Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Semuanya Terjawab Sudah.....Perjuangan Tetap Diteruskan!!


Salam Reformasi dan Salam Perjuangan..sudah beberapa hari SJ tak update blog,bukan sebab apa..sahaja nak  merehatkan minda disamping sempat menghadiri Kenduri Aqiqah anak kedua Che'gubard Adik Karl Zameer Adzim di Bangi,dalam masa yang sama memikirkan apa strategi untuk menarik anak muda bersama dalam perjuangan ini,anak muda sekarang suka secara sempoi tak suka formal2 ,jadi banyak kene pelajari dan mengambil masa untuk mempelajarinya..Sejak minggu lalu khabar angin bertiup cukup kencang yang Che'gubard bakal keluar PKR dan menyertai UMNO,sehingga kawan-kawan rapat sendiri sudah mula mempercayainya.SJ tenang sahaja sebab  SJ tau dan SJ kenal siapa Che'gubard.
Disini SJ letakkan sedikit gambar untuk tatapan umum Hari Aqiqah Karl Zameer Adzim

                                           Bro Azlan dari Johor turut hadir memeriahkan majlis....


                                          Che'gubard sempat menyusukan Karl....ayah mithali


                                Che'Nur,Che'gubard dan Kak Era Hanim saat nak potong kek...


                                          Karl agak terperanjat arini ramai pula orang datang rumah....


      Abg Lah,dan Helmi wartawan dari agendadaily turut hadir..Black pula bersama bakal Isteri..


                             Azif dan sani sedang melihat ke arah sape lah tu..air tak cukup kot...


 majlis juga dimeriahkandengan kehadiran penghibur Siso The Clown..turut kelihatan Bro Rahman


                 Bro Edy sempat bergambar bersama Bro Rahman dan Azmizam...
Seorang anak muda yang mempunyai kepimpinan,malah memegang rinsip yang cukup kuat dalam perjuangan.Ada yang kata Che'gubard akan bersama zaid,itu lagilah celupar mulut busuk bau longkang.SJ harap orang yang mula-mula buat fitnah tersebut akan jatuh dalam keadaan hina kerana kebusukan mulut longkangnya.Alhamdulillah seperti yang SJ tahu bahawa semua khabar angin itu tidak benar,dan kini semuanya sudah terjawab.Che'gubard tidak khianat,tidak keluar parti malah masih sehingga hari ini bersama berjuang dibarisan hadapan bersama anak muda.Buktinya jelas,Che'gubard mengetuai Demonstrasi Membantah Kenaikan Harga Air di Selangor bersama-sama dengan pimpinan mahasiswa dan anak muda lain untuk berhimpun dan terus berjuang demi rakyat mempertahankan kebenaran memperjuang keadilan.


Setelah banyak spekulasi yang berlaku berikut adalah beberapa petikan jawapan Che'gubard terhadap semua persoalan yang melanda..


"Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan. 

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.
Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu. 





Di sini jelas dan nyata bahawa apa yang dipersoalkan dan ditekankan oleh Che'gubard bukan soal menang atau kalah tetapi mempertahankan prinsip agar KETELUSAN itu berlaku tetapi ianya tidak berlaku,malah Che'gubard juga telah mengemukan saksi hidup untuk kes yang berlaku di Sabah,tetapi masih lagi tiada sebarang tindakan.Apakah agenda yang ingin kita bawa pada rakyat?agenda perubahan?agenda KETELUSAN,mana mungkin rakyat mahu percaya jika prinsip itu sendiri telah tergadai.Che'gubard bersuara bukan sebab dia kalah,bukti jelas bilamana Che'gubard menolak sebarang jawatan lantikan.Bukan sebab nak berpecah belah tapi akur dengan ayat quran yang berbunyi " Janganlah cederung kepada orang yang zalim kelak disambar api neraka" maka Che'gubard tidak mahu bersekongkol dengan sebarang penipuan dan memilih untuk tidak menerima sebarang jawatan dan tidak mengiktiraf keputusan Pemilihan 2010.


Walaubagaimanapun Che'gubard telah berkata " Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti."



SJ ucapkan syabas kepada Anak Muda seperti Che'gubard,SJ di sini juga menyatakan pendirian untuk terus memberi sokongan terhadap perjuangan Che'gubard bersama SAMM.Tanpa jawatan kita juga akan bergerak kerana jawtaan itu bukan platform untuk kita berjuang tapi sebagai satu amanah yang sepatutnya dipegang dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.



Berikut akan diadakan Expo Muda serta Konvoi bermotor Anak Muda SAMM dan Kelab Mootr United Shark dari Rembau ke Permatang Pauh,kepada sesiapa yang ingin membantu dan memberikan sumbangan boleh terus menghubungi saudara Yaser di talian 012 6794704

sekian dari SJ..

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!


Ayuh Bersama Pesta Demokrasi Rakyat ke Istana Negara!!


Salam Reformasi dan Salam Perjuangan,esok adalah Hari Pesta Merah demokrasi rakyat Malaysia,bukankah Negara kita mengamalkan demokrasi yang mana rakyat bebas menyatakan pendapat dan bercakap.Jangan sesekali kita hina Demokrasi ini yang mana dunia tahu bahawa negara kita megamalkan sistem demokrasi.Adakah salah dari segi hak manusia untuk rakyat berkumpul bersama lalu meraikan demokrasi ini?








Ketakutan UMNOBN kini semakin kelihatan jelas yang mana rakyat dinafikan berhimpun secara aman,malah segala program Pakatan Rakyat khususnya di Johor diganggu dan seringkali dipenuhi Polis dan juga FRU,sehingga busuknya UMNOBN Majlis Hari Raya yang diadakan oleh AMK Johortelah diganggu,lihatlah inilah kehebatan UMNOBN yang semakin hari makin takut dengan bayang-bayang sendiri.Rakyat Malaysia cerdik,mereka yang nak berhimpun bukan hendak buat rusuhan tetapi menytakan pendapat adakah itu salah dalam undang-undang Malaysia,buktinya jelas semua yang didakwa dalam Himpunan BERSIH dibebaskan tanpa sebarang tuduhan kerana berhimpun secara aman itu tidak menjadi satu kesalahan.



Perjuangan untuk mempertahankan hak sendiri juga harus dilakukan,kita rakyat ditindas dengan kenaikan Minyak,gula pasir,Gas LPG..apa lagi barang-brang  yang lain pasti turut akan naik..jadi kita nak duduk diam sahaja walaupun sudah teruk dibuli.Jati diri kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas untuk bersuara harus digunakan sebaiknya medium itu demi mempertahankan hak sebagai warga Malaysia yang berani dan paham hak.Semoga esok ramai yang turun untuk menyatakan Hak....Salam Reformasi dan Salam perjuangan dari Sj...!!

Malam ini Ceramah
CERAMAH PERDANA Isu Air & Semasa:
-CHEGUBARD (Pgerusi Solidariti Anak Muda M'sia) bsama wakil pas dan keadilan
4 DIS 2010-SABTU-9.30 MLM d PEJ. PAS KAW. PJS
SEMUA RAKYAT DJEMPUT HADIR & SEBARKAN!

Anak Muda Mendesak Perubahan!!!

Kerajaan Malaysia sila lihat Demokrasi di Negara Lain!!

Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara Ahad ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tetap akan diambil terhadap wakil rakyat mahupun pemimpin negeri yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini," kata Zulkifli lagi.
Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berbaju merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) - yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sehingga ini belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Tak halang serah memorandum

"Sekiranya perhimpunan ini diadakan, maka ianya adalah perhimpunan tanpa permit polis sepertimana peruntukan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
azlan
"Justeru ia merupakan satu perhimpunan haram," kata Zulkifli dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, polis tidak menghalang tindakan untuk menyerahkan memorandum.

"Tak sepatutnya berlaku sebab pada saya ada cara lain lagi untuk menyampaikan memorandum, tidak melalui perarakan dan perhimpunan."Tuan-tuan sendiri tahu, tanpa perhimpunan pun KL akan sesak. Bila sesak akan timbul perasaan marah pemandu dan mungkin akan timbulkan ketegangan dan situasi yang menggugat ketenteraman awam. Itu yang kita hendak elak," katanya lagi.

Katanya lagi penganjur bagi perhimpunan berkenaan akan dianggap menggalakkan perbuatan jenayah

'YB galak perbuatan jenayah'
"Saya kesal ada pemimpin negeri yang sanggup mengajak orang untuk berhimpun dan berarak yang kita tahu ikut undang-undang tak boleh," katanya yang menganggap penganjuran itu sebagai "menggalakkan perbuatan jenayah."

"Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pemimpin negeri atau yang berhormat-yang berhormat," kata ketua polis Kuala Lumpur yang baru itu lagi.

Tambahnya, maklumat berkenaan penganjuran perhimpunan berkenaan yang diperolehi daripada laman blog dan laporan media menyatakan, salah satu perhimpunan berkenaan diadakan bagi membantah pengurusan air Selangor.Kumpulan berkenaan akan berhimpun di Masjid Negara dan bergerak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan ke atas pengurusan Syarikat Air Selangor (Syabas), katanya.

"Kita juga menerima maklumat bahawa terdapat satu kumpulan laun yang akan berhimpun di Stadium Negara dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan dan kelemahan kerajaan Selangor," katanya lagi.

sumber : Malaysiakini

Polis kata sesiapa berkumpul akan diambil tindakan dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur,signal cukup jelas dulu kita pernah berhimpun dalam himpunan BERSIH dan kemudian mereka yang ditangkap didakwa,tetapi akhirnya mereka dibebaskan kerana tiada akta untuk di dakwa kepada mereka,adakah salah jika rakyat mahu berkumpul dan meyatakan luahan hati kerana tertindas.Kerajaan negeri Selangor sudah menggunakan semua cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini lama dahulu tetapi diambil ringan oleh SYABAS dan kini rakyat sudah bersuara kenapa hendak dihalang.SJ rasa UMNOBN semakin takut kerana mereka akan tumbang pada PRU13 nanti dengan kuasa rakyat.

Media UMNOBN yang sentiasa menyerang Pakatan Rakyat juga kini sudah tidak bisa menembusi pemikiran rakyat yang kini lebih gemar mendapatkan maklumat melalui internet bukannya TV3suku ataupun akhbar meloya yang lain.SJ rasa inilah masanya untuk rakyat keluar beramai-ramai menyatakan PROTES terhadap penindasan kerajaan UMNOBN yang terbaru iaitu menaikkan harga RON97 sebanyak RM 0.15 yang membebankan rakyat.Maka jangan takut kita turun kerana hak kita bukan nak buat huru-hara.

sekian dari SJ...
ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!


Sebutan Rayuan ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember


PETALING JAYA: Sebutan rayuan bagi kes ‘Rosmah Puaka’ yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.
Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme.
Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama.
Beliau juga berkata siasatan forensik yang dilakukan terhadap bahan api serta rekod panggilan telefon juga tidak dapat mengaitkannya dengan tertuduh.

Hakim semak nota keterangan

"Dalam proses kes sebegini hakim biasanya akan menyemak nota keterangan, petisyen yang difailkan, serta beberapa dokumen penghakiman yang lain.
"Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap, kemungkinan hakim akan tetapkan tarikh untuk dengar rayuan…namun semuanya terpulang pada hasil perjalanan kes Rabu depan," kata peguam mewakili Shazni Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi FMT.
Kelima-lima pelajar terbabit sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 427 atas tuduhan menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan menconteng didinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan ‘Rosmah Puaka’ 24 Jun tahun lalu kira-kira jam 4 pagi.
Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah sebelum kedatangan Rosmah Mansor ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi.
Manakala bagi Seksyen 436/511, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama.

sumber : FreeMalaysia Today
Oleh     : Jamilah Kamaruddin

Sekalung Tahniah buat Anak Muda yang berani menyatakan luahan hati,Anak Muda seperti ini yang bakal menggoncangkan pemerintahan najibaltantuya di masa akan datang.Anak Muda perlu lebih berani,kerana masa depan negara ditangan Anak Muda kerana Anak muda lah yang bakal mewarisi negara ini.Semoga Negara ini akan diwarisi anak muda yang mempunyai jiwa yang besar.



Jangan lupa semua Demo Membantah Kenaikan Tarif Air dan menyerahkan kuasa penjagaan air kepada Kerajaan Selangor Hari Ahad 5 Disember 2010..ayuh datang beramai-ramai!!!

AIR,API,TANDAS BAYAR adakah selepas ini Giliran MATAHARI ??

Salam perjuangan dan salam Reformasi,apa nak jadi dengan negara dan pemimpin Malaysia?? Inikah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?Setiap kali rakyat,setiap kali rakyat..kenapakah KAPITALIS sangat..semalam minyak lepas ni apa pulak? ingat RM 0.15 tu naik sikit ke?Sehingga bila semua rakyat yang kene tanggung..Air kene bayar,api kene bayar,sampai pembentungan pun bayar,semua kene bayar,apa ingat rakyat Malaysia ni semuanya kaya ke?Nama sahaja pemimpin tapi akal letak dekat mana? lutut kot...


Inikah yang diberi nama pemimpin??Sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa sudah lama kita ditipu dan dinafikan hak,sehingga bila lagi nak sedar?adakah anda bersedia menjadi rakyat yang sentiasa ditipu sentiasa diRETORIKkan?Inilah masanya untuk berubah jika anda sayangkan anak cucu anda untuk kehidupan di masa akan datang.

Hukumlah UBN ni dalam PRU 13 yang tidak lama lagi akan menjelang,Kenapa kita harus tukar kerajaan?kenapa kita harus berubah?jawapannya mudah,keputusan anda hari ini adalah penentu masa depan anak cucu anda di masa akan datang,jika hari ini anda tidak berubah dan masih rela ditipu maka musnahlah masa depan anak cucu anda jika rejim UBN masih memerintah.Semua dah kene Caj tinggal matahari sahaja yang belum.Nak tunggu kene caj juga baru nak berubah ker?tepuk dada tanya hati...

Maka pada 5 Disember 2010 ini bersamaan Hari Ahad ayuh kita sebagai rakyat malaysia berhimpun secara aman beramai-ramai demi menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong demi mengembalikan hak rakyat.Berikut adalah kenyataan daripada Penyelaras SAMM Sdr Che'gubard yang mengajak semua untuk turut hadir sama dalam Demonstrasi untuk membantah kenaikan tarif air :




Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.

Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.

Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.

SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.

Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.

PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah.

Jumpa di sana.

che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita berjuang demi mempertahankan hak rakyat,langkah yang bermula pada hari ini,merupakan langkah masa depan anak cucu anda.

Sekian dari SJ..

Anak Muda Mendesak Perubahan!! 

Che'gubard Meneruskan Perjuangan Tanpa Jawatan!!



Salam Reformasi dan salam perjuangan,selesai sudah pemilihan 2010 yang memeritkan.Hari ini SJ melaporkan Che'gubard ceramah buat pertama kalinya selepas selesai pemilihan tanpa jawatan apa-apa dari PKR kecuali Ketua Cabang Rembau.SJ melihat begitu besar jiwa anak muda ini sehingga tiada jawatan pun boleh mampu berceramah bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr YB Lim Guan Eng.Menurut laporan rakan SJ di sana dianggarkan hampir seribu orang hadir walaupun keadaan cuaca yang kurang baik.



Hadirin yang hadir tidak berganjak dari tapak ceramah.Seperti biasa kalau ceramah di mana-mana Che'gubard tidak akan selesa,katanya badan "sey gatal2 kalau tak cerita pasal Rosmah" cerita yang sama juga dibawa supaya rakyat tidak akan pernah lupa kisah altantuya.



Keadaan ini memperlihatkan bahawa jawatan bukan segalanya,walaupun SJ sudah agak rapat dengan Che'gubard banyak lagi yang Sj tidak ketahui,tapi dalam keadaan demam ini SJ ambil pendekatan untuk menyelongkar semula blog Che'gubard dari mula-mula penulisan beliau dari sebelum kahwin hinggalah selesai detik 12 tahun ini...jika berdasarkan sejarah di saat inilah arwah ezam khianat..tapi Che'gubard masih setia bersama parti.Betapa tinggi semangatnya,jika diteliti sejak 12 tahun yang lalu begitu banyak sumbangan Che'gubard kepada parti namun tidak pernah sekali Che'gubard gilakan jawatan.





Banyak desas desus yang SJ dengar ada yang mengatakan Che'gubard akan keluar parti,ada yang fitnah kata Che'gubard orang zaid,SJ doakan orang yang buat fitnah itu akan bisu buat selamanya!!..ada juga yang kata Che'gubard akan 'berguru' semula..erm jawapan itu hanya tuan punya badan yang tau,yang pasti sepanjang SJ kenal Che'gubard dia bukan seorang pengkhianat kepada kawan-kawannya mahupun parti sendiri.SJ tau dalam masa 2-3 tahun lagi satu gerakan massa rakyat yang kuat dari Anak Muda akan subur mewangi di bumi Malaysia ini dan bakal dipimpin oleh Che'gubard..nantikan....

gambar sekitar jamuan selepas ceramah Che'gubard bersama YB Lim Guan Eng







Sekian dari SJ malam ini..
mood : demam panas lepas selesai pemilihan...bila dengar Che'gubard berceramah hari ini panas kain reda..


Anak Muda Mendesak Perubahan!!

Kempen Selamatkan Keadilan Bermula!!!!


Salam reformasi kepada semua pejuang-pejuang KEADILAN dan KETELUSAN,bagi kumpulan tertentu Pemilihan 2010 telah selesai bagi SJ pula belum lagi selagi KEADILAN dan KETELUSAN dalam pemilihan belum tertegak..BATU SAPI,LIBARAN dan SANDAKAN perlukan KEADILAN!!
Bersempena dengan itu ayuh Anak Muda dan pencinta Keadilan kita bersama-sama kempen untuk Selamatkan Keadilan dari tangan-tangan yang tak guna dan mempunya cita-cita politik jahat.

Bermula dari hari ini hingga kemuncaknya hari kongres parti ayuh Ubah profile Picture Fb anda kepada ikon berbentuk 'Selamatkan Keadilan'.Contoh seperti dibawah :



SJ menyeru kepada semua yang merasakan sayang pada parti dan mahu prinsip yang kita perjuangkan tertegak ayuh bersama-sama Anak Muda Penerus perjuangan Reformasi untuk sama-sama menyatakan pendirian untuk 'Selamatkan Keadilan' dengan cara seperti berikut,pada hari Kongres nanti diminta kepada sesiapa yang ingin turut sama dalam kempen ini dengan memakai baju berwarna hiitam,arm band atau headband yang bertulisan "Selamatkan Keadilan'.Tolong sebarkan kepada kawan-kawan melaui SMS,Facebook,twitter,apa sahaja yang boleh menyampaikan maklumat ini.Segera bertindak agar prinsip yang selama ini yang kita pertahankan dan kita sampaikan pada rakyat tertegak kembali!!


ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List