikat lain, ia telah dipilih atas alasan firma itu mempunyai ramai bekas senator daripada parti Republikan dan Demokrat yang menjadi pakar perunding," kata akhbar itu lagi.

Kerajaan Malaysia pula dipercayai mengikat kontrak bernilai RM20 juta sejurus selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

Diasaskan pada 1984, APCO Worldwide merupakan perunding komunikasi global yang mempunyai rangkaian di 24 bandar raya utama dunia.
Pelanggannya merangkumi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan badan bukan berorientasikan keuntungan.

APCO Worldwide membuka pejabatnya di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas mengikat kontrak lumayan itu dengan kerajaan Najib.
Syarikat tersebut mempunyai majlis penasihat antarabangsa termasuk beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel seperti Shimon Shein bekas duta Israel ke Jerman, Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon bekas pegawai tinggi Agensi Keselamatan Israel.

Parlimen Hulu Selangor milik PKR atau BN???



Kini seluruh pandangan menuju ke arah Parlimen P94...adakah kerusi parlimen ini akan kekal di tangan Pakatan Rakyat atau akan dirampas oleh Barisan Najis?? bila melihat segala apa yang telah dibangunkan oleh Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar yang merakyatkan ekonomi Negeri Selangor kemungkinan besar rakyat di Hulu Selangor akan memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR pada PRK P94 ini.Tetapi bila memikirkan pemerintahan Mat Monggol yang semakin dihujung usia yang kian hari kian menampilkan kelemahan Mat Monggol akan menggunakan segala cara untuk memenangi PRK P94.Ini bukan persoalannya tapi ini lah detik di mana anak muda harus mula belajar mencipta sejarah agar di masa akan datang boleh membaca sejarah tersebut...



Pada pandangan SJ selaku anak muda adalah lebih elok dengan keadaan semasa yang sedang berlaku diletakkan seorang calon yang muda,yang berpikiran jauh dan boleh memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik.Kepada pimpinan Pusat PKR diminta mempertimbangkan cadangan ini kerana berilah peluang kepada anak muda untuk membuktikan yang masih ada anak muda yang waras dan setia bersama parti biar apa yang berlaku masih ada anak muda yang berjiwa kental yang tidak takut dengan 'MAHLUK dan berani dengan vokal menyatakan pendapat dan pandangan.Masih ada anak muda yang tidak berjiwa seperti FAIRUZ PENGKHIANAT...binatang yang bertopengkan manusia ini merupakan seorang pengkhianat anak muda.Pengkhianat perjuangan,agama dan bangsa.



Pada hari ini kita lihat pengaruh anak muda begitu besar dalam perkembangan politik negara..Lakukan perubahan berikan tempat yang lebih baik kepada anak muda bukan hanya meletakkan mereka sebagai penampal poster sahaja..semoga cadangan orang yang dibawah diambil kira dan diselidiki supaya selari dengan kata2 "Anak Muda Pengayuh Perubahan" jangan biarkan kata2 semata-mata jadikan ianya realiti!!

Hidup Anak MUDA!!

Lawan Tetap Lawan!!!

AYUH ANAK MUDA KITA KEKALKAN KEMENANGAN DI HULU SELANGOR!!!

AYUH ANAK MUDA KITA SAMA2 TURUN KE PRK HULU SELANGOR MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN RAKYAT DENGAN MAJORITI YG LEBIH BESAR...

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

pakatan gathering hulu selangor02Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

pakatan kkb talks anwarPara pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

pkr gathering in hulu selangorDi Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

pakatan kkb talks anwar and crowdMenteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.






Ezam jadi Panglima PONDAN..sungguh ku tak sangka....

dari blog rakan seperjuangan : Che'gubard

Sedih hanya itu ayat yang keluar bila cheGuBard ditunjukkan gambar Ezam melutut menyembah Muhiyuddin. Ezam memang punya sosok panglima...namun akhirnya ia melutut di depan manusia.... sedih sedih...

Panglima Raja Sesumpah.



Inilah wajah panglima lompat raja sesumpah yang akhirnya terpaksa melutut menyembah Muhyidin untuk dapat selempang darjah tertinggi silat lincah malaysia.

Ibrahim Ali Imam segala katak serta Koh Tsu Koon turut hadir pada majlis Raja Sesumpah melutut menyembah Muhyidin. Maknanya Ezam telah bertukar dari kem Najib kepada kem Muhyidin.

Ezam juga mahu jadi panglima silat seperti Fairus rupanya. Setahu saya Ezam silat kuntau tu dia pandai la.

Fairus bukan sahaja lompat parti tetapi lompat pertubuhan Silat.

Pada bula Ogos 2007 di Pulau Pinang, Anwar ditabalkan sebagai Ketua Khalifah Imam Besar Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di saksikan oleh Fairus dan Mahaguru Dato' Majid.

Tetapi akhirnya Fairus melompat ke Silat Gayong Malaysia bersama Najib dan terus umum masuk umno di Kuala Lumpur. Macam-macam lompat ada.

Bila saya dedahkan wajah sebenar Fairus yang tidak hadir ke Mesyuarat Jakim 7 kali hingga menyebabkan Exco Agama P,Pinang diberi kepada YB Hj Malik, wartawan bertanya saya, apakah sebab Fairus sertai umno?

Jawabnya mudah...saya kata mana ada orang masuk umno ikhlas berjuang...
Siapa kata...Ezam raja sesumpah yang kata...bukan saya yang kata..
Buktinya apa? Cuba anda tonton Video ini.



Zahid Md Arip mantan cucu Ghafar Baba pernah berpantun...

" Kapal layar belayar sudah...
Tertulis dalam lipatan sejarah...
umno dulu haram sudah...
umno kini haram jadah...

Maknanya Zahid, Ezam, Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Hanapiah Man, Ghani Haron, Nazmi, Sd Johari, Hamdan Taha termasuk yang terbaru Fairus semuanya haram jadah rupanya..bukan saya kata, tetapi Zahid Md Arip yang kata..




Inilah rumah baru Ezam yang sedang diubah suai. Inilah bukti Ezam raja sesumpah ikhlas berjuang dalam umno. Rumah pun bertambah besar.

AKU Kini Kembali.....Perjuangan masih diteruskan...

Salam kepada rakan-rakan semua yang telah banyak bertanya hinggalah malam semalam ada juga lagi yg bertanya kenapa dah tak UPDATE blog...?tiada apa yg berlaku AKU masih di sini bersama perjuangan ini cum akomitmen masa untuk nk update blog kurang sedikit tapi selepas menerima kata semangat daripada rakan seperjuangan yg aku hanya letak sebagai 'Abg Man'..Terima Kasih aku akan kembali semula biarpun tiada masa akan aku usahakan masa itu..hingga ada juga rakan2 yang menganggap aku telah mengikuti jejak 2Z BANGSAT..iaitu ZULDIN KONTOT dan ZAHRAIN GENDUT!!

Aku masih di sini bersama perjuangan ini..hari ini aku mula menari-nari di laman penulisan ini untuk mengajak anak muda kita harus bangkit semula dari tidor yg lena..8 Mac 2010 telah berlalu..menunjukkan bahang kemenangan 8 Mac 2008 dah 2 tahun bermula..kepada pimpinan negeri jangan kita hanya tau menghentam juak2 UMNO tapi mulakan langkah ke hadapan,banyak lagi isu JOhor khususunya nasib anak-cucu di masa akan datang..banyak lagi yang perlu diperjuangkan...

Perjuangan kita bukan hanya untuk masa kini tetapi akan datang..perjuangan bukan sekadar mencari kelemahan UMNO bangsat...perjuangan kita sepatutnya lebih jauh...banyak isu-isu yang ada di Johor masih belum dibuka kepada rakyat..bila lagi..bila masa??apa lagi yang ditunggu???apa lagi ?? masih ada yang ditunggu ker untuk nak buat kerja??....tak kan nak tengok jer UMNO mula cuba perkukuhkan parti nya yang sebenarnya jika kita bekerja bersungguh-sungguh 10 DUN dalam genggaman kita...AYUH rapatklan semula saf dan berikan anak muda misi yang lebih jauh bukan sekadar tampal poster dan sebagainya..tapi didik anak muda ke arah perjuangan yang lebih besar..gunakan keberanian anak muda di jalan yang betul pasti kejayaan diakhirnya.....

Kenyataan AMK MUAR tentang Kebangsatan ahli PKR yg BERAMBUS!!

Hebahan Media

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Reformasi,

Hari ini media – media dan blog – blog dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai UMNO / Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac 2010.

Rujuk laman blog dan surat khabar online ini untuk berita tersebut :

The Star

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/27/nation/20100327191305&sec=nation

Blog Aspirasi Bangsa

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/03/gempar-ketua-amk-muar-pula-keluar-pkr.html

ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR menafikan dan mengutuk sekeras – kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK MUAR. Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK MUAR yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak dan bacul UMNO / Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami.

Hanya 3 orang anggota AMK MUAR yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar – gemburkan oleh media iaitu Razali Bin Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta dan pembeli – pembeli tertipu sebagai “Zali Allright” atau “Zali Confirm”, Bekas Naib Ketua 1 AMK MUAR dan 2 lagi anggota.

Daripada sumber – sumber yang dekat dengan Saudara Razali Jaafar mengesahkan bahawa 50 orang lagi itu adalah merupakan ahli baru UMNO dan bukannya anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR. Juga, Saudara Razali ini memang telahpun giat mengedar borang keahlian UMNO kepada penduduk sekitar yang bukan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mahupun AMK MUAR. Ini adalah merupakan satu bentuk pembohongan dan publisiti murahan UMNO / Barisan Nasional Muar. AMK MUAR dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk memberikan bukti atau Nombor Keahlian 50 orang ini. Jangan hanya bercakap tanpa di iringi bukti sahih.

Saudara Razali Bin Jaafar bukanlah anggota yang aktif. Juga, beliau bukanlah seorang Naib Ketua yang baik dan bertanggungjawab malahan kehadiran beliau ke majlis – majlis atau program – program anjuran parti atau AMK MUAR juga boleh dihitung. Ramai anggota AMK MUAR dan PKR Cabang Muar tidak mengenali beliau. Jadi, mana mungkin AMK MUAR menjadi tempang tau lumpuh oleh kerana pembelotan 3 orang anggota yang tidak pernah aktif, tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dan berjuang untuk parti dan rakyat.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak sesekali terjejas dengan perbuatan tidak bermaruah 3 orang katak ini sebaliknya AMK MUAR semakin kukuh dan mantap oleh kerana berlakunya proses pemutihan keanggotaan yang sedang berlaku di dalam kepimpinan dan keanggotaan AMK MUAR.

Ini merupakan usaha terdesak UMNO/Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Sewaktu mereka semakin ditolak rakyat, AMK MUAR telah pun menjadi pemangkin wadah perjuangan rakyat yang menjadi harapan masyarakat Muar. Juga, ini adalah bukti ataupun dalil bahawa ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR semakin digeruni UMNO/Barisan Nasional Muar. Walaupun jumlah anggota kami tidak seramai mereka, tetapi usaha dan suara kami benar – benar menyusahkan mereka. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini adalah langkah – langkah dan usaha berterusan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR telah menjadi igauan ngeri UMNO/Barisan Nasional Muar, Muhyiddin Yassin dan Razali Ibrahim.

Ini juga membuktikan mereka telah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kemaraan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang semakin diterima oleh rakyat Muar tidak kira golongan muda ataupun veteran sehingga mewajarkan tindakan bebal membeli 3 anggota AMK MUAR yang bermasalah, tiada kredibiliti, lemah semangat perjuangan dan ditolak oleh AMK MUAR dan rakyat Muar.

Jadi, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR sekali lagi dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk membuktikan bahawa 50 orang yang didakwa anggota AMK MUAR itu sememangnya anggota berdaftar. Sila serahkan nombor keahlian mereka. UMNO/Barisan Nasional Muar, kalau benar mahu bertempur, bertempur seperti pejuang sejati bukan dengan gaya sumbang dan lembik seperti ini.

Di kesempatan ini juga, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR mengecam dan membidas usaha – usaha beberapa pihak untuk menghalang dan mengagalkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar daripada diadakan pada 27 Mac 2010 dengan mensabotaj dan memulangkan semula notis Jemputan Mesyuarat pada hari Jumaat yang lepas. Ini sekaligus membuktikan betapa keupayaan PKR MUAR dalam meraih restu dan sokongan masyarakat Muar. Juga, ini merupakan petanda jelas betapa tempoh hayat UMNO/Barisan Nasional untuk menguasai kerusi Parlimen P146 Muar semakin pendek dan malap.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR dengan ini menegaskan bahawa sebarang usaha – usaha bebal ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk membebaskan rakyat Muar daripada pemerintah zalim, korup dan rakus. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak akan dan tidak pernah gentar dengan permainan politik sakai dan murahan UMNO/Barisan Nasional. Hari ini kamu merompak 3 anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang bermasalah tetapi kami sedikitpun tidak merasa tergugat malahan kami amat yakin bahawa akan muncul lagi 300 anak muda Muar yang kukuh semangat perjuangan menentang UMNO/Barisan Nasional.

Pimpinan UMNO/Barisan Nasional jangan suka bersembunyi di belakang punggung Saiful Bukhari. Kalau benar perjuangkan rakyat, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR MENCABAR RAZALI JAAFAR ATAU YB RAZALI IBRAHIM, AHLI PARLIMEN MUAR UNTUK TURUN BERDEBAT DI MANA – MANA PADA BILA – BILA MASA. Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN tidak pernah gentar dan takut menentang kezaliman dan kerakusan Penguasa.

Sekian,

“AMK MUAR PENCETUS REVOLUSI”

Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail

Pemangku Ketua,

Angkatan Muda Keadilan Muar

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List