dari tabble blog Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia)
NAJIB |
Pulih Imej Antarabangsa Syarikat APCO Worldwide yang diupah Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan imej beliau yang tercalar, didakwa memberikan khidmat serupa kepada beberapa diktator dan pemimpin rasuah di seluruh dunia. Akhbar berpengaruh The Times of India melaporkan selain Najib, firma perhubungan awam yang beribu pejabat di Washington itu dilantik sebagai perunding imej untuk bekas diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev. Turut menjadi pelanggan APCO ialah jutawan Mikhail Khodorkovsky yang pernah menjadi ketua belia Parti Komunis Rusia dan didakwa mempunyai hubungan dengan mafia. The Times of India mengatakan APCO Worldwide mempunyai kepakaran untuk gi membaikpulih imej pemimpin-pemimpin dunia yang tidak popular di kalangan rakyat. Akhbar The Times melakukan siasatan terhadap APCO setelah didedahkan bahawa Narendra Modi, Ketua Menteri Gujarat adalah juga pelanggan syarikat itu. Narendra dikatakan mendalangi rusuhan agama di negerinya pada Februari 2002 yang meragut 1,000 nyawa, kebanyakan orang Islam. Untuk memulihkan imej Narendra kerajaan negeri Gujarat dilaporkan membayar yuran sebanyak USD25,000 sebulan kepada APCO Worldwide. "Walaupun sebutharga APCO tiga kali ganda lebih mahal daripada syarikat lain, ia telah dipilih atas alasan firma itu mempunyai ramai bekas senator daripada parti Republikan dan Demokrat yang menjadi pakar perunding," kata akhbar itu lagi. Kerajaan Malaysia pula dipercayai mengikat kontrak bernilai RM20 juta sejurus selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Diasaskan pada 1984, APCO Worldwide merupakan perunding komunikasi global yang mempunyai rangkaian di 24 bandar raya utama dunia. Pelanggannya merangkumi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan badan bukan berorientasikan keuntungan. APCO Worldwide membuka pejabatnya di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas mengikat kontrak lumayan itu dengan kerajaan Najib. Syarikat tersebut mempunyai majlis penasihat antarabangsa termasuk beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel seperti Shimon Shein bekas duta Israel ke Jerman, Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon bekas pegawai tinggi Agensi Keselamatan Israel. |
0 comments:
Post a Comment