Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Tahniah buat AMK Gelang Patah!!!!!

TAHNIAH KEPADA AMK GELANG PATAH!!!!
Assalamualaikum,SJ mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada pasukan gerak kerja AMK Gelang Patah dan Pengarah Program ceramah tersebut yang telah bertungkus-lumus memastikan program DSAI berjaya diadakan dengan cemerlang.Walaupun terdapat banyak dugaan untuk mengadakan Program DSAI tersebut namun semangat waja yang ditunjukkan oleh AMK Bahagian Gelang Patah patut dicontohi oleh AMK-AMK Bahagian yang lain.

Walaupun masa yang amat suntuk telah diberikan oleh PPNJ namun program tersebut dapat dilaksanakan juga oleh AMK Bahagian Gelang Patah dengan jayanya.SJ tak sempat nak tunjuk gambar-gambar di sekitar majlis tersebut,tapi SJ janji sedikit masa lagi SJ akan Upload gambar-gambar tersebut untuk tatapan kawan-kawan seperjuangan sekalian.SJ juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AMK-AMK Bahagian yang lain yang ada membantu secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program ini.Kehadiran orang ramai yang merindui ucapan DSAI amat memberangsangkan walaupun 'Perkakas WAJIB' BN Durjana telah melakukan sekatan-sekatan jalan raya hampir di seluruh negeri Johor,SJ yakin jika tiada sekatan jalan raya pasti Kawasan Tmn Universiti dimana terletaknya program tersebut pasti akan tenggelam dikerumuni lautan manusia.

Ucapan dan nasihat yang diberikan oleh DSAI penuh dengan 'AURA' itu menyebabkan kesan yang mendalam pada para hadirin malam itu.Isu-isu yang dicanang di saluran-saluran Durjana kini tidak berkesan pada rakyat yang dahagakan maklumat yang benar,rakyat hadir bersesak-sesak semata-mata untuk mendengar maklumat yang sahih dari bakal PM Malaysia iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.Satu nasihat DSAI yang nampak auranya apabila DSAI telah menyeru kepada para hadirin untuk menyertai keahlian PKR untuk memberikan sokongan padu pada perjuangan kebenaran,seruan tersebut telah disahut oleh para hadirin,selesai sahaja ceramah dari DSAI para hadirin telah berebut-rebut untuk mendapatkan borang keahlian PKR untuk bersama-sama perjuangan ini.

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar kerana berjaya menjadikan program tersebut begitu meletup,SJ yakin kemungkinan yang amat besar selepas ini pasti akan ada lagi program-program seperti ini di masa akan datang,dan kita pastikan yang akhirnya PR akan memerintah Malaysia tidak lama lagi.Dan SJ harap sokongan seperti ini akan terus berpanjangan agar PKR Johor terus subur dan tidak mati.

Tidak cukup sekadar sokongan dan menyertai kempen-kempen kalau tidak mendaftarkan diri di SPR.Dikesempatan ini SJ menyeru kepada rakan-rakan dan seluruh rakyat malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi menjatuhkan Kerajaan BN DURJANA ini kerana hanya dengan undi iaitu kuasa yang diberikan itu dapat menjatuhkan KERAJAAN yang DURJANA ini.Ayuh gerakkan langkah tekadkan semangat untuk terus berjuang hingga jatuhnya KERAJAAN DURJANA ini.

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT AMK GELANG PATAH!!!

LAWAN TETAP LAWAN

KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT

Assalamualaikum dah lama SJ xupdate blog,mintak maaf bebanyak kawan-kawan semua,saya sibuk dengan kerja.Saya terpanggil untuk menulis tentang krisis yang sedang menimpa di negeri Perak,Seluruh dunia kini sedang memerhati ke sana..bukan seantero negeri sahaja malah seluruh dunia sedang tertumpu di sana.Apakah PM kita si Najib Altantuya tidak malu dengan dunia luar yang sedang memerhatikan Malaysia bukansebagai tempat pelaburan ekonomi tetapi memandang Malaysia sebuah negara yang sedang bergelumang dengan poltik tahi dan keji ini.

Banyak penganalisa politik telah mengatakan termasuk SUHAKAM sendiri menyatakan adalah lebih baik kembalikan semula kuasa kepada rakyat...bagi SJ sendiri melihat pada pandangan yang sama pulangkanlah semula kuasa kepada rakyat bagi menentukan pimpinan yang dipilih.Berdasarkan senario gelombang politik yang berlaku SJ percaya bahawa jika diadakan PRK Negeri Perak pastilah kerajaan BN DURJANA Altantuya akan tumbang lebih teruk dari sebelum ini.Rakyat pasti akan memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi pemerintah di Perak kerana rakyat telah melihat bagaimana keadilan dan ketelusan pimpinan di Perah di bawah Dato' Seri Nizar dan exco-exco nya yang cemerlang dan memulangkan kekayaan di Perak kepada rakyat.

Krisis yang berlaku di Perak bukanlah salah Pakatan Rakyat tetapi disebabkan oleh kebodohan dan kebangangan PM Najib Altantuya yang merampas kerajaan Perak dengan taktik zionis yang amat zalim dan tidak beretika.Cabaran SJ pada Zambry Pasola!!Hei Manusia durjana,pulangkan kembali kuasa kepada rakyat SJ nak tengok engkau akan jatuh tersungkur dan diinjak-injak diatas kezaliman kuasa yang dirampas dari MB yang sah...

SJ memberikan sokongan penuh dan masih tetap menganggap Dato'Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah..Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan padu kepada MB Nizar agar tabah dengan segala dugaan yang menimpa beliau

" Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Tentang Perjuangan"

LawanTetap Lawan!!!!!!

PRK Penanti pula datang......

salam...SJ tak dapat bayangkan betapa berdengungye kepala otak orang tua yang bernama Alnajib Altantuya ketika ini,manusia bacul yang bernama najib ni sangat takut dengan pilihanraya kecil,kerana bila berlakunya pilihanraya kecil maka hantu-hantu altantuya akan bergentayangan di mana-mana dan akan sentiasa menghantui hidup najib!!..

Pilihanraya kecil pada kali ini pasti akan membogelkan lagi maruah si najib jahanam ni dengan lebih ganas lagi kerana sejarah tercipta apabila si najib jahanam menjadi PM maka si jahanam inilah PM pertama yang diangkat dalam keadaan yang penuh dengan skandal seks dan rasuah..sampai ke hari ini najib masih tidak menyaman akhbar perancis yang telah mengeluarkan artikel kes pembunuhan altantuya...Jika najib seorang pemimpin yang benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan tersebut tampil lah ke mahkamah untuk disiasat...silalah najib jagan hanya jadi penakut yang membuat sumpah di sana sini.jangan najib,satu hari nanti engkau pasti akan dimakan dengan sumpah-sumpah tersebut.

Wahai kawan-kawan di seluruh negara mari kita semua turun ke Penanti bersama-sama untuk membantu calon kita di sana sebagaimana yang telah kita lakukan di 4 PRK terdahulu,kita jangan terpedaya dengan taktik haramjadah najib tu..itu hanya polemik dia.Jadi kita kene bersiap dari sekarang untuk menyiapkan jentera bagi menggempur N Penanti untuk kita takhluki semula kerusi tersebut sekaligus membogelkan PM jahanam ini sehingga ia berundur dari jawatan tersebut.Walaupun SPR semakin mengetatkan undang-undang jangan kita gentar kerana SPR memang sudah menjadi anjing tunggangan Bn sejak dahulu kala lagi,jadi kita jangan gentar dengan sebarang ugutan kerana perjuangan mesti diteruskan bagi mencipta dan melahirkan Harapan Baru Untuk Malaysia...

Saya menyeru kepada kawan-kawan dan diri saya sendiri,jika ada kemampuan untuk turun di sana kita sama-sama turun dan berjuang habis-habisan bagi memenangkan calon kita di sana..pantang anak muda mengaku kalah sebelum berjuang!!Satu nasihat kepada kawan-kawan semua jika tiada kemampuan sedekahkan doa bagi kemenangan di sana,jangan jadikan alasan kewangan untuk berjuang,jangan amalkan sikap meminta-minta dengan pihak atasan PKR jika ingin ke sana sebolehnya berbincang dan berkongsi kewangan dengan kawan-kawan untuk ke sana dengan duit sendiri.Ingatlah parti PKR bukan kaya dengan sumber dana sebagaimana BN.Semua pejuang-pejuang yang ada pun menggunakan duit sendiri untuk menggerakkan program.

Jika ada sebarang maklumat jangan gentar untuk disebarkan,kerana kebenaran itu adalah jalan kepada kemenangan walaupun ia dihujani pelbagai dugaan,kuatkan diri dan yakinlah wadah perjuangan kita adalah berlandaskan perjuangan rakyat bukan berjuang untuk pemimpin tertentu.Jika keyakinan telah tertanam ayuh teruskan langkan dan terus berjuang bagi mencapai cita-cita untuk mendapatkan pemerintah dan pemimpin terbaik yang boleh memimpin Malaysia yang disayangi ini,dan yang layak untuk memimpin Malaysia ketika ini hanyalah seorang insan yang bernama Dato'Seri Anwar Ibrahim.

"Membujur Lalu Melintang Patah,Namun Lawan Tetap Lawan"

TEGURAN KEPADA SESIAPA YANG MENJADI PARASIT DALAM PKR


Salam, SJ ingin membuat teguran sedikit mengenai isu TKM Fairuz,dalam PKR memang betul kita amat menitikberatkan tentang rasuah,PKR tidak berkompromi tentang isu rasuah memang betul,kita akan cantas mana-mana pemimpin PKR yang melakukan rasuah tetapi cara yang digunakan untuk membawa TKM Fairuz dalam isu rasuah ini amatalah bodoh!!!

Walaupun SJ baru belajar selok belok politik tapi SJ nampak sekali kesan kepada parti apabila isu 'rumah tangga' dihebahkan pada umum,lihat bagaimana meletupnya kes TKM Faiuz..adalah tidak wajar sama sekali orang yang membuat laporan tentang salahlaku TKM Fairuz di media perdana yang bangsat seperti TV3 suku itu. Sama ada benar atau salah adalah lebih bijak membawa perkara tersebut kepada pihak atasan Parti bukannya menghebahkan pada umum. Jika kita kembali sendiri pada zaman kepimpinan rasulullah,bagaimana baginda S.A.W menyelesaikan semua permasalahan rakyat jelata secara syura,baginda tidak memalukan orang yang bersalah dikhalayak umum sebelum didapati bersalah,Baginda S.A.W akan menyiasat perkara tersebut kemudian membawa kepada Syura.

Jadi adalah amat bodoh dan bangang kepada sesiapa yang membawa permasalahan parti kepada media khasnya media durjana tv3 haramjadah.Jadi diharapkan kepada semua pimpinan atasan atau bawahan jangan meniru cara bodoh yang telah dilakukan terhadap TKM Fairuz.Jika beliau salah sekalipun selesai secara Syura bukannya bodoh membabi buta membawa kepada media durjana.Percayalah bahawa dengan membawa masalah dalaman Parti kepada umum hanya akan menghancurkan parti,jika anda sayangkan parti janganlah buat tindakan bodoh,TV3 hanya akan mengeksploitasikan isu ini untuk membodohkan minda rakyat.

Diharapkan kebodohan seperti ini tidak akan berulang,jika anda seorang yang hanya menyebarkan salah laku rasuah seseorang adalah disebabkan dendam yang lalu atau tamakkan jawatan adalah lebih baik anda menyahkan diri dari PKR,kerana orang seperti anda tidak memberikan keuntungan kepada Parti malah adalah menjadi PARASIT dalam parti...

"Jangan Menjadi Parasit dalam PKR"

Lawan Tetap Lawan

Melangkaui Batasan Minda

Program Ceramah Taman Kuso,Kota Tinggi 26 Apr 2009



salam reformasi dari Sj,beberapa hari ni Sj sibuk sedikit,tidak berkesempatan untuk update..ni ada sedikit ruang SJ nak update program-program di Kota Tinggi yang Sj pergi bersama Bro Nazri dan Bro Lan.

ceramah telah diadakan di sebuah bangunan yang disewa khas untuk malam tersebut di Taman Kuso Kota Tinggi,biasalah sekarang ni kalau nak buat ceramah bukan senang,banyak sangat syarat Negara Monggolia digunakan disini,maklum je la PM kita yang sekarang ni kan berskandal dengan rakyat Monggolia..boleh dikatakan kini mood rakyat di kota tinggi juga telah berubah,kalau dahulu rakyat di kota tinggi ni terlalu keUMNOan sangat..tapi kini mereka pun telah mencelikkan mata mereka..kalau dibandingkan sebelum ini memang tak ramai yang hadir,tapi pada malam tersebut ramai juga yang hadir dan rata-rata rakyat tempatan yang hadir pada malam itu.

Ceramah malam itu telah di mulai dengan saudara Mazlan Aliman daripada PAS,kemudiannya disusuli dari PKR iaitu saudara En Norman Fernandez.Pentas menjadi panas apabila Ahli Parlimen dari Kuala Terengganu Haji Abdul Wahin Bin Endut menyusul,daripada orangnya nampak lembut,tetapi bila dah berada di depan mikrofon,mikrofon pun segan dengannya,ucapannya yang penuh dengan info yang jelas serta sedikit gurau senda dari beliau amatlah menghidupkan majlis pada malam itu..SJ secara peribadi mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Haji Wahid kerana sudi hadir ke negeri Johor untuk menyampaikan ceramah,hanya allah sahaja yang dapat membalasnya...

Lawan Tetap Lawan

Melangkaui Batasan Minda

TAHNIAH

Syabas Kepada PKR Bahagian Gelang Patah

ucapan tahniah dari SJ kepada PKR Bahagian Gelang Patah yang telah membuka blog sendiri,diharap blog ini sentiasa aktif dan terus memberikan santapan maklumat yang sahih yang didahagai oleh semua rakyat jelata yang mahukan minda dipenuhi dengan info yang sahih kerna minda rakyat dah cukup mual diperkosa oleh TV3 suku dan Berita Harian yang berat sebelah...

sekali lagi SJ ucapkan tahniah...teruskan perjuangan bersama untuk membina harapan baru untuk malaysia....

Lawan Tetap Lawan

perjuangan perlu diteruskan...

assalamualaikum kepada semua para pejuang,rasanya sudah lama SJ tidak menukilkan sebarang info kepada pengunjung-pengunjung yang melawat di blog SJ,mulai pada hari ini SJ akan kembali untuk memberikan dan memastkan rakyat di malaysia khasnya di negeri SJ sendiri iaitu johor akan mendapat maklumat yang tepat.

SJ minta berbanyak maaf kepada semua,kini SJ kembali dan akan terus berjuang..
apa isu yang ingin diperkatakan??bahang PRK telah habis tetapi masih ada isu yang perlu dibangkitkan dan diberi keterangan yang sahih kepada rakyat jelata.SJ ingin membawa isu WPI.

apa itu WPI??

WPI ialah singkatan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar,di dalam rakyat melihat kemewahan dan apa yang ada di dalam WPI,sebenarnya terdapat banyak yang diselindungkan dan tidak diberikan keterangan yang jelas tentang WPI.Jika kita teliti apakah keuntungan yang rakyat johor akan dapat melalui projek ini,apa?? tiada apa yang dapat hanya sekadar nama yang negeri johor mempunya projek mega yang bernama Wilayah Pembangunan Iskandar.tidak lebih dari itu...dan yang kaya akan bertambah kaya yang miskin akan bertambah papa kedana..!!inilah antara projek air mata rakyat..

Dalam sedikit masa lagi SJ akan menceritakan secara detail apakah yang terdapat di sebalik nama kemegahan projek mega WPI ini...

Lawan Tetap Lawan

Melangkaui Batasan Minda

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List