Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

CERAMAH PERDANA : YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM : CUBAAN MEMBATALKAN PROGRAM TERSEBUT OLEH PEMUDA UMNO KULAI


Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid dan Pemuda Umno Kulai agak terkesan dengan berita kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kulai.

AMK Gelang Patah yang sudah beberapa malam berkampung di Kulai bagi membantu PKR cabang Kulai membuat sebaran mengenai ceramah tersebut menerima berita bahawa terdapat cubaan membatalkan program ini apabila Pemuda Umno Kulai mendesak pihak Polis supaya tidak meluluskan permit ceramah tersebut. Perbuatan "bangsat" tersebut amat2 di kutuk dan jelas memperlihatkan kebaculan Pemuda Umno Kulai yang tidak berani berdepan dengan kenyataan. Jika sebelum ini Pemuda Umno Kulai begitu lantang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat termasuk Ketua Bahagiannya, pada 22 November nanti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperjelaskan kepada hadirin siapakah sebenarnya pengkhianat.

Apakah rumah Ketua Umno Bahagian Kulai yang bernilai lebih RM3juta ringgit tiada unsur2 "PENGKHIANATAN" beliau kepada rakyat...????

Jika kamu berani menjual, kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sanggup membeli... Jika benar Pemuda Umno Kulai anak jantan, ayuh kita bertempur secara ilmiah bukan bertindak umpama pondan mensabotaj program kami....

**** Kepada mereka2 yang mengaku ahli atau mana2 pimpinan PKR yang bertindak untuk mensabotaj/tidak membantu gerakerja program ini kerana masalah peribadi, kami mendesak mereka2 ini keluar dari PKR dan jangan membarahi ahli2 yang lain dengan perangai "bangsat" yang berkepentingan peribadi. Sewajarnya semua ahli PKR bersatu hati untuk menyambut kehadiran Ketua Umum dan mengenepikan seketika masalah peribadi namun jika ada pimpinan/ahli yang berperangai seperti Umno yang mengharapkan program ini gagal, nyah kamu dari PKR. Kami tidak perlukan ahli atau pimpinan sebangsat ini.

SJ-"APA YANG DIKATAKAN OLEH AMKGP ADALAH BENAR,DAN SJ NAK TAMBAH SESIAPA YG BOIKOT PROGRAM INI MEREKA ADALAH 'PENGKHIANAT PKR SENDIRI!!BOLEH BERMABUS DARIPADA PKR!!PKR TETAP HIDUP AWALUPUN SESUMPAH EZAM KELUAR DARIPADA PKR!!!"

SEDANGKAN BAH KAPAL TAK HANYUT INIKAN PULA KEMARAU PANJANG!!

Pencetus Gerakan Anak Muda!!!


Salam reformasi,akhir-akhir ini SJ perhatikan banyak tangan2 ghaib dan 'pengkhianat' masuk dalam blog ini kemudian buat provok untuk melagakan kedua anak muda PKR yang berani!!!Hari ini SJ selaku Pengelola suarajohor ingin menyatakan pendirian.SJ sayangkan Parti bukan Individu dalam PKR!!!Bagi SJ mereka berdua adalah pemimpin SJ dan anak muda!!


Khas Untuk Pencetus Anak Muda....



Lawan Tetap Lawan!!!!!

Gerak Kerja untuk program DSAI di Kulai Johor Diteruskan Ver 2!!!!



Salam,malam tadi Sj bersama beberapa rakan dari AMKGP meneruskan gerak kerja penyebaran Handbill dan poster kepada rakan-rakan yang berada di Senai.SJ cukup tabik pada beberapa rakan-rakan yang benar-benar sanggup berkorban demi menjayakan program DSAI di Johor,macam semalam ada salah seorang rakan SJ anak-anaknya masih kecil ada dua orang,dua2 tengah demam tapi kerana keikhlasan hatinya untuk berjuang demi kejayaan program DSAI di Kulai Johor sanggup datang bersama SJ mengedar handbill,Dahlahtu baru sahaja balik kerja tapi sangup bersama.Tahniah kepada individu tersebut,hanya allah yang akan membalas segala keringat anda itu.

Seorang lagi rakan SJ tengah tak sihat,penyakit lamanya datang kembali,dalam keadaan semput masih sanggup bawa kereta untuk edar handbill dan poster pada PKR Pasir Gudang,belum sempat menghela nafas lega tiba-tiba telefon pula berdering bos panggil pergi kerja,tapi dengan semangatnya untuk bantu parti dia sanggup juga meredah kegelapan malam menyebarkan Program yang bakal dilaksanakan di Kulai Johor.SJ lihat insan-insan ini tidak pernah letih untuk berjuang,tapi ke manakah perginya insan lain yang 'sihat',ada juga yang masih bujang tapi tidak turun ke lapangan,Tolonglah SJ merayu kepada anak muda bangkitlah,bangunlah,berdirilah segera ini masa kita..Cuba fikirkan andai insan-insan seperti yang Sj ceritakan di atas telah tua siapa bakal mengambil alih perjuangan ini jika bukan kita.

Perjuangan memerlukan pengorbanan,adakah pengorbanan yang sedikit ini tidak dapat diberikan oleh kita wahai anak-anak muda,korbankanlah sedikit masa demi perjuangan ini.Jadilah anak muda yang benar-benar 'muda'.Ciptalah sejarah ketika muda!!!!Bagi SJ walaupun yang hadir untuk buat gerak kerja ini hanya 'mereka-mereka' SJ tetap akan bersama insan seperti ini untuk meneruskan perjuangan ini!!!!


We Will Fight and Never Surrender!!!!!!

Gambar menceritakan segalanya!!!!

Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor!!


Pada 22 November 09, Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor akan mengadakan Konvensyen di Kluang, Johor. Konvensyen ini diadakan untuk memantapkan lagi organisasi parti diperingkat negeri mahupun cabang. Yang pastinya konvensyen itu nanti akan merumuskan sesuatu yang terbaik untuk PKR Negeri Johor.

Sepertimana yang diminta oleh Majlis Perhubungan Negeri yang mana setiap Cabang perlu menghantar sekurang-kurangnya 20 orang AJK Cabang untuk hadir dalam konvensyen tersebut wajar ditunaikan oleh setiap Ketua Cabang jika mereka benar2 serius mahu keadilan bertapak kukuh di Negeri Johor ini. Kesedaran dan komitmen dari setiap AJK Cabang untuk menghadirkan diri pada program tersebut turut ditagih jika mahu serius dalam berpolitik. Jika sekadar untuk mencari nama dan populariti adalah lebih baik dan mulia mengundurkan diri dengan cara terhormat.

Jika masih ada mana2 AJK atau Ketua yang tidak boleh mengikat kesepaduan antara satu sama lain, adalah lebih baik mereka duduk diluar parti kerana PKR amat mengutamakan kesepaduan bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Setiap Ketua/AJK tidak kira Cabang/Wanita/AMK perlu mempunyai kesedaran dan serius dalam usaha2 memantapkan kawasan masing2. Sebarang permasalahan meruncing perlu diselesaikan secara ilmiah dan bijaksana agar ianya tidak membarah kepada keseluruhan organisasi. Jika Cabang lesu dan layu sewajarnya ia menimbulkan kerisauan kepada keseluruhan organisasi, oleh kerana itu kepedulian kita terhadap prestasi organisasi parti perlu diterapkan dijiwa setiap penjawat parti. Menuding jari kepada pihak tertentu bukanlah jalan penyelesaiannya namun kesedaran dan komitmen semua pihak akan mengukuhkan lagi akar tunjang sebuah oragnisasi.

Konvensyen PKR Johor nanti pastinya akan menghuraikan segala kemelut yang ada dan semoga ianya dapat menerbitkan satu kesedaran yang tinggi kepada semua peserta konvensyen yang hadir. Keikhlasan peserta yang hadir untuk duduk sama memikirkan jalan terbaik demi kesahteraan parti kerana jika mahu keputusan yang terbaik perlunya idea yang paling baik. "Menggilap Harapan Rakyat"

sumber :AMKGP

Pendekar Sudah Membuka Langkah!!!


Salam reformasi,nampaknya semangat reformasi 98 kian kembali,semalam SJ amat rasa gembira dan teruja dengan kata-kata dari DSAI,betapa naik semangat SJ mendengarnya.Dibawah antara kata-kata daripada Pendekar Anwar Ibrahim!!




"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya. "Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya "Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia,"


Lihatlah betapa kata-kata DSAI mampu menggoncangkan jiwa anak muda,SJ ingin menyeru kepada mana-mana anak muda yang masih lesu ayuh bangkit segera,inilah masa kita,inilah era kita,kitalah yang mampu mencorakkan pentadbiran negara di masa akan datang,kuasa berada di tangan kita,andai salah langkah kita binasa di akan datang.Kita turun bersama membantu menjayakan program DSAI di Kulai Johor,kita turun dengan hati yang nekad.Perjuangan kita bermula dari sekarang bukannya boleh dilengah lagi.Ini jalan kita,jika kita tidak berani jangan berani mengatakan yang kita 'anak muda',anak muda harus berani,bukan berani buat jenayah tapi berani melakukan perubahan!!

Kita harus ambil serius kata-kata DSAI seperti diatas,jangan kita tidak bertindak,bilamana semangat Pendekar sudah menyerap ke dalam jiwa DSAI,adakah anak muda menjadi bertambah 'lembik'??Jangan malukan anak muda,sepatutnya kita berada di barisan hadapan berjuang bersama pendekar kita demi perjuangan yang suci ini.SJ semdiri dapat merasakan semangat itu,bagaimana rakan-rakan yang lain??kita bukan mahu bertempur bergaduh,kita bukan mahu menjadi penjenayah,kita bukan mahu merompak hasil negara,tapi apa yang anak muda mahu kita mahu buka minda rakyat Malaysia supaya tidak menjadi bangang,kita nak jadikan Rakyat Malaysia yang mempunyai minda terbuka yang boleh berfikir secara rasional itu perjuangan kita.

Peringatan kepada Najib,jangan sesekali fikir kami anak muda hanya boleh digunakan untuk pasang poster,pasang bendera,jadi pencacai sahaja,tapi ingat bilamana anak muda sudah bangkit,maka ketika itu sesiapa pun tidak mampu menghalangnya,bangkit demi pertahankan kerajaan rakyat,jangan pernah ada difikiran untuk sentuh 'pendekar' kami,kami akan pertahankannya!!.Ayuh segera bangkit demi kebendaran dan keadilan untuk rakyat!!!

We Will Fight and Never Surrender!!!!!!!!!!!

Gerak Kerja untuk program DSAI di Kulai Johor Diteruskan!!!!

Salam,SJ dan beberapa kawan2 baru balik dari mengedar handbill untuk program DSAI di Kulai,Johor,nampaknya ada juga respon yang baik dari rakyat di Johor ni,termasuk anak-anak muda di gerai burger yang dianggap lekeh oleh sesetengah pihak juga menyatakan sokongan,mereka ini dipergunakan oleh UMNO hanya bila memerlukan terutama masa pilihanraya,tapi bila mereka dah berada ditampuk kuasa mereka lupa pada budak-budak ni.

Bila kita tengok mat rempit tak pakai helmet,kita panggil mereka ni samseng jalanan,tapi bila orang besar tak pakai helmet tak ambil kisah pun malah diusung ke sana ke mari,Pulang dari edar handbill ni SJ pun lepak-lepak tengok blog-blog yang ada tak kira blog pembangkang mahupun cybertrooper UMNO.SJ dapat satu bahan untuk dikongsi bersama dari blog teman seperjuangan,sila baca untuk analisis adakah wajar seorang pemimpin negara melanggar undang-undang dan menjadi tontonan umum untuk rakyat.

dari blog Che'gubard

sumber gambar klik sini
Kata 1 Malaysia tetapi undang - undang berbeza.....

Gambar dibawah ialah bagaimana TPM menunjukkan contoh tidak baik iaitu menaiki motorsikal dengan tidak memakai helmet.

Masih ingat lagi sebuah filem box office yang dilakukan penyanyi terkenal dipotong adegan bermotorsikal oleh pihak pemotong dan penapis filem hanya kerana watak utama dalam filem tersebut menaiki motorsikal tetapi tidak memakai helmet kononya jangan beri contoh tak baik pada orang ramai..... tetapi kali ini semua akhbar utama siarkan pula gambar TPm tak pakai helmet.....

kedua tak ada ke polis dio kawasan itu yang nak tangkap dan saman kerana kesalahan undang - undang jalanraya.....

haha.... lepas nie ada tak anak muda berani buat report polis ke atas TPM kerana salah langgar undang - undang..... hahaha ...

kalau makcik pergi kedai naik motor tanpa helmet disaman tetapi ini...? Atau apakah pemakaian topi keledar hanya di kuatkuasakan secara berpilih-pilih!

We Will Fight and Never 'Sleeping'!!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List