Salam Reformasi salam perjuangan dari SJ...setakat jam 2.56 pagi ini 31/10/2010 Che'gubard sedang mendahlui penjumlahan undi dengan undi sebanyak 352 undi manakala Shamsul Iskandar mendapat 241 undi.SJ mengharapkan keputusan Che'gubard terus berada dihadapan sehingga selesai semua pengundian di Cabang-cabang.SJ mendapat info dari teman-teman bahawa ada yang berbisik-bisik untuk menolak Chang Li Kang sebagai calon Timbalan Ketua AMK kerana dia seorang cina..ini kerja bodoh dari manusia yang sangat bodoh dan bebal.
Anak Muda harus bertindak bijak jika isu ini dimainkan,memilih calon itu harus dinilai dari prestasi,moral dan gerak kerjanya bukan sebab kaum.SJ tidak marah jika ada yang menolak Li kang dengan alasan Li Kang punya gerak kerja tidak baik,moral tidak baik,tapi sangat marah bila ada yang menolak Chang Li Kang sebab dia seorang cina.Nilailah pemimpin itu dengan cara yang rasional jangan terendah dengan isu-isu bodoh ini.Harapan SJ anak muda yang akan mengundi nanti tidak terpedaya dengan dakyah tersebut.
Sejarah pernah membuktikan Sdr Chang Li Kang pernah ditangkap kerana mempertahankan kepentingan orang melayu,salah satu tangkapan dibuat ke atas Chang Li Kang adalah kerana mempertahankan rumah orang melayu di Kg Berembang.Maka tidak salah jika Che'guBard memilih Sdr Chang Li Kang sebagai Calon Timbalan Ketua AMK dalam line-up nya.Sebenarnya ada sesuatu yang besar harus dilihat dari line-up Che'gubard,ada melayu,cina,india dan secara automatik RETORIK NAJIB 1 MALAYSIA dapat dipatahkan dengan ada nya line-up ini.Maka kesan ini amat positif kepada PKR khususnya. SJ menyeru Anak Muda yang cintakan keadilan dan kesaksamaan serta memperkukuhkan AMK untuk memberikan undi kepada saudara Chang Li Kang sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat.Alangkah indah nya demokrasi tanpa isu perkauman sempit ini.
Sekian dahulu untuk pagi ini.Hari ini ada lagi 27 Cabang akan mengadakan pemilihan,diharapkan keputusan pada hari ini akan memihak kepada Team Penerus Perjuangan REFORMASI yang dipimpin oleh Che'gubard.
Perubahan itu harus Didesak bukan ditunggu!!!!Anak Muda cintakan perubahan!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment