berdemo dalam keadaan hujan lebat......
Lan Tandus turut hadir bersama membakar bendera ISRAEL!!
Salam..sepatutnya SJ hari ni berada bersama-sama rakan di Kuala Lumpur berdemo membantah kezaliman Israel terhadap kapal-kapal bantuan dan Kebodohan UMNOAPCO yang melesenkan perjudian Bola Sepak.Tapi Alhamdulillah SJ bersama rakan-rakan dari Johor tetap meneruskaahan agenda untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan kebangsatan ISRAEL terhadap kapal yang membawa misi bantuan ke GAZA..SJ bergerak ke Masjid Abu Bakar pada tengah hari tadi untuk bersama-sama rakyat Johor membuat perhimpunan aman di kawasan Masjid Abu Bakar. Selesai bersembahyang SJ dan rakan-rakan terus berkumpul di perkarangan kawasan Masjid Abu Bakar untuk memulakan demontasi bantahan terhadap Israel dan membantah lesen judi bola yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNOAPCO sendiri.
Bangkit Anak Muda......!!Seruan Takbir bergema...
Lan Tandus siap pakai baju GAZA..baju kepala setan semua dah tinggal..yang lain bila lagi nak berubah...??
Keadaan yang mulanya sudah mendung kemudian tak beberapa lama kemudian hujan pun turun namun orang ramai yang berkumpul di situ tidak berganjak dari tempat perhimpunan dan meneruskan.Kemudian beberapa pimpinan Pakatan Rakyat berucap memberikan kata-kata perangsang supaya ummat islam sedar yang Israel semakin melampau dan jika nyawa terpaksa kita pertaruhkan demi membela agama islam kita seharusnya sanggup.Turut hadir bersama-sama kami Ustaz Abdullah Hussin yang memberikan nasihat dan membakar semangat kami supaya tidak gentar terhadap musuh islam iaitu ISRAEL.
orang lama saudara Rosli Kemin seorang aktivis sejak zaman reformasi lagi....
Hujan turun semakin lebat tapi kami tetap tidak berganjak,baju pun dah mula basah kuyup kami tetap meneruskan dengan ucapan diteruskan oleh Saudara Mazlan Aliman yang turut sama mengecam Israel.Dalam ucapannya Saudara Mazlan Aliman menegaskan Kerajaan Malaysia sepatutnya menarik balik lesen judi bola sepak tersebut kerana mendatangkan masalah sosial dan jika balik kepada hukum Islam dan agama-agama lain tidak ada agama yang menghalalkan judi kerana boleh mendatangkan keburukan yang amat sangat.
Terbakarnya bendera rejim Israel tidak cukup bagaimana terbakarnya hati kami melihat rakyat palestin diheret seperti anjing...!!
Adakah pimpinan UMNOAPCO tidak memikirkannya??Jelas kepentingan rakyat tidak dijaga tetapi menjaga kepentingan taukey2 besar seperti Vinsetan dengan memberikan lesen judi tersebut kepada Berjaya. SJ harap bantahan seperti ini tidak akan berhenti di sini sahaja...kita akan bantah dan terus bantah sehingga Kerajaan UMNOAPCO mengambil tindakan yang sewajarnya.Anak Muda akan terus mendesak demi melakukan perubahan.
BODOH SIAPA YG LULUSKAN JUDI BOLA!!PEROSAK DAN PENGKHIANAT BANGSA DAN RAKYAT MALAYSIA!!
semoga di masa akan datang anak-anak ini bakal membawa perubahan pada negara kita..perubahan yang baik!!
BERIKUT VIDEO YG SEMPAT DIRAKAM
Tunggu tidak ada dalam kamus Anak Muda..lawan terus lawan dan serang terus serang.... Hidup Anak Muda!!!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment