CALON PRK BUKIT GANTANG PERAK
MB DATO' SERI IR HJ NIZAR BIN JAMALUDDIN
Salam...
SJ gembira sangat-sangat dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang di Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping malam tadi apabila mengisytiharkan Y.A.B Dato' Seri Ir Nizar MB PERAK sebagai calon PRK Bukit Gantang. Kewibawaannya dan ketokohannya sebagai pemimpin yang disayangi rakyat melayakkan untuk beliau dicalonkan sebagai calon.Ke mana sahaja pergi pasti disambut rakyat perak dengan gempak gempita,sepanjang SJ mengikuti perkembangannya di Perak setelah digulingkan oleh BN DURJANA sokongan rakyat perak terhadap MB Dato' Nizar tidak berbelah bahagi..beliau ditatang disanjung bagai wira ke mana sahaja pergi..
Di bawah ini SJ akan tayangkan sedikit gambar Dato Nizar bersama rakyat perak selepas digulingkan oleh kerajaan BN DURJANA.Mungkin ada yang pernah tengok,tetapi SJ nak tunjuk pada orang yang masih buta dan pekak yang asyik ditipu dan diperkosa oleh media seperti TV3 suku dan Berita Harian
Lihat dan Fikirkan sama ada rakyat perak mahukan MB Nizar atau MB PASOLA, Jawapannya..tepuk dada tanyalah selera...
Seorang MB Perak yang sah dan disayangi Rakyat Perak
Tidak perlu kerusi empuk dan bilik berhawa dingin pun mampu bersidang...dibawah pokok sena pun jadilah..janji sah..
seorang MB yang disayangi semua kaum MB Nizar bukan hanya MB orang melayu..lihat bagaimana MB Nizar membuat satu perjumpaan bersama kaum cina.Kaum cina pun sokong MB Nizar jadi kita yang melayu ni takkan tak mau sokong.kata Takkan Melayu Hilang DiDunia..jadi Sokonglah!!
MB tengah nak menyudu pun dikerumuni rakyat yang ingin bersalam..TV3 suku mana ada keluar gambar macam in.yang keluar gambar padang yang tiada orang datang..Biasalah Media DURJANA memang macam tu..
seorang pemimpin yang baik bukanlah seorang pemimpin yang hanya tahu keduniaan sahaja tetapi wajib untuk memberikan ukhrawi juga kepada orang yang dipimpin..Adakah patut MB yang macam ini dituduh rasuah..bukti pun tiada.HIDUP ISLAM!!
Marilah kita sama-sama berdoa ke harat illahi agar Pakatan Rakyat bersama MB Nizar akan memenangi PRK Bukit Gantang dengan mandat daripada rakyat yang lebih besar.
" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,kami hambamu yang lemah kini diserang dari segenap sudut,kami tiada kekuatan,tidak juga berharta sedangkan musuh-musuh kami sebalikya.Kami percaya tidak ada tempat mengadu selainmu Ya Allah,Bantulah kami hancurkanlah pakatan jahat yang menyerang kami iaitu BN DURJANA,kami berjuang untuk rakyat,kami tidak meminta diberikan pangkat dan darjat.Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan hanya engkau kami meminta pertolongan..Berkatilah perjuangan kami,semoga dengan inayah dan limpah rahmatmu memberikan kami kekutan untuk berjuang meletakkan agama Islam ini ditempat yang tinggi.Kabulkanlah doa kami,kami percaya kami dilandasan yang benar,Bukakanlah pintu hati pengundi-pengundi di PRK Bukit Gantang untuk mengundi calon kami sekaligus memberikan kemenangan kepada kami..Wasallallahu ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Wasallam.Wal Hamdu Lillahi Rabbil Alamin"AMIN
MELANGKAUI BATASAN MINDA
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
1 comments:
jgn mara org tua ni jd frieng list aku dlm facebook hehehe
Post a Comment